Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN

Assalaamualaikum sahabat2 tercinta,

Tanpa terasa waktu terus bergilir...hari ke hari...dan bulan berganti bulan...pada akhirnya kita kembali menemukan dan mendapatkan suatu saat, di mana Allah mengundang dan menjamu seluruh Muslim di dalam suatu pesta besar...pesta di mana kita semua dapat sepuas-puasnya menenguk rahmat dan ampunan Allah, pesta di mana kita diberi kesempatan besar untuk berjumpa dengan Yang Maha Pencipta, pesta di mana si fakir, si miskin dan si yatim diberi kesempatan untuk merasakan nikmatnya rezeki melalui tangan-tangan kita sebagai orang yang berkemampuan ... Oh...betapa meriahnya pesta tersebut, Dialah bulan Ramadhan ...

Sahabat sekalian, dikesempatan ini dan disertai dengan segala ketulusan dan kerendahan hatiku, aku memohon maaf sebesar-besarnya atas segala kesilapan yang telah aku lakukan samada sengaja ataupun tidak, aku mohon maaf atas segala khilaf dan salah sepanjang mengenali sahabat sekalian dan aku bermohon semoga Allah mengampunkan dosa kita semua...tetapkanlah kita dalam jalan istiqamah dan lindungi kita di dunia ini daripada perkara yang mengakibatkan penyesalan kita pada Hari Kiamat ... Ameen.

Ramadan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya.

Ramadan adalah bulan yang baik bagi melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadan, urusan harian kita akan bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerja-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Terawih, Witir, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadan.

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabk an.

Ambillah langkah segera untuk mengenal diri, merancang hidup peribadi dan keluarga dan mewujudkan persekitaran yang baik. Selagi kita masih bernafas, belum terlambat untuk memulakannya.


Marhaban yaa Ramadhan...Insya Allah kami semua akan menyambutmu dengan semangat Iman.

‘Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang’

Photobucket

No comments: