Monday, November 23, 2009

TERUJA!

Lepas November, Disember bakal menjelma.
Banyak benda yang wat dee teruja dengan bulan Disember nie...

Berhoye-hoye bersama suami a.k.a my skandal
Jangan kata kami pergi honeymoon, macam gedik jer bunyik nyer..
Katakan saja, kami pergi bercuti.
Kat mana...erm, jauh wook!

Malaysia dah banyak kenangan weeii..
Malaysialah tempat mulanya hidup seorang dee ini.
Dee ngan my skandal akan fly ke China...
InsyaAllah
China lah menyaksikan mulanya kenakalan dee.
China lah menyaksikan kehantuan dee.
Harapan dee ngan my skandal semoga percutian nie akan sukses...
pegi selamat balik pun selamat...

dah lama tak berdua.
kekadang betul tajuk lagu tuh,
BERDUA LEBIH BAIK!
(berkata sambil membuat muka nakal dee)

idup suami isteri nie bukan mudah.
(pesan along dee masa hari pernikahan dee dulu)
ada yang suka dan ada yang duka,
Duka bererti,
Menangis bagai mahu dihukum mati.
Syaitan pula bergilir-gilir membisik.
Dari atas-bawah, kiri-kanan hati.
Mahu dicampak dalam neraka atau bersemayam di syurga?
Mahu derhaka atau solehah?
Mahu sementara atau abadi?
Menangislah lagi..
Membawa tangisan hingga tertidur keletihan..
Tidur yang dari malam hingga pagi dicela malaikat.
Bila seorang di Timur, seorang di Barat.
Bangun tersedar jauh sudah dee sesat.
(ayat poyo tuh..)

Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula kami nie..
Bukan mudah sayang..
Bukan seperti zaman bercinta,
Masuk gedung sana, keluar gedung sini.
Konsert, pesta silih berganti.
Huhahuha sana sini.
Bukan semudah itu..

Kalu korang dah bercinta 10 tahun sebelum bernikah pun,
jangan kelentong laa yang korang dah tau semua pasal dia.
Selepas sah ikatan, baru korang nampak warna sebenarnya.
Korang akan tahu bila sekatil dan sepinggan.
Bukan nak takutkan, tapi percayalah itu hakikat..
Jika ada orang kata penuh bangga,
Kami sentiasa bahagia tak pernah bergaduh sejak kahwin.
Itu memang bohong dan dusta belaka..

hehehe....cam lari dari topik jer...
arrrgggh...
apa-apa je laaa...
dah mood n idea mencurah-curah cam ujan kat luar umah dee nie...

**maap ek, lum de gambo sbb lum g lagi laa china tuh...hehehe



Photobucket

2 comments:

InaYusoff said...

kak..ur word membuatkan ku teruja plop..teruja dgn ayat2 hikmat...teruja dengan kata2 dari seorang yang berpengalaman..

InaYusoff said...

kak..ur word membuatkan ku teruja plop..teruja dgn ayat2 hikmat...teruja dengan kata2 dari seorang yang berpengalaman..