Tuesday, January 19, 2010

...Post Natal...eh bukan...Post Entry...

erm...diam tak diam dah 18 ari kita dalam tahun 2010...
kejap jerk kan...
dan dalam pada masa yang sama dah hampir sebulan dee
meninggalkan memori di China bersama my skandal...
hehehhe...

dan diam tak diam jugak dah lama n berzaman dee tak updated blog dee nie...
dan dah ramai yang menanya pada dee...

kenapa?

mengapa?

...erm... dee nie makin lama makin malas n tak dak idea...
kang korang gak yang bosan nak baca...
adoyai...

dee rasa setelah sekian lama tak updated
maka tak wajar laa kan dee citer panjang lebo...
rasanya cukup sekadar dee meng'upload' pixa-pixa
sepanjang dee di China bersama my skandal...
actually, ke China nie pun dee tak pernah termimpi...
alih-alih ianya dee ngan my skandal andaikan yang ianya our anniversary gift
dari someone...
adoyai, amat gedik sekali...huhuhu
alamak, kenyataan tuh amat dangerous tuh...

erk, sila abaikan kenyataan dee tadi...
okeh....

meh, nak citer meh...

Alhamdulillah berkat doa dee ngan my skandal,
akhirnya kami selamat pergi dan pulang...

Dengan penerbangan Airasia AK112 dee ngan my skandal
bertolak dari LCCT Sepang ke Canton pada 5.50 am (20 disember 2009)...
Penerbangan memakan masa selama 3 jam 40 minit
dan kami tiba jam 9.45 am.
Tak ada beza waktu di China dan Malaysia.
Cuma di sana malamnya lebih awal sedikit jadi waktu solatnya lebih cepat.
Sesampainya kami di Canton International Airport,
kami disambut pula oleh Mr Guay...
( betul ke ku spell nama dia nie...argghh..tak pe, dia bukan nyer ada blog...huhuhu )
merangkap pemandu pelancong kami di Guangzhou (sebutannya Guang Jo.)
Kemudian kami dibawa pula ke Guangzhou dengan limo.
Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam sebelum kami check in di Hotel Colourful Days.

Kat sini cuaca punya laa sejuk n memang malas nak mandi...
jadi bila dah dok kat air panas tu rasa macam tak nak keluar dari bilik mandi .
sementara menunggu mr Guay datang amek dee ngan my skandal,
kami jenjalan-jalan di luar hotel.
Suasana di luar agak sibuk kerana waktu bekerja dan sekolah.
Jadi kelihatan orang ramai berpusu2 berjalan kaki menuju ke destinasi masing2.
Ada juga yang menunggu bas dan yang menaiki basikal.

nengok laa album gambo dee nie...



~nie kat kaunter Yun Tai Garden~




~angah kata nie sepupu singa kat singapore tuh...~


~masa nie cuaca sejuk gilers~




~main cak..cak...disebalik telinga singa batu tuh~


~nie pulak kat furniture city~


~kat Beijing Lu...menikmati malam yang dingin~
erm...sungguh menerujakan semasa berada d negara owang...
ke mana destinasi dee ngan my skandal lak pas nie...?
bley tak cakap cam nie...
"daddy, show me da' way please..."
(dengan nada mengada-ngada)
----> actually, ada empat owang terlibat dalam rombongan cik kiah nie...
tapi, tak yah laa nak story lebey~lebey...
biar ku pendam duka yang tersimpan...
uhuk!uhuk! (batuk sengaja lak)
ada memori sonok ada yang tak best...

No comments: