Wednesday, April 21, 2010

[ J.A.N.G.A.N. ]

Nakkan 10 tips 'J.A.N.G.A.N.'~~~

Lovely Pictures, Images and Photos

ceh..berkata-kata seperti seorang profesional laa pulak!
erm... tips nie dee terima dari bro Razzi Rahman
[ http://razzirahman.com/blog/?p=250 ]
al~maklum laaa dee suka ngan celoteh bro Razzi nie ~~
dulu zaman baca magazine REMAJA pun memang suka ikuti celoteh beliau nie...
dan skang agak gedik melanggan newsletter Nota Cinta.hehehe

okey, kita terus saja ke tip yang pertama...

1 ~ Jangan menjadi orang yang hanya duduk dan lihat teman-teman lain
mendapat cinta dan kekasih yang telah lama anda idam-idamkan!
Sebaliknya, tunjukkan yang anda adalah seorang yang suka bersaing
dan mahu berebut mendapatkan kasih, sayang dan cinta itu!
dee ~ buat rakan-rakan yang masih mencari cinta

2 ~ Jangan menjadi orang yang menunggu saat dan waktu akan
kedatangan sebuah cinta indah untuk anda. Sebaliknya, tunjukkan
yang anda adalah seorang yang mahu berusaha bersungguh-sungguh
untuk memiliki cinta sejati.
dee ~ buat diri sendiri & kengkawan yang masih mencari cinta

3 ~ Jangan menjadi orang yang membiarkan masa memakan
usia muda lalu menyesal, sebaliknya,
pamerkan yang anda tidak suka membuang masa.
Tidak suka tenggelam di dalam masa yang dipersiakan tanpa cinta.
dee ~ buat rakan - rakan yang masih mencari cinta

4 ~ Jangan lagi menjadi orang yang tidak bertindak demi sebuah
kebahagian cinta!
Sebaliknya anda jadi seorang yang sentiasa
mencari jalan untuk bercinta tanpa rasa putus asa.
dee ~ buat diri sendiri & kengkawan yang masih mencari cinta

5 ~ Jangan suka komplen tentang kehidupan seharian anda kepada dia
yang baru saja anda berkenalan.
Sebaliknya, tunjukkan yang anda
sedang memikirkan cara-cara untuk menaikkan taraf hidup anda.
dee ~ buat rakan-rakan yang masih mencari cinta

6 ~ Jangan bercerita tentang kisah cinta lalu atau tentang bekas
kekasih anda kepada dia yang sedang anda pikat.
Elakkan dari memperbualkan kisah lama,
ia hanya akan memudaratkan di kemudian hari.
dee ~ buat rakan-rakan yang masih mencari cinta

7 ~ Jangan mulakan perbualan anda dengan berleter dan marah tentang
apa sahaja.
Anda menampakkan diri anda berfikiran negatif.
Sebaliknya, banyakkan bercakap dan berfikir secara positif.
dee ~ buat diri sendiri & kengkawan yang masih mencari cinta

8 ~ Jangan banyak bertanya tentang dia yang baru anda berkenalan
itu, sebaliknya minta dia ceritakan apa sahaja yang ingin
dikongsinya bersama anda.
dee ~ buat rakan-rakan yang masih mencari cinta

9 ~ Jangan memandang ke arah lain sewaktu berbual,
sebaliknya tumpukan perhatian kepada apa yang
diperkatakan dan pandang tepat
ke matanya.
dee ~ buat diri sendiri & kengkawan yang masih mencari cinta

10 ~ Jangan tunjukkan yang anda hilang kepercayaan kepada diri
sendiri, hilang keyakinan dalam cinta sebaliknya, anda jadi
seorang yang percaya, ada sebuah cinta suci untuk anda.
Anugerah dari yang Maha Esa!
dee ~ buat diri sendiri & kengkawan yang masih mencari cinta

erm ~ note beliau untuk dee :

"datindee, dengan memperingatkan diri kita 10 tips supaya JANGAN
lakukan perkara-perkara di atas ini, pastinya kita akan mudah
disukai ramai, dan peluang untuk memiliki cinta cukup cerah!"
dan ~ dee berkata sendirian setelah membaca :
"oopsss ~ okeh bro!"
~~ kalau korang rasa-rasa nak tips lain gi laaa jenjalan ke blog beliau!



No comments: