Moh baca isu hangat sekarang nie...Kisah sebenar di sebalik Operasi JAIS serta pihak polis Gereja Methodist Church bebaru nie!
Kisah ini diceritakan oleh seorang daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dengan operasi pemeriksaan 12 orang Islam di di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor pada 2 Ogos lalu.
Difahamkan ppemeriksaan dibuar berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'Thanks Giving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas. Tindakan berdasarkanSeksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. siasatan juga dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988. program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving.
Operasi tersebut disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama JAIS dibantu oleh sepasukan Polis DiRaja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park. Modus operandi yang dijalankan bermula dengan taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam dan kemudiannya bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam. Pihak terbabit tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3. Pada jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan. Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda sedang buat pengucapan awam di atas pentas ketika itu.
Situasi di gereja terbabit semasa operasi dijalankan pada masa kejadian
Beberapa orang Pegawai JAIS dilihat sedang memeriksa dewan terbabit
Pihak berkenaan kemudian didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan. Mereka yang memasuki dewan kemudian diminta keluar sambil diberi arahan untuk hormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka nyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka punyai hak ke atas kawasan. Sedikit pertelingkahan berlaku antara mereka dan penganjur. Mereka telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam. Pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.
Maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahu Akhbar'. Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sementara itu, Mereka yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang. Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk benarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat ke atas individu yang berkenaan.
DUA BELAS ORANG ISLAM YANG DIPERCAYAI TERLIBAT
Dalam operasi itu terdapat dua belas orang Islam yang dipercayai telah terlibat. Antara mereka yang berkenaan dikenali sebagaiNadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) kad pengenalan 79xxxx-01-6094, Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah(69xxxx-08-6039), Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018), Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609), Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778), Rasyidah Binti Abd Razak (77xxxx-01-5908), Nur Umrah Binti Abd Razak (95xxxx-01-6002), Mmohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045), Faridah Binti Abdul Rahman(71xxxx-12-5478), Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072), Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256),Sahrunida Binti Assad (81xxxx-08-6246). Difahamkan terdapat juga para ibu bapa yang beragama Islam didapati membawa anak-anak kecil.
Bukti, tentatif program yang disyaki timbulkan kemusykilan sebenarnya
[Sementara itu antara elemen-eleman yang menimbulkan syak yang menjurus kepada oeprasi tersebut ialah jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam. Manakala, peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap. Selain dari itu terdapat nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahu Ahkbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja). Terdapat juga soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
Majlis tersebut juga disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan, baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung. Terdapat juga cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur, majlis diadakan di premis kristus dan salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. Jawapan yang diberikannya ialah 'I Believe In God'. Difahamkan juga tiada serbuan dilakukan oleh pihak terbabit, sebaliknya rundingan. Justeru itu, semua pihak diharap tidak menimbulkan spekulasi akan kes ini yang akhirnya akan jadi kontroversi].
No comments:
Post a Comment