Tuesday, September 6, 2011

Tak sangka di hari raya

Salam Lebaran...
Masih dalam mood raya walopun tahap kesihatan tidak baik...

sekejap je masa berlalu kan? dan dah lama rasanya aku tak updated blog aku ni..banyak citer tapi idea tak ade! penin* pun ia gak.. sebelum raya lagi aku dah diserang asma a.k.a sesak napas al maklumlah bila buka puasa mentedarah ais kojenya... dan dalam minggu raya pun aku sekali lagi diserang asma plus batuk... terbaaaeeekkk! sakit woh dada nie! apa-apa pun aku bersyukur.. 

raya tahun nie, aku mulakan berayakan sakan kat rumah baru laa.. my home is my paradise bak kata omputeh.. adik beradik aku balik untuk merayakan hari raya yang tak seberapa kat rumah nie.. cuma my big bro jer yang balik sehari awal dan chow maklumlah nak beraya di oversea laa katakan.. [bior lah orang banyok wit..hukhuk] petang raya baru kami sekuarga bertolak balik ke rumah keluarga belah my skandal.. aku? mana ada kampung? idop aku kan bagai anak yatim piatu tak ada sesapa walopun di hari raya! sebab tuu manusia sekeliling suka ambik kesempatan... **tut**

ada banyak citer yang bagaikan tajuk hot chat hot fm hari nie...tapi tak baik bila membuka pekung di dada, iye dop? walopun apa yang terjadik nie bukan kepada aku tapi tempiasnya terkena gak melekit! terjadik kepada seorang ibu yang mempunyai 2 cahaya mata, sorang lelaki dan sorang perempuan.. yang perangai si anak lelaki, memang baik dan menyanjung tinggi ibunya yang banyak berkorban demi kebahagiaan anak2.. yang si anak perempuan, nauzubillah.. perangai kadang kala tak seperti manusia..kewarasan hilang entah dari mana datang sakit hati dia terhadap si abang.. hampir setiap tahun, dia susahkan abangnya dari pelbagai aspek.. hinggakan pernah si perempuan ni memberontak di pagi raya pertama, maka dengan tergesa-gesa si abang pergi ke mydin untuk membelikan si adik kuih raya memandangkan rumahnya tiada persiapan raya... si laki perempuan nie goyang kaki? 

ianya terjadi lagi di lebaran tahun nie...
kali nie lain pula, disebabkan tiada kereta aka kenderaan untuk berjalan raya maka, hendaklah ditumpangkan si anak-anaknya yang berderetan tu dalam kereta si abang.. [kalau kete si abang tu MPV atau HARRIER atau yang sewaktu dengannya tak apa.. tapi, kereta si abang cuma **** sahaja...] dalam kete tuu lah nak angkut mak dan si ayah untuk keluar berhari raya di rumah saudara mara, rakan taulan.. bukan sahaja tu, malah anak si abang dah besar dan seharusnya berada dalam keadaan rileks dalam kenderaan sendiri dan bukan berhimpit... dek kerana si abang bercakap secara baik dan sopan si adik cukup marah dan menengking serta jerit menangis melalui telepon di pagi raya ke-2... bosan kan? abang cukup baik dan cool.. apa si adik nak semua diturutkan... sehinggakan di'lahanat'kan oleh adik  pun masih tersenyum walhal sebelum nie seseorang yang cuma 'memaki hamun di fb dengan berkata celaka' pun si abang tak maafkan.. kononnya keluarga beliau tak pernah berkata demikian.. 'lahanat' yang diterima bukan dituju kepada si abang malah si isterinya juga.. tapi, sabar lah! si isteri bukan pendendam tapi ianya harus diajar ~ 

konklusinya : aku semakin sedih bila tengkingan melalui telepon itu ditujukan khas buat si ibu yang baik hati dan abang yang sangat cool.. ouwh, dengar perempuan.. kau mempunyai 4 orang anak perempuan yang sedang menginjak remaja. segala apa yang kau buat adalah depan mata mereka.. satu hari nanti kau pasti terima balasan setimpal sebagaimana kau buat pada ibu dan abang kau.. **peringatan untuk diri sendiri juga!

Okieess...
best kan citer yang tak pernah disangka di hari raya.. insaflah nokssss!


No comments: