Hye, uollsss...
Lately korang ado terdengar tak Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1MALAYSIA) tuu? Hurm.. skim yang ala-ala pinjaman ASB kat bank-bank tu.. tapi yang nie bantuan kerajaan maksudnya disini, jika pemohon yang tak de slip gaji atau pekerjaan tetap pun masih layak memohon.. kalau loan ASB kat bank mana bulih tak de slip gaji kan? haaa.. gitu ler lebih kurang alkisahnya.. Gitu sekali kerajaan nak membantu supaya kita menyimpan dan melabur.. kalo tak sokong kerajaan Barisan Nasional tak tau lah aku.. hukhukhuk... nak citer lebih, aku pun kurang tau tapi aku harap info kat entry aku nie dapat ler membantu engkorang tentang skim nie ek... check it out!
PERMOHONAN BORANG SARA 1MALAYSIA BERMULA HARI INI - 30 JANUARI 2012
Untuk membuat permohonan SARA 1Malaysia, borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) boleh didapati di bank tempatan yang terpilih seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Januari 2012. Tempoh permohonan adalah selama satu tahun.
APAKAH SKIM SARA 1 MALAYSIA?
Skim SARA 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM3000 untuk membuat pelaburan dan mendapat pulangan yang tetap pada setiap bulan.
BAGAIMANA CARA MEMOHON SKIM SARA 1 MALAYSIA?
Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. Jika anda berjaya, pihak bank akan menghubungi sendiri anda.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA
- Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
- Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
- Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
- Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
- Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
- Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Berminat? Ouwh.. Jangan hubungi aku tapi pergilah ke :
Malayan Banking Bhd
RHB Bank Bhd
CIMB Bank Bhd
Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN)
yang berdekatan dengan engkorang semua.. melambak bank kat Malaysia ni kan.. aku cuma menyampaikan apa yang aku tau... **peace yowh!
Published with Blogger-droid v2.0.3
No comments:
Post a Comment