Tuesday, March 27, 2012

Seksi ke seksa?





Seksi? 

Agak sinonim dengan hidup ni satu ketika dulu tapi zaman dah berlalu.. tak de laa seksi mana, masih wujud rasa selesa pada diri ni.. tetiba terfikir nak cakap pasal seksi bila aku ter'usha' fb chikaro adik aku.. hohoh.. terkedu melihat gambo nya! walaweh... rasa cam kat US pulok! ****gulp [telan air liur]

Meh.. baca pasal SEKSI WANITA ni..


Setiap wanita tentunya ingin sentiasa dipandang menarik apatah lagi seksi dimata lelaki.Keseksian tubuh badan ternyata menjadi aset bernilai bagi seseorang wanita.Kerana itu,kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang demi untuk mendapatkan tubuh yang menarik,solid dan menggiurkan mata yang memandang.


Namun,itu pada pandangan wanita sendiri. Sebenarnya bagi kaum lelaki,keseksian wanita itu tidak hanya terletak pada tubuh badan semata-mata.Banyak unsur-unsur lain yang menjadikan seseorang wanita itu seksi dimata lelaki.

Anda ingin dipandang seksi dan menggoda bagi lelaki?Teliti perkara-perkara berikut..


Berpenampilan Tersendiri
-Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang berpenampilan menarik dan tahu merawat serta menjaga kecantikan diri.Tetapi tidak pula keterlaluan dengan bermekap tebal seperti pelakon opera cina atau berpakaian terlalu menjolok mata.Dia seorang wanita yang tahu mengenakan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuhnya dan suasana sesuatu tempat atau keadaan tanpa meniru dan mengikut orang lain.Rata-rata lelaki menganggap wanita yang bersederhana tetapi tetap terlihat menarik memiliki nilai keseksian yang tersendiri.

Periang Dan Ada Sikap Humor
-Wanita yang bersikap periang,tidak terlalu serius dan sesekali terselit humor dalam perwatakannya dianggap seorang wanita yang tahu bersenang-senang dan menikmati hidup.Malah sikap yang sukar kalah dengan masalah dan hal-hal yang tidak menyenangkan memberi kredit tambahan kepada daya tarik dan pesona seksi di mata lelaki. 

Ada Unsur Nakal Dan Liar
-Wanita yang hidup secara aman dan terlalu lurus mengikut aturan dianggap wanita yang takut menghadapi gelora hidup.Jika sesekali keluar dari kelaziman,melakukan sesuatu atau bersikap menentang kebiasaan memberikan signal kepada lelaki bahawa seseorang wanita itu 'bitch' yang mampu menerima dan menempuh semua elemen yang ada dalam hidup samada kebaikan mahu pun kejahatan. Apalagi jika wanita itu mampu mencabar 'kejahatan' yang ada dalam diri seseorang lelaki,dia dikagumi sebagai saingan yang mengujakan. 

Bijak Dan Berani Mengatasi Kekurangan
-Wanita yang tidak bergantung sepenuhnya atau pun mengharapkan lelaki.Dia tahu berdikari walau dalam keadaan apa sekali pun.Setiap kekurangan dan kelemahannya dalam setiap hal ditempuh dengan tabah dan dia tidak takut berusaha mencari jalan mengatasinya.Wanita seperti ini dianggap 'superwoman' yang memukau.


Nah! Demikian ciri-ciri sebenar seorang wanita yang lebih dipandang seksi di mata lelaki.Ternyata bentuk tubuh bukanlah sesuatu yang amat penting tetapi ianya hanya menjadi bonus tambah kepada nilai dan daya keseksian seseorang wanita itu.


Sekian.Semoga bermanfaat. 






No comments: