Wednesday, July 18, 2012

Aku & Program JBD

FAMA tawar potongan harga barangan keperluan harian sepanjang Ramadan

SHAH ALAM : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menawarkan potongan harga barangan keperluan harian sehingga 50 peratus di pasar tani sepanjang Ramadan ini menerusi Program Jimat Belanja Dapur.

Pengarah Fama Selangor Mansor Omar berkata potongan harga itu membabitkan barangan seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta barangan keperluan dapur yang dijual di semua pasar tani sepanjang bulan puasa yang dijangka disambut Sabtu ini. 

"Peniaga pasar tani menjual barangan 30 hingga 50 peratus lebih murah dari harga pasaran kerana melalui program ini kita mengambil barangan terus dari petani dan dijual di pasar tani," katanya kepada Bernama di sini. 

Program Jimat Belanja Dapur diperkenalkan pada musim perayaan tahun lepas bertujuan menawarkan jualan barangan makanan keperluan asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ayam pada harga lebih rendah.

April lepas, program berkenaan turut menawarkan jualan "Ikan Rakyat" yang menawarkan potongan harga antara 5.0 dan 15 peratus berbanding harga pasaran membabitkan lima jenis ikan iaitu pelaling, cencaru, kembung, selar dan selayang.

Mansor berkata pelancaran jualan istimewa pasar tani sempena bulan Ramadan itu akan diadakan esok di Pasar Tani Seksyen 17, Petaling Jaya oleh Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin. 

Sementara itu, beliau berkata barangan keperluan termasuk kelapa, ayam dan daging masih mencukupi untuk bekalan sepanjang bulan puasa dan musim perayaan akan datang. 

Isnin lepas, Ketua Pengarah Fama Ahmad Ishak mengumumkan Fama akan menganjurkan pasar tani khas sepanjang bulan Ramadan dengan menawarkan harga berpatutan bagi setiap barangan keperluan. 

Beliau berkata 32 lokasi di seluruh negara dikenal pasti untuk diadakan pasar tani berkenaan. 

Katanya pasar tani itu akan beroperasi setiap hari mulai Sabtu ini dari pukul 2.00 petang hingga waktu berbuka puasa dengan pelbagai barang keperluan dengan penawaran harga berpatutan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/18  Harian METRO




" Seriously bagi aku Program JBD ni memang patut dibuat memandangkan harga barangan sekarang makin naik dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kadar perbelanjaan seisi rumah walopun tak semua barangan keperluan diberi less.."


Maklum ler aku kan dalam unit Pasar Tani yang dah sememangnya terlibat dalam Program JBD ni maka, aku dah dapat buat kesimpulan mengenai program ni memangdangkan ianya merupakan Program JBD Fasa III.. 


So, membeli belah lah di Pasar Tani dan sememangnya barangan yang dijual merupakan barangan yang SEGAR DARI LADANG.


Chiowwww ~ 





No comments: