Showing posts with label MEMORI DUKA. Show all posts
Showing posts with label MEMORI DUKA. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Luahan hati Jumaat

Salam sayang...

Setelah sekian lama, aku muncul kembali..
Sekadar melampias rasa duka yang tersekat dikerongkong...

Sebagai  anak sulung kepada pasangan mak bapak yang bercerai bukan mudah.
Tambahan aku dah berkeluarga.
Sesungguhnya jauh disudut hati kecil aku redha dari seawalnya atas apa yang menimpa aku dan adik-adik.

Kini, baik ayah atau mak dah ada pasangan sendiri.
Cuma yang sedihnya apa yang pernah beliau luahkan semasa marahnya kepada seseorang satu ketika dulu kini berbalik kepadanya.
Bak kata orang, dunia berbalas dunia.
Malah, jauh lebih teruk dari sebelumnya.
Anak-anak semakin jauh.
Yang kecil disogok kemewahan.

Harta dunia hanya sementara.
Sebagai seorang yang berusia, renung dalam-dalam apa yang pernah diluahkan kepada anak-anak tentang perihal si seseorang malah berjanji takkan berperangai seperti itu.
Tapi sayang rupanya lagi teruk dan tragis..

Bukan membuka pekung tetapi, inilah kebenaran.

Jumaat penuh barakah..
Katanya ke Pejabat Agama Islam Daerah K**** untuk daftar pernikahan.
Semoga Allah SWT berkati segala apa yang beliau lakukan.
Dan tahniah kerana menjadi isteri kedua dan madu kepada seorang wanita Indonesia.
Andainya ada keberkatannya buktikanlah kepada hambaMu ini.
Jika sebaliknya, aku pasrah...

Sekian.





Sunday, June 5, 2011

adakah ini entry yang 'down'?

ada diantara kawan yang mengikuti blog nie bertanya, 'mengapa terlalu banyak kesah duka?' aku jawab bersahaja 'biasalah lumrah hidup.. Allah menguji hambanya.. Dia rindu mendengar suara rintihan doa hambanya' [ayat pinjam...huhu] bukan apa, memang aku rasakan sangat down sejak akhir-akhir ni, aku cuba ceria macam biasa sehinggakan di opis pun kawan-kawan sedar dan tahu aku di takuk mana.. takkan nak buka pekung didada.. apa yang boleh aku pusingkan reason aku.. bior setimpal dengan memek muka aku nie.. balik rumah bagaikan tiada apa cuma anak-anak penguat semangat dan rakan bergaduh sayang.. untuk bersemuka dengan dia, aku rasa aku tak layak sebab aku tak perfect.. aku nie pencacai je wookksss! idop pun tak berharta! aku degil? memang aku degil.. tapi aku sedar sedikit akan kedegilan aku dah semakin merosot, korang tau kenapa? skarang bila marah, aku masuk toilet then termenung depan mirror dan ambil wudhu'... rasanya itu jalan terbaik kan? Ouwwhh, ok.. aku chow lah! sedang aku menaip aku diintai oleh seseorang.. agaknya tak sabar nak baca blog aku nie.. Okieeesss! nite!

**kata kunci -- aku masih seperti dulu cuma aku terkilan!




Tuesday, May 25, 2010

[ persepsi luar biasa terhadap dee ]


[ jari jemari dee yang halus...ececeh! ngan jari kecik baby tyra ]
erm~~~
akibat perbuatan meng'inai' kan kuku dengan inai rambut itam my
mak punya... maka, dee telah di klasifikasikan sebagai perempuan liar...
liar ke "liar" [ in english ] can u believe it!
ho!ho! satu kenyataan yang bley membunuh persepsi positif tentang dee!
ayat tak puas ati dee ~~~
ello...kengkawan, dee nie nampak jer sorang yang ceria ~ ala-ala diva
[ sangat tidak percaya kenyataan itu dikeluarkan oleh dee ]
tapi ~~~ bila tanggapan cam gitu korang lemparkan erm..
feeling cam nak runtuh laa langit nie...
suka ati korang laa wei!
persepsi luar biasa tuu sikit sebanyak memberi tekanan pada diri dee...
sangat sedey!

Thursday, April 15, 2010

[ tak de keje laen ke mangkok! ]



lagi sekali Malaysia dikejutkan dengan kes dera...
kali nie mangsa nya sorang budak berusia 3 tahun...
[sebaya cik bee]
nie marah nie...
dapat dee bayangkan budak umo tuh memang laa tengah agresif..
adoyai...

Sejak bulan Februari lepas,
kita semua dikejutkan dengan kesah kematian
dua orang kanak-kanak malang,
sorang berbangsa melayu [Syafiah Humairah Sahari, 3]
dan sorang lagi india [K. Harreswaral, 1]...
dan bebaru nie cina [Lee Swee Hui,3 ] pulak...
yang sedihnya, hal nie sikit tak timbulkan keinsafan...
lagi sedey bila kat badan budak cina nie banyak kesan lebam...

dan kol 8.20 malam tadi ~
masa nengok buletin utama ada berita tentang mak bapak tiri budak cina nie...
alkesahnya mak bapak tiri budak nie rupanya layan syabu...
huh, sunggul sengal dan s**l kan?

dee rasa setiap kaum kat Malaysia nie kena g kursus jaga anak laaa...
bukan setakat kursus kawen jer..
bahaya nie...
buat anak pandai..tapi bangang! %$&^%&*^*&(
macam dah tak de keje laen kan magkok-mangkok nie...
bagi yang kawen atau ada boyprend tuh
ingat laa sket anak tuh anak awak darah daging sendiri...
percaya kat jantan keparat buat apa?
apa yang korang dapat? korang dapat okeh laakan...?
anak korang? a.k.a. anak tiri jantan tuh?
sengal buih betul laaa...
ish...dah tak de ayat nak karang nie...
kang melampau kang kena banned pulok...huhuhu
**maap ~ dee menaip dengan perasaan yang sangat-sangat
marah hingga tak dapat dibendung!

Sunday, April 4, 2010

LUAHAN HATI PEMINAT ~~


Ajal maut di tangan Allah, tak siapa sangka kita jua dijemput kembali padaNya. Nikmat usia kita Allah telah tetapkn qadarnya dan sesungguhnya kita milik Allah dan kpaNya jualah kita kembali. Sunguh dee rasa tersentuh sekali mendengar khabar pemergian insan seni seperti Allahyarham Din Beramboi..

walaupun dee tak berapa kenal Din Beramboi secara peribadi...cuma sekadar peminat segmen "MANDI" dan WAKENABEB... Tetapi sama seperti jutaan insan lain, beliau telah menemani seluruh liku perjalanan hidup...:(

Sebagaimana buah tangannya telah meneman kita semua dalam menempuh suka duka perjalanan hidup, semoga kini buah tangan itu menjadi amal soleh yang meneman beliau dalam perjalanan yang sepi dan sunyi itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat, maghfirah dan kasih sayang-Nya ke atas al-Marhum Din Beramboi, serta mengurniakan sabar seluas-luasnya kepada seluruh keluarga beliau.

Semoga Allah memelihara dirinya juga, diri dee, dan kita semua kerana janji Allah itu tiada siapa yang tahu… Amin~~

Tuesday, December 1, 2009

MENGHITUNG KESUDAHAN SEBUAH PERSAHABATAN...

tika dan saat nie…
kesayuan dan kepiluan singgah disusut ati dee..
menghimpit rasa yang tak tertanggung di jiwa…
entah lah…

terlalu sukar untuk di luah kan dgn kata2…
kerana ianya datang menjadi saksi ketabahan dee…
dalam suatu waktu…
pelbagai ceritera hadir dilakaran kanvas kehidupan dee…
hingga kan dee merasa hampir tidak terdaya menerimanya…
mencari di mana ternokhtah nyer sebuah kepastian…
menghitung kesudahan sebuah persahabatan

entah lah…
berat mata memandang…
berat lagi bahu yg memikul…
bila berbicara soal sahabat…
tiada pernah ku temui nokhtahnya..
acap kali yg hadir hanya lah persoalan yg tak berjawapan…

nobody know’s melainkan insan2 yg tahu jerk…
11 tahun telah berlalu…
tanpa sedar…
kini dee melalui detik2 ini sendirian dan penuh persoalan bertemankan suami yang menjadi penguat nadi...



SAHABAT

Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan lah aku dgn amaran2 Allah…

Jika aku berduka tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah pencipta…

Jika aku longlai tak berdaya, ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga…

Jika antara kita ada tembok yg memisah, ajaklah aku meleraikannya segera….

Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah…

Dan jika esok aku lena tiada terjaga, iringi lenaku dgn kalungan doa…

Berjanjilah sahabat… ukhuwah kita untuk selamanya….




Photobucket

Saturday, June 27, 2009

KEHILANGAN~~


semalam dee dapat berita yang mengejutkan...
tok mak dee telah menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengahari di hospital segamat...

dikala dEe dengan pn as~en fahmi~adiksss dEe -- cik dEathluver juga sorang budak baru...
baru kenalan semalam sedang bersuka-suka makan di AYAMAS sambil menunggu doe jemput dEe balik umah ...
dari kolumpo dee n kuarga terus balik ke kampung di labis...
setibanya dee disana jenazah telah pun dikebumikan...
sedey... tapi apa dee bley wat...


perkara macam tuu wajib dipercepatkan...
apa-apa pun dee doakan semoga arwah tok mak ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...insya~Allah...

kenangan dee bersama arwah tok mak dEe di hospital segamat

Photobucket