Showing posts with label PUASA tau jangan tak puasa.... Show all posts
Showing posts with label PUASA tau jangan tak puasa.... Show all posts

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Assalaamu'alaikum wr.wb.. 

Marhaban Ya Ramadhan

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah, 

Sungguh cantik kain pelekat, 
Dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, 
Silap dan salah mohon dimaafkan 

Berharap padi dalam lesung, 
Yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, 
Cuma terlayang entry ini. 

Sebelum cahaya syurga padam, 
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, 
Sebelum Ramadhan datang,
Saya sekuarga mohon maaf zahir dan batin.... 

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim


Marhaban Ya Ramadhan 

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at. 

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN. 

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DARI DEE RIDZUAN SEKELUARGA 


Wassalamu'alaikum Wr Wb


Thursday, August 12, 2010

[siang dipendam malam balas dendam]


salam 1 malaysia~~~
wah..mood nampak berbunga tapi itu tadi.. skang tidak lagi... kepala dah mula bercelaru ligat memikirkan kenapa akaun masih tak balance nie~~~ adoyai! silap tang mana! aarrghh~~ dah dua ari mula bekerja dan dah dua ari jugak laa umat Islam berpuasa... tak terkecuali my kids kecuali my little bee... bila time puasa idea kurang menyerlah dalam berblogging bukan tuu jerk... bila my boss mintak idea pun dee tak bley nak pikir... hohoho~~ maap boss prestasi merudum sedikit! skang nie dalam kepala dee cuma pikir menu nak berbuka jap lagik~~ whhoopss bukan bermaksud dee nie giler kentang makan cuma dee nak my kids rasa seronok... erk~~~ tapi lebey kurang laa tuu... hihihi... "siang dipendam malam balas dendam" [sila berpikiran baek dan telus okeh]

Tuesday, August 10, 2010

[selamat berpuasa geng!]


wah~~~ ati dee berbunga-bunga laa sekembali dari berjimba ala-ala honeymoon semalam! hoho~~ satu kenyataan gedik dibuat sebelum berpuasa esok ari~~ maap yerk!
dee malas nak post awal-awal entry pasal berjimba selama 4 hari 3 malam tuu nanti basi! hahaha~~~ sengal! maka, dikesempatan nie dee nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua rakan blogger ~~ pesbuk ~~ sekerja ~~ sekampung ~~~ semua se' laaa! okeh! tahun nie dee berpuasa bersama ngan my eisha and my handsome boy, daniel~~~~ waah..seronotnyer~~

Photobucket

Friday, August 28, 2009

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan
Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter) .
Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
Kurangkan kadar makanan dari biasa
JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
Mengulangi makan sepanjang malam.
Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
Kopi dan teh.
Air paip masak yang tidak ditapis.
Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.
Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
Makan kerap
Kuih-muih yang payah dihadam
Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
Kurang makan kerana perut dah kecut
Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

~~dee sekadar ingat mengingati sesama kita


Photobucket