Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Ekonomi selepas Kawen!




Terasa seperti mau membebel mesra gitu!

It’s about masalah pasangan selepas kahwin. Banyak pasangan muda-muda yang baru-baru kahwin ada masalah rumah tangga.. [ceh, macam aku kawen dah tua.. bukan gitu tapi ku bebel berdasarkan pengalaman]

Kenapa perkara ini terjadi? Padahal diorang kawen suka sama suka.. Dan rata-ratanya  most of the problems berpunca daripada hutang..

Banyak pasangan yang berkahwin berhutang semasa berkahwin. wat personal loan contohnya yang mana payment period is up to 7 years dan skarang untuk goverment bley wat hutang sampai 20 years? Dah ada anak pun hutang tak habis lagi..silap haribulan anak nak kawen pun hutang tak abis... 

Kebanyakannya berpunca dari masalah ekonomi..Dan mula laaa timbul isu-isu lain..Hal-hal kecik..Bergaduh laa nanti…Terutama pasangan yang suka mengungkit! Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah, cubalah jangan berhutang untuk kawen..Walaupun duit simpanan habis.. Alasan kalau hutang, confirm bayar..

Lebih baik habis duit dari berhutang….It’s for your life anyway…Dah berhutang personal loan, nak buat loan rumah pun susah nanti…ye tak? bebelan mesra ni ditujukan khas buat adik-adik dan kengkawan semua.. 

Kepada kengkawan semua…Simpan duit untuk kawen!




Thursday, July 7, 2011

Sabar dan semanis kurma ada chemistry!

Allah berfirman di dalam surah Yusuf yang bermaksud, 
"Sabarlah, sesungguhnya sabar itu indah.
Sesuatu yang bersifat subjektif. Sabar akan menjadi sesuatu yang manis [macam semanis kurma itu] dan indah jika hujung kesabaran itu adalah seperti yang kita harapkan. Bila kita mengharapkan orang yang kita kasihi tapi sering menyakiti hati kita akan berubah sikapnya. Tapi jikalau perubahan yang diimpikan tidak juga muncul, apakah kita perlu terus bersabar? Dan paling malang jika kesabaran itu membawa kita kepada dosa. fikir-fikirkanlah. Kepada korang semua yang sedang mempunyai masalah, teruskan berSABAR. 

Adakah ayat aku bagaikan ustazah semanis kurma? hehehe~~ cuma ianya sekadar ingat mengingati dan untuk diri aku sendiri.



Sunday, July 3, 2011

Mengapa ada benci?



Assalaamu’alaikum w.b.t

Isnin yang damai dan angin sepoi-sepoi bahasa di pagi hari nie, terpanggil aku nak menghujahkan sikap manusia.. cuma layakkah kita membenci seseorang? Okiesss.. Orang yang membaca artikel ni dan kalau KAU antara salah sorang yang membacanya lepas kau baca kau pi duduk bawah pokok dan renungkan apa yang pernah kau buat dari kau kecil sehingga sekarang.. adakah kau juga salah seorang yang dibenci manusia lain? Renung-renungkan~

Mengapa ada benci?
Ya , suatu pertanyaan yang sudah zaman berzaman sentiasa ditimbulkan. Manusia memang tidak lari dari bersifat benci-membenci dan tak kurang juga yang membenci pada permulaan tetapi akhirnya sayang. Dan telah popular juga pepatah tak kenal maka tak cinta. Sebelum kenal benci bukan main, tetapi selepas kenal rapat maka timbul pula rasa sayang. Dan selepas hati dah sayang, hilang semua benci-benci lama jadi nostalgia sahaja.

Tetapi ada pula yang dah lama sayang, tetapi datang kemudiannya rasa benci yang teramat. Akhirnya percintaan yang sudah lama terbina berakhir dengan perpisahan. Dulu amat mudah mengucap sayang, tetapi kini bukan main muak dan benci sehingga tidak boleh bersefahaman lagi. Maka kita lihat di situ, begitu mudahnya manusia membenci sesama manusia sedangkan ada jalan untuk menyayangi. Tetapi apabila hati sudah dikaburi, syaitan sudah menguasai, jalan kasih-sayang sudah tidak dapat dilihat lagi. Yang ada hanya pintu kebencian yang menguak luas.

Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu kebencian boleh mengundang kesengsaraan? Mengapa perlu membenci sedangkan kita tahu ianya akan menghuru-harakan keamanan? Jika kerana harta, pangkat dan rupa kita membenci manusia, maka kita sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana masih tidak bersyukur dengan seadanya pemberian dari Allah S.w.t.

Benci berbeza dengan marah. Marah ada tahap-tahapnya. Ada manusia yang jenis marahnya sekejap, ada yang tak hilang2 berbulan lamanya. Maka jika sekiranya kita ada tidak berpuas hati dengan manusia yang lain, adalah perkara yang biasa jika kita marah pun. Tetapi sebaiknya kawal lah kemarahan itu. Cuma apa yang saya mahu tekan kan di sini, marah itu adalah perkara biasa sebagai seorang manusia. Tetapi kerana ketidak puas hatian kita kepada seseorang itu sehingga membuatkan kita benci kepada nya, itu bukan lagi lumrah, tetapi itu sudah melampau. [yang makan cili sila rasa kepedasannya.. sebab ini bukan ayat aku sendiri, ini dari mereka-mereka yang alim..huhuhu]

Cer korang  baca contoh kat bawah nie supaya korang sedar yang korang bukan manusia yang sempurna dan masih dalam proses menuju kesempurnaan...
Aku bagi contoh jika ada segolongan manusia yang sesat dari ajaran Islam yang tulin. Biasanya kita akan marah-marah golongan tersebut dan menyimpan perasaan benci kepada mereka. Sehingga kita lupa apa yang sebenarnya patut dibenci leh kita. Yang patut dibenci adalah perangai atau perbuatannya itu, bukannya tuan empunya diri yang membuat angkara itu. Sepatutnya apabila ada seseorang yang sesat jalan, kita lah yang perlu membimbingnya, bukan terus membenci, memulaukannya dan melebih2 (GHULUW) dalam beragama. Kita lah yang sepatutnya memberi panduan, memberi hujjah2 kepadanya sampai dia kembali ke pangkal jalan. Maka semua itu perlu dilakukan dengan sabar, bukannya dengan jalan membenci , kutuk-mengutuk, caci-mencaci dan busuk hati padanya.

Kita imbas sejarah Nabi Muhammad S.a.w, baginda ketika mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, bukan nama anak beranaknya yang disebutkan, tetapi umatnya. Sebagaimana yang kita tahu, bukan semua umat Nabi Muhammad S.a.w ini mengakunya sebagai nabi, tetapi nabi tetap menyebut2 ummati ummati. Kerana kasih dan kesian belasnya nabi pada umatnya ini. Tetapi adakah kita ini ada kesian belas terhadap sesama saudara kita yang masih berada dalam kejahilan, kesesatan dan sebagainya?

Pemikiran kita ini diajar dari dulu lagi agar memandang negatif dan terus membenci kepada golongan yang tersesat. Tanpa kita berfikir bagaimana cara untuk mengembalikan dia ke pangkal jalan dengan berhikmah. Sememangnya bukan semua cara kita ini berjaya membuatkan orang2 yang tersesat itu dapat kembali ke pangkal jalan, tetapi sekurang2 nya kita mencuba dengan sebaik mungkin. Bukannya dengan hanya menuduhnya sesat , kemudian memulaukannya dan membencinya terus. Kita tidak tahu sama ada orang yang kita benci itu adalah ahli syurga atau bukan. Mana lah tahu di akhir hidupnya dia diredhai dan diampuni dosa2nya oleh Allah kerana kebaikan hatinya, maka jadilah dia ahli syurga nanti insyaAllah. Tetapi kita ni, kita dapat tentukan ke kita ahli syurga atau tidak? Adakah anda sangat yakin bahawa anda adalah ahli syurga sedangkan di hati anda masih ada perasaan benci sesama saudara Islam, masih ada busuk hati, buruk sangka, berniat jahat dan seumpamanya?
Nasihat aku pada korang yang rasa diri korang perfect pada kami yang serba kekurangan ni..

Maka aku nasihatkan diri aku dan sesiapa sahaja, agar kita sama2 perbaiki akhlak kita. Kerana Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak dinafikan kita ini ada mempunyai sifat marah, tetapi semoga kita dapat mengawal dengan baik sifat marah yang tercela ini. Kalau nak marah sangat pun, marah lah sekejap jer, kemudian ambil air wudhuk dan buat apa sahaja yang baik untuk redakannya. Dan jangan lah dibiarkan kemarahan itu berjangkit kepada kebencian pula. Malah yang sebaiknya adalah kita cuba sedaya upaya untuk menanamkan rasa kasihan belas kepada golongan yang kita marahkan itu. Bak kata pepatah, marah2 sayang. Marah kerana sayangkan dia kerana tidak mahu lihat dia dan orang lain susah di kemudian hari. Wallahu a’lam
**Nota kepala - aku sedih dengan kejadian disekeliling aku kerana dalam hidup aku, aku pernah membenci tapi aku benci perangai seseorang, berlainan sikap manusia itu yang membenci seseorang sehingga mati. Bukan itu sahaja, aku pernah membenci salah seorang kaum keluarganya, tapi aku segera memaafkannya kerana aku sedar masih jauh perjalanan hidup aku dan aku takut orang lain membenci aku.. Nasihat aku pada KORANG dan juga diri aku sendiri..berhenti membenci seseorang kerana sedikit sebanyak hidup kita pasti ada effectnya. Kita sakit, kita susah itu semua penangan sikap angkuh kita sendiri. Manusia yang kita benci semakin sedar akan KEPARATAN hidupnya satu masa lalu, sehinggakan berjabat tangan pun kita buat tak nampak. Wallahualam.. itu antara diri sendiri dengan Allah S.W.T... Sekian!







Monday, June 6, 2011

Masuk syurga dek kerana bulu mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."

"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."


**nota kaki -- Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

Friday, March 25, 2011

ADA AKU KESAH?

hollaaa beb! pepagi jumaat nie, dee nak share PUISI : ADA AKU KESAH.. ianya merupakan peringatan yang baik untuk kita para isteri yang suka guna ayat nie... jangan amalkan ye kengkawan! peace ~

Ada aku kesah jika laki aku tak makan
Ada aku kesah jika laki aku tak minum
Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya

Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku
Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang
Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian
Ada aku kesah jika laki aku nak kemana

Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku
Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku
Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku
Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi
Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku

Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....
    Ketika telefon laki aku berdering di dinihari
    Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa
    Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya
    Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang
    Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku
    Ketika tidurnya membelakangi aku
    Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa

Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku.




Monday, March 21, 2011

Jepun, Bencana Alam dan Kita




WASHINGTON - Gempa bumi kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi.  Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah Jepun bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya lapan hingga 10 sentimeter ke timur. 
Selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. Profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.


PETA JEPUN BERUBAH KEDUDUKAN PULAU HONSHU BERGANJAK 2.4 METER



Gempa bumi kuat yang melanda timur laut Jepun kelmarin, bukan hanya meragut sekurang-kurangnya 1,700 nyawa, manakala 10,000 lagi dikhuatiri hilang, malah meninggalkan kemusnahan besar termasuk ancaman radiasi di bahagian utara negara itu berikutan letupan di salah satu reaktornya selain impak fizikal yang menyaksikan peralihan paksi bumi kira-kira 25 sentimeter.
Anggaran kerugian AS$15 bilion (RM52.5 bilion). Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter kelmarin yang juga kelima terkuat di dunia itu menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer – impak yang menurut saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi Sumatera, sebelum ini. 
Jepun mengerahkan lebih 50,000 askar, manakala anggota mencari dan penyelamat melakukan tugas mencari mangsa selepas gempa yang berpusat di pantai Pulau Honshu yang juga kawasan berpenduduk paling padat di Jepun dengan kemusnahan sekurang-kurangnya 3,600 rumah, dilaporkan. 

Bagaimanapun, lebih 30 jam selepas kejadian itu, Perdana Menteri, Naoto Kan, berkata anggota penyelamat masih belum tiba di kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu. 

Seramai 215,000 penduduk di kawasan timur lautnya yang terjejas teruk itu, berlindung di penempatan sementara ketika sekurang-kurangnya 5.6 juta penduduk pula terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik dan air bersih. 


Semua talian telefon terputus ketika ramai penduduknya yang terselamat, beratur panjang mendapatkan bantuan. Sebanyak 400 mayat ditemui di bandar Rikuzentakata, wilayah Iwate yang dilaporkan musnah dan tenggelam sepenuhnya, manakala di bandar Sendai, sekurang-kurangnya 300 mayat turut ditemui.
 


Agensi berita Kyodo melaporkan, sebuah kapal yang membawa sekurang-kurangnya 100 penumpang, dihanyutkan tsunami dan nasib mereka belum diketahui hingga sekarang. 

Ketika harapan menemui lebih ramai mangsa masih hidup kian tipis, Jepun dikejutkan dengan kejadian kebocoran radioaktif di salah reaktor nuklearnya di *****ushima, utara Tokyo akibat letupan di bumbung loji terbabit berikutan gempa bumi kuat. 

Perkembangan itu meningkatkan ancaman radiasi jika reaktor itu terbakar dan memaksa kerajaan memindahkan penduduk yang tinggal di lingkungan 20 kilometer dari reaktor Daichi 1 berusia 40 tahun itu. 

Pengumuman oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano itu dibuat ketika rakaman televisyen memaparkan imej kepulan wap panas dari loji itu yang memaksa syarikat pengendalinya, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berusaha mengurangkan tekanan dalam teras reaktor berkenaan. 


Sementara itu, kesan tsunami turut dirasai di beberapa negara sekitar kawasan Pasifik dan Amerika Syarikat, dengan berjuta-juta penduduk terpaksa mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi selepas menerima amaran tsunami. 

Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terbunuh, manakala lima lagi dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan ombak besar di Cresent City California.

**sumber : AP/AFP/Reuters 
  

KESAN TSUNAMI JEPUN - AIR LAUT MELIMPAH DI BATU BURUK TERENGGANU
Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter. Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu.
Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik lewat malam semalam. Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter. Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang.
Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain. Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.
Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun. Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.
Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.

Sebelum
Selepas


APA KAITAN KITA DENGAN SEGALA BENCANA ALAM YANG MENIMPA?



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain (HR Termizi)

Oleh itu sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan semua pembaca yang dihormati, perkara yang pertama perlu kita semua lakukan ialah kembali memperbaiki amalan kita. Berapa banyak amalan kita hari ini yang telah rosak?

Apa keadaan iman kita sekarang? Sejauh mana keyakinan kita pada Allah? 

Bagaimana dengan keadaan solat kita pada hari ini? Bertepatankah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW?

Zikir kita kepada Allah. Berapa lama masa telah kita luangkan dalam sehari untuk kita mengingati Allah?

Ilmu yang kita tuntut. Sejauh mana ilmu yang ada pada kita telah diamalkan dengan sebaiknya?

Akhlak. Sudahkah kita berhenti mencari salah orang lain dan sentiasa memuliakan saudara seagama kita?

Niat kita. Apakah kita benar-benar ikhlas?

Tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Sejauh mana kita telah sampai dan sebarkan apa yang telah Nabi Muhammad SAW telah pesan pada kita "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat".

Pertanyaan khusus buat diri sendiri yang sering alpa sebagai hamba-Nya. 

** Sekadar berkongsi : Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)




Tuesday, February 1, 2011

Buat bakal jenazah...

Sesaat setelah rohku berpisah dengan jasad, yaitu ketika aku mulai memasuki alam kehidupan yang baru, apakah aku dapat tersenyum menjumpai malaikat yang memberikan salam kepadaku :

1.Wahai anak Adam, engkaukah yang meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu ?

2.Wahai anak Adam, engkaukah yang merengkuh dunia, atau dunia yang merengkuhmu ?

3.Wahai anak Adam, engkaukah yang mematikan dunia, atau dunia yang mematikanmu ?

Ketika jasadku menunggu untuk dimandikan, mampukah aku menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan malaikat kepadaku :


1.Wahai anak Adam, dimanakan tubuhmu yang kuat itu, mengapa kini engkau tidak berdaya ?

2.Wahai anak Adam, dimanakah lisanmu yang lantang dulu, mengapa kini engkau terdiam ?

3.Wahai anak Adam, dimanakah orang-orang yang dulu mengasihimu, mengapa kini mereka membiarkanmu tergeletak sendirian tanpa daya ?

Sewaktu mayatku dibaringkan diatas kain kafan, siap dibungkus, mampukan aku menuruti apa yang dikatakan malaikat :

1.Wahai anak Adam, bersiaplah engkau pergi jauh dari tanpa mebawa bekal!

2.Wahai anak Adam, pergilah dari rumahmu dan jangan kembali!

3.Wahai anak Adam, naikilah tandu yang tidak akan pernah engkau nikmati lagi setelah itu!

Tatkala jenazahku dipikul diatas keranda, sanggupkah aku bersikap anggun seperti seorang raja yang di tandu prajurit, ketika malaikat berseru kepadaku :

1.Wahai anak Adam, berbahagialah engkau apabila engkau termasuk orang-orang yang bertobat

2.Wahai anak Adam, berbahagialah engkau apabila selama didunia engkau selalu taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya!

3.Wahai anak Adam, berbahagialah engkau apabila yang menjadi teman abadimu dialam kubur adalah ridho Allah, celakalah enagkau apabila teman abadimu adalah murka Allah!

Ketika aku di baringkan untuk di Sholati, akankah diriku mampu bersikap manis tatlaka malaikat berbisik ditelingaku

1.Wahai anak Adam, semua perbuatan yang telah engkau lakukan akan engkau lihat kembali

2.Wahai anak Adam, apabila selama ini engkau tenggelam dalam amal soleh, maka bergembiralah

3.Wahai anak Adam, apabila selama ini engkau tenggelam dalam kemaksiatan menuruti nafsu, maka sambutlah penderitaan akibat keenggananmu mengabdi kepada-Nya!


Sewaktu jasad ku berada ditepi kubur siap untuk diturunkan ke liang lahat, akankah lidahku kelu menjawab pertanyaan malaikat yang berbisik lirih :

1.Wahai anak Adam, kedamaian apakah yang engkau bawa untuk menempati rumah cacing ini ?

2.Wahai anak Adam, cahaya apakah yang engkau bawa untuk menempati rumah yang gelap ini ?

3.Wahai anak Adam, siapakah temanmu yang kau ajak menemanimu dalam penantian panjang ini?



Tatkala aku sudah diletakkan di liang kubur, masih mampukah aku tersenyum menjawab ucapan selamat datang yang disampaikan bumi kepadaku ::

1.Wahai anak Adam, ketika berada di punggungku engkau bergelak tawa, kini setelah berada di perutku apakah engkau akan tertawa juga ataukah engkau akan menangis menyesali diri ?

2.Wahai anak Adam, ketika berada di punggungku engkau bergembira ria, kini setelah berada di perutku apakah kegembiraan itu masuh tersisa ataukah engkau akan tenggelam dalam duka nestapa?

3.Wahai anak Adam, ketika berada di punggungku engkau bersilat lidah, masih kah kini engkau bernyanyi ataukah engkau akan diam membisu seribu bahasa bergelut dengan penyesalan ?

Setelah aku sendiri terbujur kaku dihimpit bumi tanpa daya dalam liang lahat, sementara sanak keluargaku beserta teman-teman karibku pulang kerumahnya masing-masing, akankah kecemasan menguasai diriku ketika Allah SWT berfirman : “Wahai hamba-Ku, sekarang engkau terasingkan sendirian.

Mereka telah pergi meninggalkan engkau dalam kesempitan dan kegelapan. Padalah dulu engkau membangkang tidak mau taat kepada-Ku semata mata untuk kepentingan mereka. Balasan apa yang engkau peroleh dari mereka ? Masih pantaskah engkau mengharapkan surga-Ku?”


Thursday, October 14, 2010

[orang tuo bercinta lobeh dari yang mudo?]

pernah tak korang terserempak ngan situasi di mana sorang wanita yang layaknya bergelar nenek bercinta dengan sorang lelaki yang bergelar atok? mesti selalu kan? tanpa mengetahui sapekah mereka... dah kawen ke belum? tapi rata--rata golongan mereka nie sering tak kena 'flash' atau 'snap' atau 'tangkap basah'... sangat jarang dan kadang--kadang ditemui dalam suratkhabar! erm~~~ sangat menggelikan dan menjelikkan bukan?

dee nie bukan laa perfect dan sangat gojes untuk meng'utara'kan topik cam nie! tapi ati nie tak tertahan membendung kemasiatan depan mata... erk? sila jangan salah anggap okeh! apa yang dikesali nenek dan atok yang layaknya mengajar cucu mengaji dan menegur perbuatan dan tingkah laku anak sudah jarang dijumpai! haaaaiisshh... dunia kini semakin tua dan menuju keakhirnya.. macam-macam perkara tak terduga berlaku depan mata kita saban hari... apakah itOo amaran dan petanda kepada kita semua... wallahualam~~ hanya Dia yang mengetahui segalanya!

bak kato orang minang
"orang tuo bercinta lobeh dari yang mudo" ~~ paham tak? hikhik
Photobucket

Monday, October 11, 2010

[kasih sayang macam air?]

Weh korang!
"Kasih sayang umpama air, setiap orang mendahagakannya tetapi anda boleh lemas jika cinta dijalin umpama air di lautan!"

Cinta ni ibarat air. Korang sangat memerlukannya dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup korang terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang, maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara. Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah korang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, korang dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan? air longkang? air sungai? atau air lombong? [paham tak? dee pun sedang cuba nak paham ]

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja. Biarlah korang menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi korang tidak pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.


Photobucket

Friday, August 20, 2010

[Besarnya makna DOA yang kita lupakan]

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN--- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar~~~

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli [Tuhanku, ampuni aku]


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni [sayangi aku]


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii [tutuplah aib-aibku]

Warfa'nii [angkatlah darjatku]

Warzuqnii [berilah aku rezeki]

Wahdinii [berilah aku petunjuk]

Wa'Aafinii [sihatkan aku]

Wa'fuannii [maafkan aku]


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)




Photobucket

[Jangan mencari terlalu sempurna]

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

Begitu juga dengan hidup ini tiada yang abadi yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang
Photobucket

Monday, July 19, 2010

[ Ibu Oh Ibu ]


IBU DAN KITA SEBAGAI IBU
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
[Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah]
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah~~
~ Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
~Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
~Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
~Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik


Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
ؓYa Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini
Ø*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
ØTapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
ؓYa Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini
ؓYa Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini
[ Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan]
*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
~Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time
~Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
~Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
~Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
~Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
~Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

SELALU GADUH DENGAN IBU
~Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
Ø Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
Ø Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
Ø Susah nak dapat anak, senang gugur
Ø Ada rasa kelibat orang lalu
Ø Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
Ø Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
Ø Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
Ø Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

ANAK LARI DARI RUMAH
Ø Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
Ø Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

ANAK DEGIL
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
[You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see]

Photobucket