Tuesday, June 9, 2015

Sape kata menteri sombong..?



Sape kata menteri ni sombong?
Sape kata menteri tak nak jawab whats app, twitter, fb atau insta?
Erm..
Aku pernah confiused tentang sesuatu hal berkaitan Program Jelajah Agropreneur Muda anjuran MOA. Aku pernah bertanya kepada boss aku tentang perkara tersebut dan ternyata mereka pun tak boleh beri jawapan. So, no choice. Medan yang paling terdekat untuk aku dapatkan jawapan sebenar adalah melalui fb Dato' Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian kita.

Mungkin disebabkan aku suka buat lawak.. kelakar..
So, dengan gaya berseloroh aku beritahu yang aku nak pm menteri.. boss aku cuma gelakkan aku. selamba aku pm Dato' Seri untuk kepastian atas persoalan yang bermain dalam otak aku..

Bagi salam di pagi Sabtu...
Alhamdullillah berbalas..



Pertanyaan demi pertanyaan, so aku mula rasakan yang Dato Seri macam tak dapat jawab soalan aku walaupun soalan aku tu basic. My skandal memberi satu reason yang positif  pada aku dengan menyatakan may be Menteri sedang mencari jawapan dan bertanya kepada unit yang menganjurkan Program JAM yang aku nak ikuti.

Keesokan harinya, Dato Seri membalas pm aku tadi dengan jawapan yang cukup ringkas dan padat. Apa yang aku nak katakan adalah.... tak semua menteri tu pentingkan diri sendiri.. tak semua whats app, twitter, fb atau insta mereka dijawab oleh PA mereka.. mungkin ada segelintir lah.. segala kemusykilan boleh ajukan pertanyaan asal berasas dan yang penting 'saya pengundi BARISAN NASIONAL'...

So, #kipidap

Ok then bye

Saturday, April 11, 2015

Kenali Kehebatan Herba Maharani




Hai..

Saje je aku nak perkenalkan dan sambil mempromosikan herba MAHARANI HAI O.. Bak kata sesetengah orang 'Herba Kebahagiaan & Peransang'... (Amboi...)

Bagi pengalaman aku..

Herba MAHARANI HAI O ni adalah herba yang membantu untuk mendapatkan zuriat juga..(Cheewaah..) kerana antara keberkesanan herba ni adalah mampu mengatasi masalah sukar hamil, senggugut semasa period, keputihan dan macam-macam lagi maalah dalaman wanita..

Ouwh...

Takkan kita nak makan sebarangan ubat tanpa tahu kaedah pembuatannya kan? Ok, jom check it out!


Sedikit Cerita Pil Maharani :

-Dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan.
-Ianya adalah keluaran Beijing Tong Ren Tang yg merupakan tanda perniagaan yg bersejarah melebihi 300 tahun di China

-Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan adalah diperakui sebagai ‘Produk Terkenal di China’ pada tahun 1994.

-Juga diiktiraf sebagai ‘Spesis Ubat Herba Yang Terpelihara’ pada tahun 1998.
-Pengiktirafan HALAL oleh Pertubuhan IFANCA (China Islamic Association – badan Islam luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM)
-Diluluskan oleh Jabatan Kawalan Dadah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL20014419T)
-Menggabungkan 16 jenis ramuan herba terpilih dan bernilai dgn pati ayam hitam sbg ramuan utamanya.

Antara fungsi fungsinya :

-melancarkan peredaran darah
-menyelesaikan masalah wanita (keputihan, senggugut, peredaran haid)
-melegakan masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dlm badan, lenguh2, kebas & urat saraf
-menegang dan memberi keanjalan pd kulit (payudara, ovari, pinggul)
ubat gantian utk jamu, ubat periuk semasa berpantang, menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dgn cepat
-Untuk golongan wanita yg hampir menapous, ia menguatkan tulang & daya tahan penyakit
-Mengeratkan hubungan suami isteri

Cara Pengambilan:-

Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.
Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).
Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.

Makan mestilah bersama air suam.
Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba (tindakbalas badan yang berbeza).

Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.
Atau, boleh juga mulakan dengan 10 biji. Kalau rasa okey (tak panas badan) boleh tambah dos kepada 15 atau 25 atau 50.

Jangan ambik kurang dari 10 biji sehari ye sebab nanti tak berkesan.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

  • jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
  • jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
  • jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period

** Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.

Keberkesanan & Kehebatan

  • Membantu menyelesaikan masalah persekitaran - Ovari , rahim iaitu senggugut , keputihan,kegatalan , haid tidak teratur , menopose dan lain-lain.
  • Membantu menyelesaikan masalah persekitaran payu udara iaitu sebarang ketumbuhan, saluran yang tersumbat dan akan memberi keanjalan pada payu udara.
  • Mengawal selia tekanan darah,emosi dan sraf.
  • Membantu menyelesaikan masalah sengal-sengal sendi, asma,urat timbul,peranakan jatuh(prolebsis), sakit pinggang dan lain-lain.
  • Menyerlahkan kecantikan luaran iaitu seri muka , lebih bermaya, bersemagat, kulit halus , awet muda, dan dapt memberikan kebahagian kepada pasangan.
  • Amalan selepas bersalin - mengelak daripada kemurungan , membantu membetulkan kedudukan , ovari , rahim dan lain-lain.
Pil Maharani merupakan pil kesuburan bagi wanita, sesuai diambil untuk wanita yang inginkan cahaya mata atau wanita yang akan mendirikan rumahtangga sebagai persedian kesuburan awal. Pil Maharani ini juga boleh diambil untuk wanita yang sedang berpantang selepas bersalin.



Pil maharani, jika para suami tahu khasiatnya untuk isterinya, sudah pasti mereka merayu isteri masing-masing mengamalkannya


Hanya RM98, postage RM10 sm / RM12 ss to your doorstep seluruh negara 

To order SMS saya 012-326 2957..Cuba dulu baru tahu hasilnya..pasti ummpph!!


Wednesday, October 1, 2014

Biar gambar berbicara


Biar gambar berbicara.. biarkanlah...
yang pastinya gambar ni sangat menggamit  memori..
hehehe....
* tq pada yang sudi snap gambar nih!



Cameron Highlands kami datang!


Tup.. Tup... 
Menggedik updated status berada di Cameron Highlands. 
Alhamdulillah sangat bahagia dan ceria dengan keletah anak-anak. maklumlah anak dah 4 orang kan.. rasa macam ramai jerk! oh no... tak ramai... anak mak aku lagik ramai.. anak tu amanah Allah. Aku sayang anak-anak aku...




Orait.. tak de apa pun nak cerita tapi saje je nak menguji kepantasan menaip laju dalam blog... hahahaha.. *statement macam apa ntah!

ok bye!

Friday, November 1, 2013

Luahan hati Jumaat

Salam sayang...

Setelah sekian lama, aku muncul kembali..
Sekadar melampias rasa duka yang tersekat dikerongkong...

Sebagai  anak sulung kepada pasangan mak bapak yang bercerai bukan mudah.
Tambahan aku dah berkeluarga.
Sesungguhnya jauh disudut hati kecil aku redha dari seawalnya atas apa yang menimpa aku dan adik-adik.

Kini, baik ayah atau mak dah ada pasangan sendiri.
Cuma yang sedihnya apa yang pernah beliau luahkan semasa marahnya kepada seseorang satu ketika dulu kini berbalik kepadanya.
Bak kata orang, dunia berbalas dunia.
Malah, jauh lebih teruk dari sebelumnya.
Anak-anak semakin jauh.
Yang kecil disogok kemewahan.

Harta dunia hanya sementara.
Sebagai seorang yang berusia, renung dalam-dalam apa yang pernah diluahkan kepada anak-anak tentang perihal si seseorang malah berjanji takkan berperangai seperti itu.
Tapi sayang rupanya lagi teruk dan tragis..

Bukan membuka pekung tetapi, inilah kebenaran.

Jumaat penuh barakah..
Katanya ke Pejabat Agama Islam Daerah K**** untuk daftar pernikahan.
Semoga Allah SWT berkati segala apa yang beliau lakukan.
Dan tahniah kerana menjadi isteri kedua dan madu kepada seorang wanita Indonesia.
Andainya ada keberkatannya buktikanlah kepada hambaMu ini.
Jika sebaliknya, aku pasrah...

Sekian.





Thursday, August 15, 2013

Maruah "Too Good To Be True"

Salam Lebaran...

Hati terguris kerana menjadi penonton wayang realiti.
Itu bahagian aku.
Maka, nak tak nak aku terima seadanya.
Janji tinggal janji..
Manusia semakin tenggelam dan alpa..

Dek kerana hati terluka...
Mr. Google menjadi laman yang paling sesuai untuk mencari bahan tulisan blog malam ni.

Ok..
Tulisan blog ni aku petik dari Persatuan Ibu Tunggal Malaysia..

Jom layan!
Bait katanya sangat bagus.
Kalau yang terasa dan sedang merasa, renung-renungkan status diri anda. 
Jangan jadi mangsa keadaan ye!
Minta dijauhkan..
Aminnnnnnn..

---------------------------------///--------------------------------

Assalamualaikum WBT

Seketika saya tidak menjengguk ruangan khas untuk Ibu Tunggal ini kerana tiada masa lapang utk membaca setiap satu permasalahan sebelum memberi buah fikiran.

Topik yg saya akan ketengahkan ini agak sensitif. Mohon ya dibaca dengan lapang dada.

Saya seorg yang suka memerhati tingkah orang-orang yang saya kenali sama ada baru atau lama. Lebih-lebih lagi yang berstatus Ibu Tunggal Janda / Balu.

Dalam pemerhatian ini saya sentiasa menjadikan apa sahaja yang saya lihat terjadi pada sahabat-sahabat tersebut sebagai tauladan buat diri saya.

Satu perkara yang membuatkan saya kecewa pada segelintir golongan Ibu Tunggal ialah terlalu mudah dibuai perasaan.

Tidak salah kita bercinta kembali tetapi berpada-padalah dalam menzahirkan emosi yang sedang melanda…

Usah terlalu yakin dan obses pada sesuatu yang terlalu baru dan kelihatan sangat bagus.

“Too Good To Be True”

Banyak lelaki di luar sana SENTIASA melihat Janda / Balu sebagai alat untuk memuaskan nafsu serakah. Berhati-hatilah dalam menyemai perasaan kasih dan sayang. Tidak luak dan tidak rugi jika kalian Ibu Tunggal jual mahal demi maruah diri.

Kenal lelaki-lelaki baru sehari dua dibilang cinta terus kocak jiwa dan pegangan.
Tidak salah menyintai tetapi belajarlah dari setiap kesilapan diri atau sekitarnya.

Usah terlalu cepat menyerah maruah. Istighfar selalu, jaga solat, jaga hati…

Jaga status diri, jangan cemarkan maruah Ibu-ibu Tunggal yang lain kerana perlakuan murahan anda. Ianya sangat sukar untuk kami membersihkan palitan noda yang kalian (Ibu Tunggal yang tidak bemaruah) tinggalkan, dan akhirnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

-----------------------------///----------------------------------


Thanks!

Wednesday, August 7, 2013

Bebelan sehari sebelum raya!

Salam Ramadhan 29

Sekejap masa berlalu, pejam celik hide and seek tetiba dah nak end of Ramadhan.

Begitu jugak kehidupan, sekejap bahagia sekejap menangis sekejap gembira. Itu lumrah biasa yang tak mungkin kita dapat lari kan?

Dan apa yang pastinya,
aidilfitri tahun ni akan dirai dengan kehadiran my new comer 'Baby Ryan'... Si kenit yang sering membuat mama dan ayah membuat sesuatu keje dengan 'zaaasssss' maklum laa kalau lambat kedengaran suara suprano si kenit ni..

erm...
Dan yang pastinya lagi,
kali ni masih tumpang beraya di kampung suami.

Maklumlah keluarga aku tak de kampung.
Suasana beraya di kampung mak aku belum  pernah dirasai.
InsyaAllah tahun depan kot.

Tetiba...
sedikit sebanyak terasa sebak dengan sikap manusia di sekeliling kan?
mengambil kesempatan..
itu semua lumrah alam bila seseorang tahu akan kelemahan kita kan?

kesimpulan yang aku nak buat,
tahun depan...
aku akan beraya di rumah sendiri...
di kala tu, kita tengok pulak apa reaksi manusia sekeliling aku...

Apapun,
dengan hati yang tulus ikhlas..
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya semua!





Tuesday, August 6, 2013

kisah duka adik beradik


Bila aidilfitri bakal menjelang..
Hati hiba bila ada segelintir orang yang tak seperti adik beradik...
Datang rumah tak pernah nak masuk,
jemput masuk pelbagai alasan.
Datang hanya untuk berjumpa mak,
diluar rumah..
dan minum pun di kedai mamak..
alasan yang tak masuk dek akal
"segan nak masuk sebab berbaju tido"
sedangkan...
dia boleh bawak ibunya keluar minum ke kedai mamak dengan berpakaian tido?
Is it logik?
Ingat ye..
Diam bukan bererti saya setuju apa yang terjadi disekeliling saya.
Hanya Allah SWT yang akan membalasnya.

Buat semua adik-adik saya,
" Terima kasih ye semua "




Thursday, July 11, 2013

Upin Ipin dan Bayi

Salam Ramadhan..

Sekejap masa berlalu.. 
Dah 2 bulan lebih usia si bayi..
Dah 2 hari berpuasa..
Dah nak habis cuti bersalin 3 bulan aku..
Dah...
Dah...

Ceria rasanya bulan puasa kali nie..
Maklumlah dah ada bayi yang minta didukung tatkala waktu berbuka dan sahur tiba..
Seronotkan?

Hehehe...
Macam tension je bunyinya...
Tapi sebenarnya ia sangat sweet!

Meh...
Meh...
Nak tau apa progress baru bayi aku?
Si bayi dah pandai menonton kartun Upin Ipin dalam Ipad..





Ouwh..
Ok..
Sekian cerita hari kedua berpuasa!

Selamat berbuka puasa!



















Thursday, June 27, 2013

Jari si kecil


Ini jari kecil si bayi...

Terima kasih Ya Allah!
Sesungguhnya aku seisi keluarga sangat sayang pemilik jari kecil itu..

Sekian!