Tuesday, March 8, 2011

bila si dia out station lagik...

my skandal terbang ke Sabah semula...
end of this month habis dah tugas di Sabah selama 3 bulan!
ada hamba Allah pernah bertanya soklan kepada dee ~

" u nampak ceria je walopun husband u out station jauh dan lama."
"kau tak takut ke sh**a, dengan seribu satu kemusykilan tentang lelaki nie?"
"haiih, asyik terbang ke sana je.. der apa-apa ke?"
"laa terbang lagik? nape kena gi sana? apasal tak kat sini je?"

antara persoklan yang sangat tip top kengkawan, kenalan jugak saudara mara... hangen tak dee? hangin jugak kekadang! sentap tak yah cakap laa tuu memang sentiasa dalam peparu nie! mari dee jawab kepada semua persoklan malas laa nak explain selalu.. 

 pertama : dee suka sebab tuu adalah semangat pada dee! dee mesti nampak ceria depan semua, tak bley nak sentap dan muka tak puas ati.. bayangkan laa nanti bila nampak stress je semua keje tak menjadi... lagipun kesian kat my kids, mereka tak tau apa-apa... bukan my skandal tak balik, dua minggu sekali balik dengan tambang sendiri...walopun cuma dapat berkepit selama 2 hari jerk! ouwhh... tidaaakk.. dan berpisah semula! korang ada kesah ke? 

kedua : dee sentiasa berwaspada.. istilah TAKUT tuu memang tak ada cuma berwaspada dengan kaum adam nie. maklum laa kejadian yang sadis pernah terjadi dalam idop nie... ianya berlaku depan mata dee jugak my skandal jadi, dee rasa my skandal dah cukup matang untuk memikirkannya tentang pro dan kontra keruntuhan rumahtangga kalo setakat nak menggatal...

ketiga : ayat cam nie nampak cam nak bagi dee panas ati.. tapi InsyaAllah buat masa nie dee tak pernah terbabas kata... apa yang dee jawab "Allah melihat setiap perbuatannya.. dee tau my skandal sayang dee dan anak-anak.."

keempat : ye kena terbang ke sana demi tugas dan ianya cuma 3 bulan je... belum balik dari Sabah pun dah der tugas menanti di Sg Miang Pahang pula... dah keje kan?




dee hargai kerana mereka sangat prihatin dengan life dee... cuma, kadang kala pelik tengok gelagat manusia nie kan? suka nak tau kenapa, mengapa, bagaimana, bila? sebab dee tak pernah sebok hal orang laen maka, agak rimas bila mereka bertanya soklan yang macam-macam pada dee! keje salah tak keje lagik laa salah.. kang kalo my skandal tak out station n dok umah dikatakan meng'ulor'.. adoyai! sangat tidak paham.. sekian~

No comments: