Showing posts with label MY SKANDAL. Show all posts
Showing posts with label MY SKANDAL. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Sharing is caring ~ PETUA MERAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

4. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

5. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

6. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

11. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

12. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

13. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

14. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

15. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

16. Solat bersama dan berdoa bersama.

17. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

18. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

19. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

20. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.


Hakikatnya, betapa ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

**Saya sayang dia!

Wednesday, January 23, 2013

Terasa dihargai dan disayangi

Sekejap masa berlalu, aku pun dah 3rd trimester.. Perut ni sekejap macam besar sangat sekejap kecik.. haishhh.. main cak! cak! pulak si baby nie. Apa pun ramai disekeliling aku yang tersangat excited dengan bakal baby yang aku lahirkan ni...

maklumlah dah 7 tahun alam itu telah aku tinggalkan dan sekarang aku mengalaminya kembali. banyak yang aku rasa lain benar pregnant aku kali ni tak macam masa aku ngandungkan kakak, totoi dan my little bee.. may be, sebab ramai yang caring tentang aku sekarang ni samada kat rumah mahupun opis.. walaweh.. bertuah raso eh badan! hehehe...

Last week, bila encik wan dapat tau ada ekspo barangan baby dan kids terus dia ajak aku gi window shopping yang pada mula asalnya.. tengok-tengok encik wan yang ter'over'.. hehehe... seronok sangat sebab my kids pun teruja memilih barangan untuk my new baby nie...Alhamdulillah...


Yelah.. masa aku pregnant 7 tahun lepas, my kids semua kecik dan tak ambik endah tentang mamanya.. hehehe.. sekarang terasa diri disayangi dan dihargai oleh anak-anak... tak caye tengok gambo my little bee nie..
Dan... taaadaaaaaaa...
Inilah hasil shopping sakan di ekspo tersebut..
Katanya nak window shopping je... hehehe...
Apapun, i love you encik wan! *peace



Tuesday, October 23, 2012

Ku terima kau apa adanya

Menghentikan aktiviti bermuka-muka bermuka buku untuk seketika waktu...

sambil menghabiskan keje menulis invois am untuk lebih 600++ orang peserta Pasar Tani, maka ni laa keje sambil menyelam minum air.. melayani lagu-lagu yang tah apa genre semua aku rembat..

tetiba...

bley plak teringin nak tuju lagu... ( hik... )
sengal betul statement ni..
nak share dalam mukabuku memang tak laa kan sebab stop for a moment!

so, aku tuju je lagu tu kat sini...
hurm...
untuk insan teristimewa yang selalu disisi aku..
adakala aku terlupa bahawa aku adalah manusia paling bertuah punya suami seperti dia..
dan,
kadangkala dalam gelak tawa nangis terlepas kata sama ada aku atau dia...
biarlah rahsia!

rasanya ia lagu ni kena kot...
( kalo tak kena, sayaaa laaariiikkk ek...hehehe )


Ku terima kau apa adanya



Mencintaimu.. 

Setulus hatiku.. 
Tak pernah kuberharap lebih darimu 
Hatiku selalu inginkan kamu meski kau tak sempurna dimata lainnya 
Ku terima kekuranganmu 
Yang ku mahu hanya hatimu 

Ku terima kekuranganmu 
Ku syukuri kelebihanmu 
Kerana ku memang sayang kamu... 
Ku terima kekuranganmu 
Kusyukuri kelebihanmu 
Kerana ku memang sayang kamu...



best tau lagu ni...
bukan aje sesuai untuk suami malah mak ayah pun okeh!
nak dengar melodynya... 
silalah men'search' dalam youtube eh!

bye!

Wednesday, October 3, 2012

Main Masak-Masak

Salam 1 Malaysia

Pagi ni mataku dah macam panda yang comel.. seawal jam 7 pagi ku dah terpacak kat opis dan pintu opis pun belum dibukak.. hebat tak? *sila puji!

Banyak nak cerita.. 
Tapi rasanya cerita main masak-masak dengan my skandal dan my kiddee's ni lagi syiok didulukan maklum ler dengan imej yang beraneka warna dah macam nak cat umah dah...

Projek kukus apam yang ala-ala polkadot ni cuma mengambil masa lebih kurang 40 minit.. memanglah aku bercadang nak wat polkadot tapi sayangnya benda penting, piping bag ku boleh lupa nak beli.. alahai.. maka, berbagai artwork laa yang di 'decorated'kan oleh my skandal and my kiddee's... 


Ouwh... **menguap dengan sopan

Okeh.. start working! bye



Tuesday, September 25, 2012

Si hijau



Hebat ke bila tertenggek naik bike ni? huhuhu... aku tau der yang berperasaan begitu bila tengok aku.. ouwh, tambahan pulak awek yang naik kelihatan macam seksi gitu.. ala-ala gojes! sangat merepek pulak kau petang nie, dee! Tak... aku bukan awek gediks tuu... cuma persepsi orang sekeliling sahaja.. 

Ninja Green Lantern ni pesaing hebat aku.. My skandal sangat jatuh hati dengan si hijau nie.. kadang kala rasa nak suruh dia tido atas si hijau.. mulia kan hati saya? hohoh... sehinggakan my little bee selalu tanya aku, "mama, kenapa ayah suka duduk luar tengok motor yer?" aku menjawab dengan nada pasrah dan sedikit tunjuk perasaan "ouwh, yer tengok motor yer laa.." 

it's ok.. tu laa aku.. up to u laa my dear, u nak tengok motor u or u nak tengok awek lalu ke i tak kesah, janji u tak lupa kat i dan anak-anak... bley gitu? ouwh..**tertunduk malu dengan penuh keredhaan diwajah

Bye

 

Thursday, July 19, 2012

Wedding Adik At Bahau

Actually tujuan aku ke Bahau untuk menjadi wakil pihak pengantin lelaki. Adik aku, Is kawen kan.. Is nie merupakan adik kandung aku yang di bela sejak dari lahir oleh kuarga bapak aku.. kami memang tak rapat may be sebab membesar bukan sesama kot. tapi bila jumpa macam adik beradik yang rapat giler.. cuma sejak arwah tok mak dan tok wan dah tak de, hidop Is agak kacau bilau sket.. merantau sana sini. susah nak citer kang lari topik...

Kuarga memang gamble sebab datang iring Is nikah cuma adik beradik, mak dan kawan mak sorang. tak de sedara mara dan sebagainya baik belah mak atau bapak aku.. bukan tak mo invited belah mak aku tapi atas permintaan adik aku sendiri memandangkan majlis diadakan sekaligus di rumah perempuan. Lagipun andainya terdapat cacat cela sesebuah majlis selalunya sampai ke cucu cicit orang dok cerita, iya dop? Maka, kami - kami sahaja lah yang datang menemani Is di majlis nikah dan sanding.. cuma aku dan my BF serta kiddee's jer tak tunggu sampai diorang sanding keesokkan harinya...

Panjang dah aku sembang.. Layan laa gegambo yang aku upload ni eh.. 
Buat mereka-mereka yang kami semua tak invited, jangan berkecil hati..Bukan apa, kalau invited sah-sah kena brainwash especially kalau yang ..tut...tut.. tut... ( tak yah laa aku mentioned sape orang tu, cuma kalau dia baca dia mesti terasa )Hidop macam anak-anak yang ditinggal sepi memang gini, selalu wat keputusan sendiri tanpa sapa-sapa pedulik.. Ada rezeki laen kali may be majlis doa selamat anak ke apa ke dan buat besar-besaran, InsyaAllah akan dijemput.. 

 Barisan Imam, Tok Kadi, Saksi-saksi, Ayah Pengantin Perempuan

 Adik ipar baru saya ~~ Dila

 Waiting

 Orang kuat dibelakang Pengantin Lelaki ~ Perasan tak my BF bley layan pakai baretta

 Daniel -- Macam orang kuat jugak laa

AKAD NIKAH
 Scene 1
 Scene 2


 Alhamdulillah.. Selesai sudaaa.. Aminnn
 Lafaz Taqliq
 Sign sijil nikah

MAJLIS BATAL AIR SEMBAHYANG


Selamat Pengantin Baru buat Is dan Dila!

My Familiessss ~ 

My Adik-adik 

FOTO SANDING 


Bukan aku tak sayang adik-adik aku ni, tapi kita tak bley tunjukkan sangat kasih sayang kita pada mereka. Nanti naik lemak pulak.

Till then ~ Bye

Thursday, July 5, 2012

My BF

Hollaaaa kawan..

Lum tido?
Aku pun dah tak bley tido sebab dah tertido tadi, bila terjaga dah susah tido..

Alahai, tergerak nak updated blog pasal BF..


Hohoh.. Nak tau
Gambarajah di atas menunjukkan bahawa si dia adalah BF aku a.k.a my skandal yang selalu aku sebut-sebut dalam blog sebelum ni..

Kalau siang tadi aku dok cerita tentang GF maka setelah membaca komentar di laman muka buku, aku rasa ada baiknya aku post entry pasal BF lak.. Kang majuk lak BF aku.. Hehehe...

BF aku nie nampak je muka cam garang tapi sebenarnya dia kelakar dan gila-gila cuma dalam sesetengah perkara dia akan serius giler contohnya perihal pelajaran my kids..



Seterusnya gambarajah di atas ni lagi sewaktu BF bawak aku dan my kids ke Istana Negara Lama.. BF aku ni suka sejarah.. Pantang ada muzium mesti bawak kami semua untuk memupuk cintakan negara dan bangsa dalam jiwa anak-anak serta berterima kasih kepada pucuk pimpinan yang terdahulu.. (amboi.. Ayat baaeekk!)

Itu lah serba sikit cerita my BF..
Tapi apa tu BF ek?
Bagi aku laaa kan, BF tuu bermaksud Boy Friend.. Best Friend.. Bed Friend (ooppss, over lak.. Hehehe) boleh jadik juga Busy Friend bila time piling atau konkrit on site.. Hohoh..



Ok, nak tido laa sebab jiran sebantal aku, my little bee dah sibuk ajak tido.. Bye all!

Tuesday, January 31, 2012

Resepi Kasih Sayang

Moh dengan nada gediknya aku nak share resepi kasih sayang.. Aku dapat pun daripada magazine astro.. Cer baca...


Bahan-bahannya :

~semangkuk kasih sayang dan rindu (diperap dengan ucapan setiap hari)

~perasaan tolak ansur dan hormat menghormati (secukup rasa)

~satu sudu besar komunikasi

~satu sudu besar serbuk maaf memaafkan

~satu paket kejujuran dan kesetiaan

~secawan air tangan anda (bukan air tangan mamak atau cik melah seberang jalan)

~semangkuk pengorbanan yang disulam susah senang, usah diungkit hal-hal lalu sebagai hiasan



Cara membuatnya :

Tumiskan kasih sayang dan rindu sehingga naik bau cinta. Masukkan elemen komunikasi dan serbuk maaf memaafi. Tambahan serbuk kejujuran dan kesetiaan. Biarkan bahan tadi sebati. Tuang perasaan tolak ansur dan hormat menghormati diikuti dengan hiasan pengorbanan tadi. Enak dihidang panas-panas dengan secawan air tangan anda.


Haaaa... Amacam? sedap tak? selamat mencuba.. Hukhukhuk

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 27, 2012

Picnic at Melaka Wonderland

Permulaan 2012 yang sangat ceria.. walopun dah hampir sebulan berlalu, kenangan tetap kenangan yang tak boleh dilupakan. Tambahan pulak aku bakal bergedik pula ke sebuah taman tema air di pantai timur.. adoohh! jalan sajer bak kata orang ganu.. pic yang aku upload ni serba sedikit pic yang telah di snap konon-konon celebrated our anniversary.. hangat beb! belum sempat kulit aku beransur pulih akibat terdedah pada matahari, dah aku nak gi lagi berjimba dengan ayorrr...aarghh.. layaaaannn.. tu yang penting iye dok? 

aku ngan adik-adik... eh silap my kids + pakcu..
si kecil yang sangat suka berposing...

my skandal pun nak gak bergambo gitu..

aku ngan my skandal haruslah bergambo bersama kan? kan?

jangan tak percaya yang mak aku pun dah pandai posing skang ni.. hehehe

my kids + pakcu pun nak posing gak...

Hurmm.. kadang kala begini lah cara nak dekatkan keluarga yang dah jauh, yang sedang sentap.. gitu ler seadanya.. lumrah hidup kena ceria sentiasa dan senyum.. okeh, peace yawh!



Wednesday, January 11, 2012

Selangkah ke Sabah baaa...

Hollaaaaa malam...


Selangkah ke Negeri Dibawah Bayu.. Teruja keh aku? ayat kelihatan macam jakun dan tak sabar-sabar tapi tidak dihati.. Banyak sebab musababnya.. 



  • Kengkawan sekepala tak diundang [sentap mak, nyah!] walo bagaimanapun difahamkan mereka diundang diwaktu suntuk.. ada ke patut? 
  • My skandal? Ada site meeting, tak dapat nak elak on the date.. Memang berangan nak angkut jerk my skandal tanpa memikirkan soal tiket..
  • Hati macam tak seronok.. Mak aku cakap "aik, gi jalan pun tak sonok?" Aku balas "Hurm.. entah lah! macam tak excited"
tapi, anasir-anasir negatif harus diketepikan supaya aku tak dicop ANTI SOSIAL pulok iye dok? Dan tak semena-mena nanti aku dituduh penjawat awam yang sombong.. huk aloh! Okiessss.. Bisik aku pada hati "Open ur mind Dee! Terima apa aje yang berlaku.. Ikut je kehendak abang long opis tuu.. InsyaAllah selaaamaaat..."

My skandal sms aku dari Pahang... 
"Sayang abang, Teruja ke nak gi Sabah?"

Aku balas.. 
"Dee akan teruja kalau awak dapat pergi bersama.. Bley?" Ouwhh.. man!


macam nie ke? posing biasa..


Hurm... Cuma kalau my skandal dapat gi mesti aku dapat bergambar gedik over ngan dia.. macam gambari kat bawah nie? Lalala...

Ngomelan abis! Continue jika ada wifi di hotel tu nanti ye! Bye then..



Tak pun over macam ni.. mesti orang nyampah! Adooohhh... 

Thursday, January 5, 2012

Jalan Makan Ikut Perasaan..


"Kelass kau maria..." Ouwh bukan.. itu bukan nama aku dan drama bersiri tu pun tak de kaitan dengan life aku.. Sambutan anniversary yang mengalahkan diva ke hulu ke hilir bagaikan dari Jemapoh ke Manchester laa lagaknya.. Kalau anniversary tahun lepas tak celebrated tapi untuk kesekian kalinya dan memandangkan dah seabad [erk..] maka, berjimbalah aku ngan my skandal ke mana-mana tempat yang teringin nak pergi.. tapi idoklah ke oversea okeh!

Anniversary yang sempoi tapi sangat menyeronokkan... tambahan pulak time anniversary aku nie laa demam ombak rindu melanda.. walaweh, maka novel Ombak Rindu lah antara hadiah dari my skandal.. thanks awak! hehehe~~ pas tu makan-makan ikut perasaan kat Kenny Rogers Jusco Anggun.. Hurm... dan lastly before my kids kembali ke sekolah, berjimba di Melaka Wonderland.. 




Tiada apa yang lebih menyeronokkan bila berada disamping si dia.. "Thank u awak sebab sangat sabar dengan karenah saya.. saya selalu menguji kesabaran awak dan sangatlah nakal.. itu belum lagi kenakalan anak-anak.. hehehe! peace awak!"


Babai booo!

Tuesday, August 16, 2011

Jika suami...


Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

Alhamdulillah... segalanya yang di atas sehinggalah ke saat ini dan waktu ini dan diharapkan ianya berkekalan hingga ke akhir hayat kami.. InsyaAllah!


Tuesday, August 9, 2011

Bonus Ouwh Bonus!

Salam Ramadhan ke - 9 dah untuk hari nie.. dikesempatan nie, aku nak ucap selamat berpuasa walopun aku lambat seminggu untuk mengucapkan kata-kata itu...

makin lama makin malas untuk meng'updated' blog nie, sibuk dengan cekelat aku lagi, lum on projek kuih raya mak lagi tuu.. ouwwh... tidak! malam tadi korang tengok berita tak? sah..sah.. berita yang belum pun cukup 24 jam tu, dah heboh seantero kan? dapat bonus setengah bulan gaji... pelbagai reaksi aku nengok diorang nie.. ada yang begitu memanjatkan syukur (Alhamdulillah) malah ada yang merungut tak mo sokong kerajaan lagik? macam bongok je kekadang... dari tak merasa langsung ye dop? 

Tapi, keluhan mereka-mereka ini ada betulnya.. dengan kewangan sekarang nie, tshirt kat mydin pun harga dah setanding parkson dah... bebaru nie, aku ngan my skandal bawak my kids shopping baju raya pun dah cukup terasa.. untuk 3 orang je bajet kami memang lari, estimated RM600 for 3 kids.. tapi dah melebihi sehingga menjangkau RM700++.. kasut raya belum lagi tuu.. padahal dah abis bajet dah tuu! belum lagi turn my skandal shopping, sebab style dia shopping tak suka sekali dengan my kids.. tak bley concentrated katanya.. sekali shopping RM1k++, itulah perangai my skandal.. aku? aku baju bundle jerk! huwaaaaa... tak terpikir lagi untuk diri nie.. sebab aku suka shopping last minit, tak pun time my skandal shopping nanti, aku buat-buat lah muka sedih untuk dia offer aku beli sehelai dua blouse + jeans... muahahaha... tu lah yang paling manisssss...

Ouwh.. korang dengar  hot chat HotFM pagi nie kesah 'Bonus aku yang punya'.. kebetulan pulak aku ngan my skandal dah berjanji, kali nie kalau bonus.. lu..lu punya.. wa..wa punya! hehehe~~ bukan apa.. kekadang kesian jugak pada dia ngan diri aku sendiri.. sampai nak beli kehendak sendiri pun terbatas dek kerana nak share semua benda.. sharing is caring bukan pada bonus... hurm.. okeh laa.. menanti masuknya bonus untuk membeli kehendak hati! lalala~~  

Mode : Sabar menanti!

Thursday, July 14, 2011

Sentap

Salam Khamis..

Aku sedikit sentap ari ni..
dek kerana menjaga hati banyak pihak, abis ati aku kena robek.. [eh,eh.. cam lagu dangdut lak] kes pertama pasal boss [ex-boss] aku datang tadi, kasi sokongan moral aku tukar cawangan.. bagus! aku suka.. tapi aku nampak muka rakan2 sejawat yang berkerut pandang aku..  kes kedua pasal my skandal, kes ni wat aku sentap.. opss, nak cerita tapi tak boleh sebab aku nie macam manusia tak ada perasaan... asyik jaga hati orang je, last week tak ada rehat aku berhempas pulas di suatu majlis..[kehendak orang kena turut].. tapi this week, aku lagi sentap bila dengar statement dia.. peergghh... okiees, aku memang berpura-pura! Tq



Wednesday, July 6, 2011

Privasi handphone aku...

As salam kalian...

Salam 1 Malaysia jugak tanpa kompromi kaum! Erk.. hehehe! Rajin tetiba nak updated pepagi buta, ingat nak berkarya on da' way ke opis thru iphone tapi rasa cam wanita sibuk yang tiada masa depan pc pulak.. lain lah kalo aku dah memang tunggu masa nak tido dan berbaringan malas atas katil, iye dop?

Topik bualan pagi di Hot FM ari nie cukup menarik pada aku. Kalo ikutkan mau jerk aku menelipon tapi rasa cam sama je citer pemanggil-pemanggil dengan aku.. lebey baik tak yoh.. kang bosan lak FBI, Usop Wheelchair dan FF.. Topik today kalo korang dengor PRIVASI TELEFON BIMBIT PASANGAN !


Wah.. hangat dok? 
Moh aku kupas sedikit cerita pasal handphone dalam idop aku neh...

Aku rasa pada diri aku PRIVASI HANDPHONE nie dah tak ada.. bak kata my skandal, kita kena telus dan jujur [dah macam tagline PDRM pulak].. aku dan dia memang tak ada rahsia bab tepon dan sms... tapi kadangkala kawan-kawan bikin spoil.. pernah aku terkena tak silap aku tahun 2008 gitu.. my opismate En R send sms dengan panggilan 'yang'.. aku tau rata-rata kawan-kawan memang gitu even yang perempuan pun selalu sms dengan kata-kata manja dan gedik, tapi itu perempuan kan? tak de lah menjengkelkan sangat. Ia menggoyahkan kepercayaan my skandal pada aku masa tuu..Fuhh, jenuh gak laa aku cuba buat biasa. En R nie memang suka buat lawak sampaikan pada kakak-kakak opis yang dah berumur pun gitu gak bunyi sms nya.. yang wat aku tergelak dan rasa sangat bertuah [terasa diri disayangi dan dihargai] bila my skandal balas sms tuu 'Abang R***, nie wan lah.' 

My skandal bagi nasihat kaw-kaw pada aku.. aku terima tapi dia tak marah cuma dia takut bila aku sangat ramah.. katanya En R tu dahlaa duda.. hati-hati katanya! adoi, jauh kat sudut hati aku.. dalam unit aku semua aku anggap ABAH ANGKAT.. hehehe! sebab semua hampir sebaya mak ngan ayah aku.. 

Dan bermula dari waktu tuu...
En R tak pernah lagi menghantar sms begitu..sms dia okeh, tapi dibelakang ayat mesti ada 'yang'.. erm.. korang jangan buat cam gitu tau! kalo itu salah satu dari hobi korang berenti laa yep! 

Lagi satu my skandal pasti akan cek time nak tido segala sms dan  call yang aku buat dan terima.. dia pun suruh aku tengok sms dan call dia tapi aku tengok tanpa ada rasa sangsi.. walopun ada perkataan SAYANG dari kawan dia tapi sehingga hari nie aku masih tak kesah sebab perkataan tu datang dari En Yas**.. hehehe!

Dan dalam kes nie...
aku membuat kesimpulan yang my skandal sangat sayang aku!  **smile!