Friday, September 9, 2011

Rahmat Jumaat

Salam Jumaat...
Hari yang mulia penghulu segala hari.. bangun dengan tergesa-gesa jam 5:50 pagi walopun tido jam 1:30 pagi maklum lah balik meeting pun dah lewat! bak kato orang tuo-tuo, ayam pun dah berkokok dah! ececeh...

Jumaat, hari yang banyak menduga kesabaran aku. 
Bermula dengan karenah WQK yang manja tak bertempat. ada ke patut time nak gi keje baru nak wat hal? OMG... terbantut aku makan nasi goreng pagi ni.. Okies, inisiatif laen adalah dengan merempit lah! harussss gitu kalau WQK dah wat hal. WRV pulak dah kuar pepagi lagik. sabor je laa! 

Memang dahsyat lah! aku ngan my skandal tiba opis lewat dah dekat pukul 8:00.. aku tak tau apa nasib my skandal nanti sebab CC dia agak tegas.. pepandai laa dia menjawabnya.. aku? sib baik aku nie pandai cover.. tak pe..

Sedang menjamu mata di FB tetiba my boss call..

Boss : Shima, surat-surat semalam u tak bagi kat I ke?
Aku : Saya dah letak atas meja boss, dan saya tengok dah tak ada. Boss dah ambik!
Boss : Tak ada surat-surat untuk PFN tu. Saya dah carik dah nie..
Aku : Saya dah letak atas meja boss, surat-surat dah tak ada dan kosong. Cuba boss cek betul-betul..
Boss : Memang tak dak laa.. tak apa lah! [suara loghat utara dan berasa hampa dengan aku?]

Lima minit kemudian...

Boss : Shima, saya dah jumpa surat-surat tuu.
Aku : Erm.. kan saya dah cakap, boss dah bawak dah...
Boss : u tak taruk dalam enveloped..
Aku : [patut ke? aku dah compiled untuk PFN sign] Ouwh.. kan saya dah klip kertas besar kat surat-surat banyak tuu..
Boss : Ok. Saya minta maaf..

Ye.. itulah yang sepatutnya.. dah wat salah len kali mintak maaf, bukan main terjah jer.. orang jadi boss, awak pun nak jadik boss.. tapi habuk pun tarak! Aku memang marah ngan boss aku nie.. dah 2 bulan dia jadik boss tapi aku tak tengok keberkesanan dia menjadi boss aku dan bro-bro kat sini.. asyik menggelabah ke hulu ke hilir.. tup..tup.. nak ubah itu ini. Sebenarnya, prestasi sorang boss pun patut dinilai oleh staff bukan boss jer yang bagi markah SKT ye dop? 

Aku bukan tak pernah bekerja dibawah boss yang fussy.. dari sepucuk surat yang disuruh taip, dibetulkan bait-bait ayat menjadi lapan helai kekadang... tapi aku suka sebab bekas boss aku a.k.a mantan TKP tu bagus dan tak menggelabah.. Sorang lagi boss, arwah Hj Munimbar boss yang aku lapor diri dulu.. pun okeiss! tak pernah nak menyusahkan staff dengan keje-keje diluar bidang.. dan ada lagi sorang, bekas boss aku Hj Mastro.. pun sorang boss yang baik walopun muka garang tapi kalo orang tak tau kata boss aku sombong tapi percayalah, bekas boss aku adalah yang slow and steady tapi smart dalam keje.. tak pernah menggelabah dan gopoh.. selalu menyenangkan staff terutama aku nie.. [hukhukhuk..sedih pulak]

Ouwh... aku terlebih emo pulak!
Walopun terlebih tahap emo aku hari nie, percayalah pada rezeki.. tetiba ada cawangan yang wat open house kecik jemput aku makan pulak! bagaikan orang marah diberikan makan.. [erk, ada ke falsafah begitu? ** abaikan!] hehehe ~~ okieess.. aku dah tak marah dah! Lalala...




Amacam teruja tak? hehehe... selamat berhujung minggu yang dipenuhi dengan open house rumah saudara mara dan kawan-kawan! Chiiiaawwww!


No comments: