Friday, September 9, 2011

Ziarah ke namanya ni?

Dah seminggu empat hari kita berada dalam bulan Syawal yang mana masih lagi terasa kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun jauh, termasuk menziarahi jiran tetangga, rakan sepejabat atau sahabat handai. 

Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi senang dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Erm... aku rasa semacam bila pos entry cam gini.. maklum lah, kalau tak raya memang tak nampak batang idong aku nie.. bukan tak mau menziarah tapi bila ziarah menziarahi ni macam-macam cerita dongeng dan klasik kuar, kadang kala sesi perli memperli.. aku nie dah laa jenis panas ati.. kang dari sesi ramah mesra terus berkelahi kang! adoi! tapi aku respek kat my skandal, makhluk mana-mana perli ke, smash ke walopun tak de pasal tapi diorang suka cari pasal, my skandal tetap senyum dan anggap benda tu macam air longkang! erk... aku? dalam kete, aku akan mengomel tak henti-henti dan my skandal akan berkata "biarlah orang nak kata apa.. kita bukan minta duit dan makan dari diorang kan?" betul tuuu... aku sokong! tapi aku tetap nak marah..perangai hodoh aku yang tak bley nak tepis...  

tengahari tadi...
my phone berbunyi.. moksu rupanya.. ajak datang rumahnya di Batangkali ada makan-makan famili, kadang kala lain macam pulak bunyinya bila dia kata "kalau boleh ucu nak kumpul adik beradik" aku balas "orang tak gerenti mak boleh pegi" [aku tau mak ada jemputan kawen] moksu cakap "alaa..pujuk lah mak tu" aku balas "orang try.." ~~ see.. tu yang buat aku terkedu kekadang nak gi ziarah sedara mara ni.. lebih baik aku ziarah kawan-kawan sengal aku.. hukhukhuk...

okiess.. 
dah nak balik laa.. kalau manyak idea aku sambung lah kat umah, kalau tak.. entah bila-bila je laa aku updated blog tertakluk kepada tahap kerajinan aku yang macam BSKL ni.. daaaa kalian ~


No comments: