Thursday, October 20, 2011

aku dan politik

Sejak akhir-akhir nie kehidupan aku lebih cenderung kepada politik. Biasalah bila menjelang  pilihanraya nie makin parahlah PDM berusaha gigih... tak terkecuali di PDM aku! cybertrooper, kursus IT dan akan datang bermacam kursus dah tersenarai dalam kalendar.. fuhh.. tapi trust me! ianya sesuatu yang sangat menyeronokkan dan menerujakan lebih-lebih lagi bab IT.. syiok oh! 

sejak aku mula berjinak dalam dunia propaganda nie, hampir saban hari aku surf laman blog-blog propa samada ianya memihak kepada kerajaan atau pembangkang.. semua aku belasah baca dan membuat rumusan sendiri... tapi siyes aku nak beritahu korang, dengan laman blog, ceramah youtube memang sangat mudah untuk menarik kita terpedaya dengan ceritera dongeng pihak pembangkang... cara penyampaian diorang sangat luarbiasa.. penuh perasaan! aku selalu gak nasihatkan kawan-kawan seopis malah my skandal sendiri supaya ianya boleh sekadar dengar sahaja.. cerita bohong mengenai kerajaan saban hari kita baca dalam blog propa pembangkang.. sangat menyedihkan!

lagi menyedihkan bila rata-rata mereka yang berdiri dibelakang pembangkang terdiri dari penjawat awam.. statistik mengenainya telah pun dibuat! sayang seribu kali sayang.. bila bab bonus, gaji nak naik mula lah melalak minta pada kerajaan.. tapi, bila sokongan dari penjawat awam? cer citer? kat depan mata aku sendiri dah bersepah manusia macam ni.. hipokrit! bila bab ni mula dibincangkan, perkara pertama aku akan sentuh bab gaji yakni rezeki bulanan yang diterima dari kerajaan.. rata-rata jawapan yang aku terima ialah, "gaji aku ni duit rakyat tau.." wat's the hell?

Selepas pembentangan bajet 2012, ramai yang tersengih tapi masih mengomel dan marah kerajaan.. betapa banyak yang kerajaan bantu rakyat.. pun masih tak sedar diri! bukan nak ucap 'tho ceh' ke, iye dop? huh~ malas nak citer lelebih kang kena banned lak blog aku cam papagomo... 

Orait.. buat korang yang masih tak sedar diri "renung-renungkan dan selamat berfikir" kalau rasa masih ngan pembangkang, berentikan anak-anak dari sekolah kerajaan pastu gi masukkan anak-anak international school okeh? Paham? Chiiooowww~~




No comments: