Masih teruja dengan isu politik. Bakal diteruskan sampai aku jemu dan rasa nak berenti mengomel sendiri.. Okeh, Moh aku nak citer pasal kisah sorang yang dibantu oleh kerajaan untuk berniaga di Pasar Tani .. ketidakhadiran beliau ke Program Perjumpaan Bersama YB Menteri Pertanian telah mengakibatkan beliau mendapat surat pengantungan dari pihak FAMA... amaran telah dibuat oleh pihak FAMA dalam surat jemputan jika tidak datang ke program tersebut akan dikenakan tindakan... korang rasa dia paham tak? hanya kerana program sehari [menurut fahaman aku Pasar Tani Dengkil bukan beroperasi pada hari Isnin] takkan dia tak boleh datang untuk mendengar amanat dari YB Menteri mengenai Pasar Tani tempat dia mencari rezeki, iye dop? Aku rasa geram dan sangat kecewa lepas tau kisah nie. Setahu aku program menteri hanya diadakan cuma setahun mungkin 2 atau 3 kali sahaja.. itupun lengkap dengan makan dari pagi sampai petang!
Pelik? yang buat aku marah adalah komen-komen di blog milosuam tentang hal berkaitan.. sangat meloyakan sebab rata-rata manusia yang komen hal ni tak tau apa-apa tentang Pasar Tani.. tapi pandai-pandai cerita vodoh! tetiba isu yang sebegini mereka kaitkan dengan pilihanraya lah, undi lah... YB Dato' pun diorang nak tibai... bongokksssss! Peserta Pasar Tani macam ni sepatutnya digantung seumur hidup, cuba menaburkan fitnah bagi menutup kesilapan, kedegilan dan kelemahan diri. Jika pun tidak dapat menghadirkan diri kenapa tidak disertakan alasan-alasan kukuh seperti, di timpa musibah, kemalangan, kes kematian atau alasan yg boleh diterima berdasarkan bukti yang sahih. Jangan menuding jari kepada pihak lain sekiranya tidak mampu mendisplinkan diri sendiri. haaisshh... dasar manusia tak reti untung!
Minta bantuan dengan kerajaan, bila dah mula bertapak dalam kerajaan bley pulak ko nak belasah kerajaan kan melalui blog milosuam ko kan? wat's da hell! ko sengaja upload pic surat siap berlogo jabatan.. adoyai!
Hidup mesti ada peraturan beb, kerja dan negara jugak macam tu.. kalau tak de law abislah negara, syarikat malah famili jugak sebab tak de kawalan! Dah tua-tua pun kena ajar.. aku rasa kan dia nie mesti pernah kena gantung masa sekolah dulu kan? Fuh.. apa pun tak boley! Boley blah~
No comments:
Post a Comment