Showing posts with label my kids. Show all posts
Showing posts with label my kids. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Terasa dihargai dan disayangi

Sekejap masa berlalu, aku pun dah 3rd trimester.. Perut ni sekejap macam besar sangat sekejap kecik.. haishhh.. main cak! cak! pulak si baby nie. Apa pun ramai disekeliling aku yang tersangat excited dengan bakal baby yang aku lahirkan ni...

maklumlah dah 7 tahun alam itu telah aku tinggalkan dan sekarang aku mengalaminya kembali. banyak yang aku rasa lain benar pregnant aku kali ni tak macam masa aku ngandungkan kakak, totoi dan my little bee.. may be, sebab ramai yang caring tentang aku sekarang ni samada kat rumah mahupun opis.. walaweh.. bertuah raso eh badan! hehehe...

Last week, bila encik wan dapat tau ada ekspo barangan baby dan kids terus dia ajak aku gi window shopping yang pada mula asalnya.. tengok-tengok encik wan yang ter'over'.. hehehe... seronok sangat sebab my kids pun teruja memilih barangan untuk my new baby nie...Alhamdulillah...


Yelah.. masa aku pregnant 7 tahun lepas, my kids semua kecik dan tak ambik endah tentang mamanya.. hehehe.. sekarang terasa diri disayangi dan dihargai oleh anak-anak... tak caye tengok gambo my little bee nie..
Dan... taaadaaaaaaa...
Inilah hasil shopping sakan di ekspo tersebut..
Katanya nak window shopping je... hehehe...
Apapun, i love you encik wan! *peace



Wednesday, October 3, 2012

Main Masak-Masak

Salam 1 Malaysia

Pagi ni mataku dah macam panda yang comel.. seawal jam 7 pagi ku dah terpacak kat opis dan pintu opis pun belum dibukak.. hebat tak? *sila puji!

Banyak nak cerita.. 
Tapi rasanya cerita main masak-masak dengan my skandal dan my kiddee's ni lagi syiok didulukan maklum ler dengan imej yang beraneka warna dah macam nak cat umah dah...

Projek kukus apam yang ala-ala polkadot ni cuma mengambil masa lebih kurang 40 minit.. memanglah aku bercadang nak wat polkadot tapi sayangnya benda penting, piping bag ku boleh lupa nak beli.. alahai.. maka, berbagai artwork laa yang di 'decorated'kan oleh my skandal and my kiddee's... 


Ouwh... **menguap dengan sopan

Okeh.. start working! bye



Sunday, January 29, 2012

My kids..

Rasa cam nak post gambo my kids semasa celebrated birthday my little bee pada 23 disember lepas..

Dah besau dah diorang.. Merekalah harta tak ternilai aku dan my skandal.. Ko ado? hikhik..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 27, 2012

Picnic at Melaka Wonderland

Permulaan 2012 yang sangat ceria.. walopun dah hampir sebulan berlalu, kenangan tetap kenangan yang tak boleh dilupakan. Tambahan pulak aku bakal bergedik pula ke sebuah taman tema air di pantai timur.. adoohh! jalan sajer bak kata orang ganu.. pic yang aku upload ni serba sedikit pic yang telah di snap konon-konon celebrated our anniversary.. hangat beb! belum sempat kulit aku beransur pulih akibat terdedah pada matahari, dah aku nak gi lagi berjimba dengan ayorrr...aarghh.. layaaaannn.. tu yang penting iye dok? 

aku ngan adik-adik... eh silap my kids + pakcu..
si kecil yang sangat suka berposing...

my skandal pun nak gak bergambo gitu..

aku ngan my skandal haruslah bergambo bersama kan? kan?

jangan tak percaya yang mak aku pun dah pandai posing skang ni.. hehehe

my kids + pakcu pun nak posing gak...

Hurmm.. kadang kala begini lah cara nak dekatkan keluarga yang dah jauh, yang sedang sentap.. gitu ler seadanya.. lumrah hidup kena ceria sentiasa dan senyum.. okeh, peace yawh!



Sunday, January 8, 2012

back to school 2012

Bila my kids mula bersekolah...

Rasa lega yang teramat sangat. Dalam umur 30 tahun, my kids dah bersekolah.. bukan seorang malah semua.. apa tak bangga ko? ko ada? Erk.. bukan nak bangga diri but honestly, I'm glad to be a hot mama [kawan aku kata].. 



Demi my kids, aku ngan my skandal ambik keputusan untuk bercuti for a week.. apa aku peduli, penat beb settle kan perihal sekolah ni ingat senang? lebih lagi bila my little bee dah mula ke tadika.. dengan muka bajet comel, every morning aku cium + hugs dia untuk dia bangun dari tido.. manja teramat sangat.. hanya Allah SWT yang tau macam mana tersentuh hati aku ni bila melihat my baby boo dah ber'uniform' tadika.. maklumlah bee anak yang istimewa.. bagi yang tau kisah aku, pasti tau sejarah bee.. tuu baru tadika belum darjah 1 kan? adoooii malam.. heheheh..




Hurm.. alaaa tomei..tomei.. my baby boo.. sayang mama ngan ayah! 


Thursday, September 8, 2011

Air mutlak

suatu malam...


totoi : mama, adik nak bawak air mutlak esok tau?
mama : erk...
totoi : mama tau tak air mutlak tu apa? air mutlak tu air suci dan bersih. ustazah ajar adik kat sekolah...
mama : ye..ye.. mama tau!


maka, si mama buat muka blur sambil berlalu...



Wednesday, September 7, 2011

Three ~ Sekali Lagi

Saturday, July 2, 2011

Filem KARAK dan kanak-kanak..

No komen bila menengok perangai my kids semasa menonton filem KARAK.. macam mana gamaknya bila nonton kat wayang? sah satu kerusi empat orang duduk atas aku.. boleh gitu?



Sib baik bantal empat segi tuu cukup tiga untuk wat penutup muka.. hehehe

Thursday, June 23, 2011

anakku dan sazali.. erk..salah tajuk! **peace

Sawadikap..
Alhamdulillah selesai bab sekolah my kids, ke hulu ke hilir seharian.. Ada pulak tu cikgu tak caye aku ni mama pada hero dan heroin aku.. Alahai hidup! ( terasa seperti muda remaja wah.. Hehe )

Hero aku Fitri Daniel aka totoi.. MasyaAllah, cukup ligat Dan lasak dia disekolah.. Bab study, dia adalah tergolong dalam anak yang cemerlang.. Thanks God! Alhamdulillah.. Cuma cikgu Ada mengusik tentang kawan baik totoi adalah seorang GIRL.. Waduh, kok aku bakal punya menantu? Waduh.. Hihi.. Yang best tuu Nama girl tu NurShahFitri.. Cikgu kata Nama pun sama macam janji.. Hehe.. Dan paling aku tak sangka selama ni aku Dan my skandal mati- mati ingat totoi kelas last rupanya kelas dia adalah kelas yang terbaik... Hurm.. Hero aku ni!

Abis je jumpa cikgu totoi yang peramah tu aku terus bergegas dengan rombongan aku ke kelas si kakak aka Julita Alisha.. Sib baik cikgu kakak ni tak mesra sangat kalau tak mau baper jam lak aku berborak macam cikgu totoi tadi.. Hehe..

Huh, hero Dan heroin aku memang jenis mentelaah last minit, perangai hodoh aku kot? Mana sempat baca boleh jawab.. Tapi, ini masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap mereka.. Berdasarkan keputusan, hero aku memang low profile, tak pernah tunjuk minat tapi dia boleh menjawab dengan baik, si heroin aku lak agak merosot Matematik.. I must do something! Hoho..

Pakcu baru nak UPSR tahun ni.. Kena push jugak tuu..

Huh, berat tanggungjawab aku! Semoga dipermudahkan Kami dalam segala apa yang Kami lakukan Dan terangilah hati Kami.. Amin!

T__T gambar makcik kecik aku yang ter'upload'... sayang makcik kecik nie! hehehe~~~





Sent from my iPhone

Friday, June 3, 2011

Alisha's Birthday!

Seminggu sudaa berlalu...

28 Mei tahun nie jatuh pada hari Sabtu.. dan ianya merupakan date istimewa buat our first young lady, Cik Julita Alisha...usia dan bertambah menjadi 8 tahun ~~

Membuat sedikit jamuan kecik adalah kewajipan, biasalah si anak kecil memang suka diraikan!walopun bajet kureng tapi tetap disambut dengan ala kadar.. yang seronoknya, birthday kek alisha memang di sponsored oleh atok [my daddy] dan pn iva [miss universed oppss] hahaha! Alhamdulillah! seronoknya si kakak hanya Allah je yang tahu.. tak lupa jugak pada wadah sebab sudi melayan karenah bakal anak buahnya.. dan hadiah yang sangat disukai oleh si kakak.. [yang pelik, bee pun dapat hadiah..huhu] 


Antara makanan yang dijamu kepada para jemputan petang sabtu tuu.. walopun majlis kecik, letih gak.. sib baik, chef wan yang masak... [chef wan = my skandal okesss]
Sesi pemotongan kek petang tuu...
My skandal : melayan tetamu kecil
aku? tolong potong kek...
bee -- mungkin nyanyi lagu negaraku? hehehe
kakak -- tersenyum gembira
Wadah : bergambar ria dengan birthday girl
totoi : masih blur dengan kejadian
pakcu : served kawan-kawan yang datang
Nie my bro, doe dan wadah.. InsyaAllah, ada jodoh naik pelamin nanti! Amin..
Atas : Kek Blackforest dari atok Brian
Bawah : Kek kolam itik [erk..hehehe] dari Iva dan Najib
Antara gambar gedik dee dan wadah
My skandal dah macam orang wat keje kat kenduri kawen dah.. tuu tetamu kami jugak, Yasser dan Sue.. Incik dan puan engineer!
sukanya kakak for da' second time tiup lilin petang tuu.. si totoi dan bee berebut nak makan kolam dan itik? hehehe...
si pembuat kek tegar -- Iva dan Najib.. semoga sukses! tak sangka pandai adik aku neh buat kek deco cam tuu! segala tempahan sila hubungi klik sini 
Suka kakak.. dapat hadiah banyak! ermm.. semoga kakak menjadi anak yang solehah, dengar cakap mama, ayah dan nenek, hormat orang tua, kekalkan prestasi dalam pelajaran, jangan asyik main game je, jangan garang dengan adik-adik okesss! mama love u, kakak!





Wednesday, May 18, 2011

Ahad yang mencabar!

Ahad lepas..
sambungan kesah CERITA YANG MACAM-MACAM..
my adik ipar datang pada hari ahad dengan segerombolan macam rombongan cik kiah kelihatannya.. memuliakan tetamu adalah amalan Rasullullah SAW.. maka, dengan rasa yang sangat teruja mereka sekuarga dijamu dengan santapan ala-ala restoran kapitan cina.. hehehe! Sup tulang yang pekat, ayam masak tomato untuk anak-anak saudara, sayur-sayuran campur yang sangat gojes gitu... [my skandal kata..hehehe

bila orang datang rumah nampak happy gembira, maka tuan rumah lagik laa ber'double trouble' kegembiraan mereka betoi tak? makan sudaaa... sesi melawat satu rumah jugak sudaa.. solat zohor juga selesai.. ada permintaan dari adik ipar dee dan kuarga, minta bawa diorang jalan naik komuter sambil hantar terus balik ke stesen bas. Pada perkiraan dee, memang rasa malas nak ikut my skandal disebabkan rasa tak berapa nak sihat.. tapi bila my skandal beria-ia ajak maka, dee follow laa jugak.. 



Dari Stesen komuter Rawang, kami beli tiket menuju ke Kuala Lumpur.. [ouwwh, poyo woh ayat dee!] tak berenti sampai KL Sentral pun.. maka, dalam keadaan hujan lebat kesemua kami meredah menuju ke Central Market (CM).. apa perasaan korang kalo korang di situasi dee? mesti korang, tak de keje cari keje kan? huh, follow je laa kang kecik ati jantung semua bagai.. rasa semacam bila berjalan jauh dengan mengheret anak yang macam nampak ramai.. dari CM melangkah terus ke Puduraya.. betapa malangnya, setiba di Puduraya tiket bas ke selatan tak dijual kat situ.. $#^^$^ mekap yang berkepuk gebu tadi dah mula dibasahi keringat ..[erk.. hehehe] maka, menuju ke LRT untuk ke BTS -- Bdr Tasik Selatan.. kat stesen baru tuu je yang ada jual tiket ke selatan.. kaki dah lenguh, my kids pun dah menampakkan wajah kebosanan.. kesian! turun naik komuter, dah rasa macam kat Japan puloksss.. 




Sesampai kat kaunter tiket sedang molek ada tiket bas jam 6.30 petang.. selesai kiss, laga-laga pipi gitu, dan babai kami terus ambik komuter balik ke rawang.. jauh perjalanan kami petang tuu... kesian my kids tertido keletihan dalam komuter... Hurmm... kesimpulannya, ada kemudahan gunalaa sewajarnya jangan laa nak menggatai naik tren laa apa laa dengan kuantiti makhluk yang ramai.. [pening kepala tau..hahaha]

Okeh ingat ye! Sekian..**kurang idea sebab migrain


Tuesday, May 17, 2011

Selamat hari cikgu!

"selamat hari guru, cikgu!" tuu laa ayat manis setiap kali 16 May datang menjelma... untung mereka yang bergelar pendidik kan? tak pe, tuu rezeki dema... kita dengan cara kita! tuu laa sape suruh tak belajar pepandai, kan dah tak boleh jadi cikgu...

sebut pasal cikgu nie terimbas kenangan sewaktu dee baru lepas SPM..


Dee pernah bergelar guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara Petaling Jaya.. bukan tuu saje, sangat besar tanggungjawab dee ketika tuu.. dee telah diamanahkan untuk menjadi guru kepada sebuah kelas terahir Tahun 5.. Nauzubillah, perangai anak-anak murid dee sangat mencabar dee ketika itu.. apa tidaknya, bising dah memang kerja mereka.. bab-bab gangster murid Tahun 5 dirangkul oleh kelas dee, kelas paling kotor pun kelas dee.. terpikir tak bagaimana nak bentuk anak-anak ni? kadang kala timbul rasa malas nak ke sekolah untuk mengajar dek kerana perangai mereka.. tetapi, makin lama hati mereka harus diselami.. majoriti diantara mereka yang berada dalam kelas ni semua punya masalah keluarga.. Kesian! Kenangan bergelar guru memang tak boleh dibeli dan ianya sangat bernilai.. betapa besarnya pengorbanan sorang guru, selalu berfikir tentang anak-anak muridnya walopun semasa cuti..**hilang kata-kata 
kini, giliran my kids pulak menyambut hari guru!
seperti biasa dee adalah mangsa mereka, "mama, nanti hari guru kakak nak bagi present tau kat cikgu"  nasib baik teknologi semakin canggih... macam-macam idea yang boleh digunapakai.. untung jadi cikgu laa nie kan? hehehe~~~

Monday, May 16, 2011

A special little lady in my life turns 8 years old.. hehehe

ini si kakak.. birthday girl of 28 May!
Tiap kali datangnya bulan-bulan kelahiran my kids, dee laa paling pecah kepala pikir nak bagi present apa untuk my kids... Tahun nie tahun pertama sambut birthday di rumah baru.. kawan-kawan pun ramai, macam-macam yang dirangka untuk celebrated birthday kakak yang bergabung ngan pakcu (20 May)..Bukan main excited lagi si kakak yang garang nie.. yang seronoknya, kek akan disumbangkan oleh somebody.. sape tuu kena tunggu laa ye.. diam tak diam dah 8 tahun dah si kakak~~ ' kakak, mama loves you!'

Cek mek Bee

Apa motif taruk gambar nie tetiba?

Kalau nak tau...Nie salah satu cara bee tanya sebanyak mana kasih sayang sesiapa saje kepada dirinya.. selalunya bee akan tanya dee "mama sayang bee tak?" dee pun jawab sambil mencium mesra pipi gebunya.."sayang sangat.." lantas bee tanya lagi sambil buat jari macam dalam pixa kat bawah tuu.. "banyak macam nie ke? sepuloh ke lima?"

Sweet sangat tengok dia macam tuu...
Before tido pulak bee akan mengucap dan selawat.. Alhamdulillah dah pandai mengucap dan selawat ke atas Nabi.. siap dengan meanings sekali.. dah besar dah dia.. tak caya cuber tengok pixa bawah nie betapa kecohnya bercerita.. yang peliknya semua tengok ternganga pulak tuu.. hehehe!
bukan tuu je.. bee nie adalah anak yang bijak pada perkiraan dee dalam usia semuda tuu.. apa taknya, nintendo dah memang mainan dia.. kadang-kadang ingatkan dia tido sebab senyap dok kat atas bila naik je, berkerut keningnya main nintendo sambil kata "jangan laa kacau bee".. erk! hehehe...bee ni tak garang macam si kakak (eisha) dan tak selucu abangnya totoi yang suka buat lawak dan usik orang..
Hurm... sayang sangat my kids! Love!Love!