Thursday, October 22, 2009

emotional day!

erm...
today may be ari ni ari emotional kot bagi dee..
apa yang dee dengar
begitu meragut n tertusuk ulu ati n limpa...

uiks...
that's not my type...
dee bukan ati tisu...
dee bukan jenis hipokrit pun...
dee kan cuma penjawat awam berstatus belakang tabir laa

apa yang pegawai atasan cakap...
itulaaa yang harus dan wajib dee patuhi...
kan cogankata ada tertulis
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

cuma dee agak terkilan sikit laaa dengan pegawai atasan neh...
tp biarlah ia menjadi rahsia ati dee sendiri...

Photobucket

Saturday, October 17, 2009

TENSION!



manyak story yang dee nak citer tapi sampai laa nie
otak cam kering jerk nak wat ayat n tatabahasa yang baik serta sempurna...



Photobucket

Friday, October 16, 2009

SELAMAT HARI DEEPAVALI


seLamat haRi dEepavaLi
ri neh jenjalan gi open house rakan sejawat...
hehehe...





Photobucket

Saturday, October 10, 2009

'UJAR LELAKI, WANITA ITU LEMAH'

before ke open house tadi,
dee dok layan baca email dari kengkawan...
layan punya layan...
ada satu email yang agak panjang dan
sedikit sebanyak membuat dee 'touching' sebagai sorang wanita a.k.a. mama a.k.a. isteri...
erm...
'UJAR LELAKI, WANITA ITU LEMAH'


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun
Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari


Lelaki yang mengaku kuat..
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .



Photobucket

Thursday, October 8, 2009

SENGAL d malam ari...


malam yang membosankan...
maka dengan tak pasal-pasal...
my skandal ajak dee ngan anak3 pi pekena mekdi...
nak tau kat mana?



erm...
ie mekdi karak...
huhuhu

Photobucket

KUIH RAYA ~ made by BeE

KUIH RAYA ~ made by BeE
apasal dee ghajin bebenor updated blog neh...
agaknyer teruja kot sebab dah lama sangat biorkan bersawang...
masih lagik cerita raya yang lom abis...abis...
bukan citer raya jerk,
citer puasa pun lom tamat lagik...
dalam story raya nie...
kanak-kanak laa paling sonok sekali...
antaranyer
anak dEe ~~ bEe...


beliau nie ghajin sangat wat kueh raya...
opss....
nie adegan selepas dee ngan omak den dah abis wat tart nenas...
nie sekadar gambo hiasan jer tau..
bukan tart nenas yang korang makan kat umah aku tuu...
hehehe

Photobucket

cerita tentang MAKAN!

alhamdulillah...
tengahari nie dee lunch ngan cik donat...
lama tak kuar ngan dia...
kuar ngan cik donat sama laa level kegilaan ngan pn iva...
per lagik...
kalu dah owang giler gambo cem nie laa keadaannya...


sky juice nie menarik...hehehe

cik deathluver men'snap' pixa mashed potato kegemaran dee...

<uiks, betui ka dee spell nie...huhuhu>

split banana cik deathluver...nampak sedap jerk!

wajah dee d sebalik ABC...hehehe...

erm...
sebenarnyer lom cukup korum sesi makan tengahari nie...
sowang lagik Pn as cuti bersalin...
call dia tengah makan tadik, tak angkat phone...
agaknyer tengah susukan baby kot....huhuhu

Photobucket

Friday, October 2, 2009

ADUYAI...FACEBOOK!

walaupun dah lama rasanya tak updated blog...
tetiba rasa macam nak marah
memberontak
sambil menghempas keyboard
erm...
dan menyepak cpu yang tak berdosa itOoo...
tetiba
dee rasa tension tahap gaban
ye laaa
facebook kesayangan tak bley bukak pulak...
bukan sebab kena banned
tapi,
password der problem plak
(password problem ker, dee yang der masalah)
alahai
mcam ner nak bercucuk tanam kat farmville lagi nie
farmtown
barnbuddy
happy farm...
manyak ladang tuuu...uuuuuiiiihhh...
**tekanan semakin dirasai...manyak tanaman nak harvest tuu...