Thursday, May 24, 2012

kisah si kakak..

Ada orang intai blog saya rupanya.. Hurmmm...


Adik ouwh adik....

Kisah yang tak pernah padam dan tak akan padam.. Pasal duit pun boleh bergaduh, adik-adik pakai duit aku beribu riban aku masih releks dan mampu tersenyum walopun mereka buat-buat lupa.


Bila si adik mula tersekat kerongkong untuk bernafas, datang carik kakak yang comel ni.. Haissshhh..


Adik-adikku sayang...

Bini si adik nak bersalin dulu pun mengadu kat kakak. Kakak bantu...


Si adik nak sambung studi, walopun si bapa lebih daripada mampu.. Seribu alasan diberi oleh si bapa.. Tapi Alhamdulillah sikakak membantu dengan rela.. Bukan sekali tau banyak kali.. Hurrmmm...


Masih jahat ke si kakak dan mak?

Label tu tetap diberi pada si kakak..


Kesian kakak dan mak..


Sabarlah wahai hati..

Setiap dugaan pasti ada pembalasan kepada mereka..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

Semalam yang hangat

Salam khamis...

Semalam public holiday tanpa si dia.. Biasalah, bila tanpa sidia mula laaa seperti sangat ringan tangan untuk mengemas rumah, memasak dan berlari berkejaran dengan my kids..

Ouwh, sangat keterlaluan eh statement saya?.. Baik..
Mari lupakan hal tuu..

Hurm..
Aku nak cerita tentang apa yang aku alami semalam sekitar jam 4:40 petang. Sedikit rasa gementar dan pikiran menerawang jauh akan keselamatan my kids. Walopun ianya sesuatu diluar jangkaan tapi kuasa Allah kita tak dapat menyangkal kan?

Okeh..
Gegaran yang sangat halus dirasakan lebih kurang 4 ke 5 minit semasa aku sedang menggosok baju kerja..

Masa tuu..
My boy, totoy sedang asyik menonton kartun tetiba nak ke toilet dan berdiri tegak.
Sambil berkata "mama, nape adik rasa macam adik pening goyang-goyang?"

Aku rasa sedikit panik. Tapi tak cakap apa pun tapi aku dapat rasakan yang itu adalah gegaran gempa.. Aku jawab "tak de apa-apalah.. Gi toilet cepat.."

Hati rasa tak sedap.
Aku terus call my skandal.

"awak, dee rasa ada gempa lah tadi"

My skandal jawab, "eh, tak rasa apa pun kat sini..iye ke? Agaknya ayang pening kot?"

Erk.. Terkedu kot perasaan masa tu.. Adoyai, my skandal ingat aku memain? Bley gitu?

Ending perbualan kami, "hurm.. Tengok berita malam ni je betul ke tak?"

Maksudnya disini, aku sangat nakal sehinggakan aku tak dipercayai.. Ermm.. Apa pon tak bley!




Apa pun ceritanya, rasa yang sangat cuak masa tu..

Ya Allah, kita hanya merasai tempias sahaja. Bagaimanalah perasaan saudara2 kita yang pernah melalui detik cemas tuu kan? Bersyukurlah kita yang hidup di bumi Malaysia ni..


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, March 28, 2012

Wahai Anak Sulung...

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.



Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

**saya anak sulung! 



Tuesday, March 27, 2012

Seksi ke seksa?





Seksi? 

Agak sinonim dengan hidup ni satu ketika dulu tapi zaman dah berlalu.. tak de laa seksi mana, masih wujud rasa selesa pada diri ni.. tetiba terfikir nak cakap pasal seksi bila aku ter'usha' fb chikaro adik aku.. hohoh.. terkedu melihat gambo nya! walaweh... rasa cam kat US pulok! ****gulp [telan air liur]

Meh.. baca pasal SEKSI WANITA ni..


Setiap wanita tentunya ingin sentiasa dipandang menarik apatah lagi seksi dimata lelaki.Keseksian tubuh badan ternyata menjadi aset bernilai bagi seseorang wanita.Kerana itu,kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang demi untuk mendapatkan tubuh yang menarik,solid dan menggiurkan mata yang memandang.


Namun,itu pada pandangan wanita sendiri. Sebenarnya bagi kaum lelaki,keseksian wanita itu tidak hanya terletak pada tubuh badan semata-mata.Banyak unsur-unsur lain yang menjadikan seseorang wanita itu seksi dimata lelaki.

Anda ingin dipandang seksi dan menggoda bagi lelaki?Teliti perkara-perkara berikut..


Berpenampilan Tersendiri
-Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang berpenampilan menarik dan tahu merawat serta menjaga kecantikan diri.Tetapi tidak pula keterlaluan dengan bermekap tebal seperti pelakon opera cina atau berpakaian terlalu menjolok mata.Dia seorang wanita yang tahu mengenakan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuhnya dan suasana sesuatu tempat atau keadaan tanpa meniru dan mengikut orang lain.Rata-rata lelaki menganggap wanita yang bersederhana tetapi tetap terlihat menarik memiliki nilai keseksian yang tersendiri.

Periang Dan Ada Sikap Humor
-Wanita yang bersikap periang,tidak terlalu serius dan sesekali terselit humor dalam perwatakannya dianggap seorang wanita yang tahu bersenang-senang dan menikmati hidup.Malah sikap yang sukar kalah dengan masalah dan hal-hal yang tidak menyenangkan memberi kredit tambahan kepada daya tarik dan pesona seksi di mata lelaki. 

Ada Unsur Nakal Dan Liar
-Wanita yang hidup secara aman dan terlalu lurus mengikut aturan dianggap wanita yang takut menghadapi gelora hidup.Jika sesekali keluar dari kelaziman,melakukan sesuatu atau bersikap menentang kebiasaan memberikan signal kepada lelaki bahawa seseorang wanita itu 'bitch' yang mampu menerima dan menempuh semua elemen yang ada dalam hidup samada kebaikan mahu pun kejahatan. Apalagi jika wanita itu mampu mencabar 'kejahatan' yang ada dalam diri seseorang lelaki,dia dikagumi sebagai saingan yang mengujakan. 

Bijak Dan Berani Mengatasi Kekurangan
-Wanita yang tidak bergantung sepenuhnya atau pun mengharapkan lelaki.Dia tahu berdikari walau dalam keadaan apa sekali pun.Setiap kekurangan dan kelemahannya dalam setiap hal ditempuh dengan tabah dan dia tidak takut berusaha mencari jalan mengatasinya.Wanita seperti ini dianggap 'superwoman' yang memukau.


Nah! Demikian ciri-ciri sebenar seorang wanita yang lebih dipandang seksi di mata lelaki.Ternyata bentuk tubuh bukanlah sesuatu yang amat penting tetapi ianya hanya menjadi bonus tambah kepada nilai dan daya keseksian seseorang wanita itu.


Sekian.Semoga bermanfaat. 






Tuesday, February 28, 2012

Extra Joss

Holaaa...
amboi.. dah macam orang perancis pulok..
selasa yang damai, mood terasa nak jadik pakar pemakanan dan kesihatan, bley gitu?

Korang pernah dengar EXTRA JOSS..?
Aku kenal benda ni pun sebab my skandal yang perkenalkan.. my skandal kenal pun dari kawan-kawan site yang terdiri dari mat-mat indon tuu.. ermmm.. aku meragui akan khasiatnya dan ternyata keraguan tu sangat tepat pada ketikanya... sedang aku meng'google' maka terbaca artikel ni..

Semoga petikan artikel ni bley memberi manfaat dan dikongsi bersama info mengenai EXTRA JOSS ni.. sebaiknya minum air kosong jerk! tak yah nak minum air manis atau extra strong gitu, penat buah pinggang bekerja..bak kata gary lembap! Erk..


Hati-hati dengan produk makanan dan minuman yang mengandung Aspartame karena dapat menyebabkan pengerasan otak atau sumsum tulang belakang dan lupus.

Saat ini sedang ada wabah Pengerasan Otak atau Sumsum Tulang Belakang dan Lupus . Kebanyakan orang tidak mengerti mengapa wabah ini terjadi dan mereka tidak mengetahui mengapa penyakit-penyakit ini begitu merajalela. Saya akan beritahu Anda mengapa kita menghadapi masalah yang serius ini. Saat ini banyak orang menggunakan pemanis buatan.

Mereka melakukan ini karena iklan di televisi yang memberitakan bahwa gula itu tidak baik buat kesehatan mereka. Hal ini memang benar sekali. Gula itu merupakan racun bagi tubuh kita, akan tetapi, apa yang orang-orang gunakan sebagai pengganti gula, lebih mematikan. Apa yang saya maksudkan di sini adalah Aspartame. Ini adalah biang wabah yang disebutkan di atas. Aspartame merupakan bahan kimia yang mengandung racun, yang diproduksi oleh perusahaan kimia bernama Monsanto. Aspartame telah dipasarkan ke seluruh dunia sebagai pengganti gula dan dapat dijumpai pada semua jenis minuman ringan untuk diet, seperti Diet Coke dan Diet Pepsi .

Hal ini juga dapat dijumpai pada produk pemanis buatan seperti Nutra Sweet, Equal, dan Spoonful; dan ini banyak digunakan di produk-produk pengganti gula. Aspartame dipasarkan sebagai satu produk diet, tapi ini sama sekali bukanlah produk untuk diet. Kenyataannya, ini dapat menyebabkan berat tubuh bertambah karena dapat membuat Anda kecanduan karbohidrat.

Membuat berat tubuh Anda bertambah hanyalah sebuah hal kecil yang dapat dilakukan oleh Aspartame. Aspartame adalah bahan kimia beracun yang dapat merubah kimiawi pada otak dan sungguh mematikan bagi orang yang menderita parkinson.

Bagi penderita diabetes, hati-hatilah bila mengkonsumsi untuk jangka waktu lama atas produk yang mengandung Aspartame ini, karena dapat menyebabkan koma, bahkan meninggal. Bila ada produk yang mengklaim bahwa produk itu bebas gula, Anda Sudah tahu bahwa hal ini mengandung Aspartame. Jangan mengkonsumsi produk tersebut.

Salah satu minuman suplemen yang mengandung ASPARTAME adalah serbuk effervescent EXTRA JOSS! Pada kemasan tertulis: Mengandung Aspartame 0,06% [ADI 40 mg/kg BB].

Berdasarkan hasil survei di salah satu supermarket di Bandung, selain EXTRA JOSS, produk-produk minuman lainnya yang juga mengandung ASPARTAME yaitu M-150, Hemaviton, Neo Hormoviton, Marimas, Hore, Frutillo, Segar Sari, POP ICE Es Blender, Segar Dingin, OKKY Jelly Drink, Sari Vit C, Naturade Gold, AQUA Splash of Fruit, FORTY PLUS.

Source: Peneliatian Badan POM

Friday, February 17, 2012

IPAD KIDS LEARNING II

Salam Jumaat..

Mula mengembalikan kegemilangan dalam bisnes online.. tokeh emas? ouwh.. tu pasti.. [maklum ler ramai kengkawan yang dok perli jadik tokey emas..] maka, dengan tak pasal-pasal aku nak cuba line bisnes toys.. kiddie collections.. barangan bebudak.. macam best! sebab aku salah sorang yang suka beli barang 'meynan' my kids di online.. tetiba dapat lak line, so tak pasal-pasal laaa...

K.. macam aku, korang pasti rimas bila anak-anak main iphone.. ipad.. tab kita kan? bukan murah kita punya.. sekali jatuh ke, terhempok ke.. sure keciwa atau terguris jiwa sekejap.. hehehe... sekarang rasanya aku sendiri dah lega dengan kewujudan IPAD KIDS LEARNING II.. Ianya new design dengan same function with previouse IPAD KIDS* okeh.. 


Sesuai dijadikan hadiah buat anak-anak yang berumur dari 3 years  ke 7 years.. sangat berbaloi-baloi..  sedikit sebanyak ianya menarik minat anak-anak kecil ni belajar.. tak caya nengok gambo anak buah aku, Aqeef... lum setahun k.. :)



so.. apa lagik? 
ceriakan lah si kecil dengan memberikan suprise sebuah IPAD KIDS LEARNING untuk mereka.. Berminat? Boleh sms aku di 012-3262957 (Dee) atau email aku kat cheezyfunky@yahoo.com pasti berbalas..





IPAD KIDS LEARNING II
*New design - same function with previouse IPAD KIDS*
ORDER CLOSE ON 20TH FEB 2012
ETA : END OF MARCH 2012

My price : RM35 including postage
Deposit : RM15

FUNCTIONS :
* Letter, word, question spelling, song
* English & Chinese
* Size product : 18 x 24 x 1.5cm
* Colours : White 
* Use 3x 1.5AA Battery 


Tuesday, January 31, 2012

Resepi Kasih Sayang

Moh dengan nada gediknya aku nak share resepi kasih sayang.. Aku dapat pun daripada magazine astro.. Cer baca...


Bahan-bahannya :

~semangkuk kasih sayang dan rindu (diperap dengan ucapan setiap hari)

~perasaan tolak ansur dan hormat menghormati (secukup rasa)

~satu sudu besar komunikasi

~satu sudu besar serbuk maaf memaafkan

~satu paket kejujuran dan kesetiaan

~secawan air tangan anda (bukan air tangan mamak atau cik melah seberang jalan)

~semangkuk pengorbanan yang disulam susah senang, usah diungkit hal-hal lalu sebagai hiasan



Cara membuatnya :

Tumiskan kasih sayang dan rindu sehingga naik bau cinta. Masukkan elemen komunikasi dan serbuk maaf memaafi. Tambahan serbuk kejujuran dan kesetiaan. Biarkan bahan tadi sebati. Tuang perasaan tolak ansur dan hormat menghormati diikuti dengan hiasan pengorbanan tadi. Enak dihidang panas-panas dengan secawan air tangan anda.


Haaaa... Amacam? sedap tak? selamat mencuba.. Hukhukhuk

Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, January 30, 2012

SARA 1MALAYSIA

Hye, uollsss...
Lately korang ado terdengar tak Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1MALAYSIA) tuu? Hurm.. skim yang ala-ala pinjaman ASB kat bank-bank tu.. tapi yang nie bantuan kerajaan maksudnya disini, jika pemohon yang tak de slip gaji atau pekerjaan tetap pun masih layak memohon.. kalau loan ASB kat bank mana bulih tak de slip gaji kan? haaa.. gitu ler lebih kurang alkisahnya.. Gitu sekali kerajaan nak membantu supaya kita menyimpan dan melabur.. kalo tak sokong kerajaan Barisan Nasional tak tau lah aku.. hukhukhuk... nak citer lebih, aku pun kurang tau tapi aku harap info kat entry aku nie dapat ler membantu engkorang tentang skim nie ek... check it out!




PERMOHONAN BORANG SARA 1MALAYSIA BERMULA HARI INI - 30 JANUARI 2012

Untuk membuat permohonan SARA 1Malaysia, borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) boleh didapati di bank tempatan yang terpilih seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Januari 2012. Tempoh permohonan adalah selama satu tahun.



APAKAH SKIM SARA 1 MALAYSIA?
Skim SARA 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM3000 untuk membuat pelaburan dan mendapat pulangan yang tetap pada setiap bulan.


BAGAIMANA CARA MEMOHON SKIM SARA 1 MALAYSIA?
Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. Jika anda berjaya, pihak bank akan menghubungi sendiri anda.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Berminat? Ouwh.. Jangan hubungi aku tapi pergilah ke :

Malayan Banking Bhd
RHB Bank Bhd
CIMB Bank Bhd
Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN)

yang berdekatan dengan engkorang semua.. melambak bank kat Malaysia ni kan.. aku cuma menyampaikan apa yang aku tau... **peace yowh!







Published with Blogger-droid v2.0.3

The memories -- Trip to KK

Ouwh... hi diari hati..

Salam Senin... Tetiba mood nak bercerita tentang Sabah meluap pulok.. mungkin sebab hari ni genap 2 minggu dah kenangan di Kota Kinabalu berlalu... cheewah.. 


Day 1 -- aktiviti kami bebas setibanya di KK.. mengikut pengusaha-pengusaha Pasar Tani makan-makan dan nyanyi-nyanyi.. hehehe! **peace yowh!


---------------------------------------------------------------

Day 2 -- Melawat ke Pasar Tani Asia City di bandar KK memang sesuatu perkara yang wajib memandangkan motif utama adalah Pasar Tani bukan cuti-cuti cinta okeh! Pasar Tani di Sabah memang berbeza berbanding Pasar Tani di semenanjung.. tak berapa ketat sangat peraturannya.. tapi kita datang melawat bukan nak komen lelebih.. itu keje pihak Naziran okeh.. 

Pas ke Pasar Tani Asia City, kami di bawa ke Kundasang.. Mak datok.. punyalah jauh dengan jalan yang sangat berliku.. erk.. apa-apa ajelah.. tapi yang pasti kalau dah kaki posing dan pantang jumpa kamera, depan toilet pun jadi bergambar.. hahaha! cakap lebih takmo.. layaaannn je gambo-gambo panasss... lalala!

Bersama anggota rombongan dan PFN Sabah

Aku ngan second boss aku.. amacam? gambo ni depan toilet okeh!
Jangan tak tau.. on da way ke Kundasang tuu memang ada beberapa port tempat basuh tayar lori ke bas ke...tujuan keselamatan dan tak mau tayar cepat 'haus'
Aku ngan boss-boss aku.. hukhukhuk... sopan and no more 'peace yowh'
 sesi bergambar beramai-ramai


-----------------------------------------------------------------


Setibanya di kaki Gunung Kinabalu memasing mula menunjukkan taring untuk berposing.. jangan tak tau, aku jugak tak ketinggalan walopun kamera tak bawak.. hik! 






Perangai yang sangat teruk ialah pantang jumpa port yang boleh digunapakai sebagai lokasi penggambaran.. apa lagik, kami sanggup turun bas tu semata-mata nak berposing dan terus berposing.. 

beautiful, no? :)




Okeh... kegedikan di hari kedua tamat.. maka, episod last day mula menerpa.. Hati mula berbunga-bunga nak balik dan sibuk membeli souvenir untuk famili dan kawan-kawan.. [ harus okeh! ]

--------------------------------------------------------------
Day 3 -- Pepagi dah check out.. walopun flight kol 8.30 malam.. tapi last day ni laa banyak sangat tempat nak dilawati.. sampai ke Papar.. lawatan ke Pasar Tani Tamu Papar, Bengkel Kuih Lidah dan Bengkel Kuih Cincin.. kat situ je kami berada sampai kol 4 lebih.. ouwh..

Sekitar Pasar Tani Tamu Papar 


Sepatah dua kata wakil dari FAMA Wilayah Persekutuan

 Buah nie aku tak tau namanya.. tapi rupa cam cempedak diluar pagar.. erk!
 Lupa nak belajar cara makan buah KEMBAYAU ni.. hehehe
My bro Izam masih menjalankan tanggungjawab sebagai urusetia Pasar Tani walo dimana berada.. baguss.baguss.. hehehe
 Motif gambo nie : kanvas atau saya berdiri tanpa tunduk? hehehe..
sempat lagi posing walopun panas... hohoh..


-----------------------------------------------------------------------------------------

Sekitar di Bengkel Kuih Lidah Papar



walo panas tetap menyengat... 

Sekitar gambo di Bengkel Kuih Cincin Papar. Sekeping jadilah.. posing bagaikan model kuih cincin.. ada talent? 


Sekembali dari Papar, masih awal lagik untuk check in. Maka, driver bawak kami menghirup udara nyaman dan cuci mata kat Tanjung Aru.. Adooh.. cuci mata sungguh aku.. lalala



Maka, lawatan keje ke Kota Kinabalu dari 13 Januari - 15 Januari berlalu dengan suksessnya.. dan aku kira lawatan ni banyak kebaikannya dan ada jugak buroknya.. tapi biorlah aku simpan sendiri.. dan bermula cuti-cuti KK ni aku kenal mereka yang mengambil berat tentang aku jugak.. Tq Sis Huriyati dan Sis Ani kerana menjaga saya ngan penuh kaseh sayang.. hukhukhuk! **Chiowww!






Sunday, January 29, 2012

Bila dokter cinta menulis : Jangan jadi balaci cinta!



Kawan-kawan,

kalau tak berjaya dalam cinta pertama, cuba test plak cinta ke dua..
kalau tak boleh.. cube plak yang ketiga.. hahaha.. woot..woot.. 
[ aku bukan mengejek tapi bagi perangsang yang bercinta tu best kekadang]

seriesly aku cakap kat korang.. 
walopun dalam hidup aku belum pernah mengalaminya sampai la sekarang ni 
[insyaAllah, biarlah sampai akhir hayat aku

aku cume nak bagi nasihat...
cer berkawan.. then terus masuk meminang… bile engkorang dah meminang.. 
baru la boleh nak bercinta.. 
cube la tektik baru aku ni. ape ape pon.. 
dapatkan pekerjaan tetap dulu.. 
walaupon sebagai pencuci cermin tingkap macam aku ni.. hahaha~ opss!

yang penting rezeki halal. series weh... 
be a gentle men kalau engkorang betoi betoi sukakan pompuan tuh. dalam mencarik cinta, 
jangan terburu-buru. 
jangan le engkorang nengok orang lain berkapel… 
engkorang pon nak berkapel jugak. tapi carik pelan pelan… 
berkawan terlebih dulu… bile dah suke..
terus je engkorang masuk meminang. macam skandal aku buat. 
Gamble arrggh.. so sweet.. hukhuk!

okeh.. jangan kusut-kusut… 
kalau dah suke ape salahnye kalau engko ikat sebelah kaki jer terus.
bukan nak lari mane dah.. 
dalam mase tuh baru la engko nak bercinte ke ape ke… 
ok. janji bile engko dah bertunang.. 
at least.. engko dan die kaver-kaver la.

Gadoh? 
aku pon kerap gadoh dulu.. even masa berkawan pun. for me… 
aku tak pernah nak kaver maver perangai aku dengan skandal aku.. 
kalau aku marah.. memang kaw kaw aku marah.. 
then pepandai la pujuk aku balik… dia pun sama.. hehehe...

ok la tuh.. 
dah panjang pulak nasihat aku sebagai dokter cinta malam ni. tak pe la… 
semoga success.
even aku tau engkorang ni banyak sangat nak merahsia kalau bercerita atau post status kat fb..
hahaha… all the best to engkorang yang sedang menjadi hamba pada cinta.

oraite tq babai….