Monday, December 3, 2012

Mertua vs Menantu

Hai...
Sekian lama aku tak post entry...
Dan kali ni aku nak post entry 'bout "MERTUA vs MENANTU"


Adoyai..
macam mana ye aku nak mulakan.. sebab topik kat atas memang ada kena mengena dengan aku. pengalaman dgn mertua setelah sebelas tahun... Lama woooo...

Sebelum tuu...
aku amat berterima kasih dengan Allahyarham P Ramlee yg mengutarakan isu mertua ni dalam filem 'ibu mertuaku' ..Walau hanya sebuah cerita tapi ianya bukanlah cerita biasa.. kalau sekadar cerita biasa ,aku rasa aman je kot rumahtangga tanpa campurtangan orang ketiga, keempat dari keluarga mertua..

Tipulah kalau aku katakan aku menantu yang 'perfect' dan disayangi sangat-sangat oleh mertua.. Cuma tak memberi kesan jangkamasa yang panjang.. Macam budak kecik laa jugak selisih faham pastu salam balik.. Erk... Hehehe...

Okiessss...
Sebut je pasal mertua selalu aku dengar keluh kesah berbunyi begini :

" Alah, mak mertua aku datang hari minggu ni.. susahlah..."

"Alah, kau jangan tak tau,mak mertua aku tu lain sikit.."

"Alah, lecehlah mak mertua aku, semua tak boleh itu ini..."

Apa yang aku perhatikan...
Yang selalu menjadi perbalahan dari zaman dolu-dolu sampai sekarang selalunya membabitkan IBU MERTUA DAN MENANTU PEREMPUAN.. Nape gamaknya? adakah sebab memang perempuan ni sikapnya suka kecoh-kecoh dan cerewet berlainan dengan lelaki yang kebanyakannya cool? Ye ke?

Kalau kita dok dengar perang selalunya dikalangan menantu perempuan dan mak mertua.. Kenapa jarang sekali kita dengar mertua cari pasal dengan menantu lelaki? Aku tau jawapannya, kalau selalu sangat nak cari pasal dengan menantu lelaki alamatnya jadi jandalah anak perempuan masing-masing kena tinggal kalau si menantu ni tak tahan dengan karenah sebelah mertua.. tu pasal kalau setakat remeh temeh atau kesilapan menantu lelaki kalau boleh diaorang tak mau bikin ribut.. melainkan kalau dah setan sangat menantu lelaki tu sampai tahap mendera isteri dan kelakuan-kelakuan lain mungkinlah kot mereka akan masuk campur menyelamatkan anak perempuan masing-masing...

Tu cuma pendapat!


Nak tau antara sebab Ibu Mertua yg kurang senang dengan kita sebagai MENANTU...

- Cerewet
Ibu mertua memang berlambak yang cerewet.. nak semuanya bagus dan perfect.. dan diaorang hanya nak tengok sempurna je tanpa ada cacat cela dan mesti ikut perintah dia. tu pasal jangan terperanjat kalau sesetengahnya nak ikut protokol ke apa..
Contohnya : kalau dia nak masakan tu guna cili giling, maka dia tetap suruh kita giling cili berkati-kati tu sampai tangan pedih.. kalau kita cuba nak blender cili tu alamatnya kenalah leteran percuma dari dia tak pasal-pasal.. silap haribulan dia tak makan masakan kita atau kalau makan pun pasti di ikuti dgn komen-komen dari dia " lauk tak sedap, tu lah org suruh giling pi blendar sapa suruh ? " jadi kena tahan telinga lah noooooooo... Tapi kalau aku, aku akan buat yang aku selesa.. Janji tolong kat dapur.. Sedap tak sedap belakang cerita..

- Mulut suka berleter/kaki complaint..
Ada gak mak mertua macam ni.. suka berleter ada je yang tak kena.. itu salah ini salah.. kekadang pasal kereta pun jadi masalah buat dia..
Contoh : kalau kita ada 2 bijik kereta sekalipun, dia tetap tak puashati dah tu mengutuk, sempitlah.. pendek kata ada je yang dia tak puashati nak cakap..kekadang kalau kita sakit pun jadi isu.. adehlah..emosi betul!
Maka, anak yang baik terus membeli kereta baru bagaikan mengganti baju.. Kalau si anak tu pegawai besau tak apa, kalau hutang keliling pinggang... Ada 'mereka' kesah?

- Ego
Bila kita kahwin dengan anak lelakinya, ada sesetengah ibu mertua menjadikan keegoan dia dengan kita - di sebabkan anak lelaki dia yg sudi kahwin dgn kita,ambik kita jadi isteri dan tanggung hidup kita.. bila dah ego,mula lah macam-macam perangai.. tapi bukan semua ibu mertua macam ni ye..ada sesetengahnya saja yg berkelakuan mcm ni.. mungkin diaorang ni dah biasa jadi ego dlm segala hal maka terbawaklah perangai tu dalam urusan kekeluargaan.. bila dah ego, mulalah tunjuk kuasa veto..


-Tunjuk kuasa/membuli..
Bila dah ego,mulalah tunjuk kuasa.. ye lah sbb dia sbg mak berkuasa penuh pd anak lelakinya.. kekadang anak lelaki/suami si perempuan boleh serba salah di buatnya.. mana nak memenuhi kehendak ibu..kalau tak turut berdosalah hukumnya dan mana nak memenuhi dan menjaga hati isteri yang jugak penting kerana dia adalah amanah Allah.. si mak mertua ni lak mulalah kerah menantu perempuan buat macam-macam didapur bagaikan si menantu perempuan ni dah macam peserta Masterchef yang sedang menjalani ujian penyingkiran... Jangan lah salah faham.. memang kita sebagai perempuan perlu ke dapur untuk siapkan makanan keluarga. Tapi janganlah sampai si mak mertua dok depan tv dah macam tetamu pulak..

- Favouritisme...
Apa nak buat, jodoh dengan anaknya..
Ada gak kes termakan gossip Kiah Propa... entah dimana silapnya ada Kiah Propa sebar fitnah .. dah tu mulalah cari pasal dengan menantu perempuan, lagi memburuk kan keadaan dia pun menghasut anak lelaki menfitnah kita tentang cerita yang tak tentu hala tu yg adakalanya jadi cerai berai.. Sedihnya..

- Cemburu
Jangan tak tau ye ada gak yang pesen macam ni.. boleh pulak cemburu dengan anak lelaki sendiri bila dah kahwin naknya kalau anak lelaki tu memang anak emak..

adoyai..mulalah semua benda dia nak control.. sebab dia rasakan perhatian si anak dah mula berbelah bagi sejak kahwin..ala-ala cemburulah bila kasih sayang anak 'dirampas' oleh isteri /menantu diaorang.. so anak lelaki tu pun jadi terkongkong dan serba salah nak layan kerenah ibu dan isteri.. ada pulak cemburu tahap kritikal sampai nak ikut anak diaorang ke mana pergi walaupun anak dia nak outing berdua laki bini...

Adoyai, memang takde privacy.. contoh lain lak bab kelengkapan rumah.. bila dia tgk rumah si anak tu lengkap berperabot dgn kerusi meja cantik, mulalah dia pun nak gak kelengkapan perabot tu.. mulalah dia pun demand dengan anak dia ' ngapa kau tak belikan mak kerusi macam ni? '- padahal ada sesetengah kes kelengkapan rumah tu sebenarnya duit menantu dia..tapi mak mertua ni selalu je ingat anak dia sorang je yang beli.. dah tu apa lagi, jadi konflik lah.. bila semua benda nak control,tanya,demand,kongkong.. harus ada isteri makan hati dalam diam...

- Zuriat
Ini pun boleh jadi hal gak dia jadi dingin.. dah kahwin dengan anak dia bertahun lamanya katakan smpai 5 tahun tak gak ada rezeki dapat anak..tu yang dia tension .. tak dapat nak menimang cucu.. dah tu salahkan menantu perempuan yang tak subur lah..lagi menyakitkan jiwa bila ramai lak yang bertanya soalan penampar jepun dan penampar maut kat dia pasal cucu 'aik,anak kau dah kahwin tak beranak-beranak lagi?' atau pun 'bila agaknya kau nak timang cucu? mandul kot menantu kau'..bikin panas hati je semua soalan-soalan tu.. lalu mulalah rasa dingin kat menantu yang di katakan gagal memberi dia cucu..

Bila dah beranak sorang dua.. Pun isunya akan meletopsss tanya kenapa tak tambah anak? Alahai...

-Hasutan orang ketiga
Ini bahaya woo.. mak mertua yang pada mulanya baik boleh jadi dingin dengan kita pasal hasutan org ketiga..orang ketiga boleh saja dari kalangan ipar duai kita,sepupu,sedara sebelah lelaki kita.. mungkin sebab diaorg tak sukakan kita yang tak layan permintaan melampau diaorg dah tu mula menghasut mak mertua kita bencikan kita..lama kelamaan mak mertua kita pun termakan dan melatah..lalu kita jadi mangsa... Erm.. Sedihnya...Aku tau, Ramai yang pernah melaluinya..


- Sebab lain : diri kita sendiri

Bukan semua sebab mak mertua dingin dengan menantu pasal salah mereka semata-mata, kekadang kita sebagai menantu pun ada gak kesengalannya.. tu yg kekadang mak mertua tak kuasa dengan kita.. selalunya terjadi sebabnya:

Diri kita yg tak pandai uruskan rumahtangga
Ada kes perempuan yang dah kahwin tak tau nak uruskan rumahtangga..isteri tak tau masak ,mengemas.. apa kes lak kan bila kahwin suami tak pernah rasa air tangan isteri .. nak jadi lagi terbalik kot suami lak lagi pandai dari isteri bab masak..bila mertua tengok keadaan macam ni mestilah dia tak puashati.. apa pun kalau dulu tak tau masak tapi bila dah kahwin ada usaha nak belajar masak itu ok lagi.. ini bila dah kahwin, dah lah tak reti masak ,pemalas pulak tu dah tu tak nak belajar masak.. macam mana lah gamaknya mertua nak suka kita sebagai menantu bila keperluan anak dia tak dijaga .. Iye tak?

Diri kita yang sombong tak tentu pasal
Kekadang bila mertua dah ok, menantu lak buat hal.. naknya kalau dapat menantu ala moden, kaya dan educated.. kita ni lak sekadar biasa2 je.. mula lah anak menantu tu sombong dengan mertua.. yang ini umum ye..
tak kira menantu lelaki atau menantu perempuan.. ada kalanya menantu sendiri menghina mertua masing-masing miskin dan sebagainya.. tu yg ada kes bila balik kampung tapi check in kat hotel.. sebab rumah kat kampung tak selesa, banyak nyamuklah.. aku tak taulah apa sebab nak check in kat hotel sedangkan dia boleh je tidur kat rumah di kampung. lainlah kalau ruang rumah tu dah tak cukup untuk tidur mungkin ada 30 orang dalam sebuah rumah tu lain ceritalah....ada jugak menantu cari pasal dengan mertua siap suruh anak (cucu) jangan rapat dengan atuk dan nenek nya.. konon atuk dan neneknya ajar anak smpai jadi tak pandai bila bersekolah.. adoyai...ingatlah wahai manusia... jangan menongkat langit.. roda kan berpusing.. satu masa kita pasti jatuh ke bawah..




Reaksi mertua bila tak suka kita ..

-sikap acuh tak acuh
Mereka mula bersikap acuh tak acuh dengan kita, kalau kita cuba nak bermesra alam dgn dia tetap gak tak berkesan.. kita tanya sepatah,jawab pun sepatah dah tu muka pun takde seri.. masa tu kita merasakan 'ada lebih baik aku bercakap dengan dinding'.. tapi dengan orang lain bukan main lagi mesra alam flora dia..jadi apakah petanda nya tu.. Haishh.. Isk.. Isk..

-suka perli/membanding2/menghina
bila dia kurang senang dengan kita,mulalah dia cari hal nak menyentapkan jantung kita..pulak tu kita menantu yang takde apa dari segi rupa dan harta.. kalau anak/menantu/anak buah dia pakai MPV dan kita cuma kereta buatan malaysia mulalah mulut dia perli memerli.. siaplah mereka membandingkan.. Adoyai.. tak reti diam mulut tu.. ngapalah nak bercakap menyinggung perasaan anak menantu?

-Menghasut anak ..
Bila dia mencari pasal,mulalah hasut anak dia yang kita isteri tak baik.. pakai bomoh mak esah semua dan lain-lain lagi.. anak memang pada mulanya cool tapi lama kelamaan termakan dengan kata-kata mak dia yang tajam menikam dan mulalah jadi konflik rumahtangga... :(


Kesan dari konflik ibu mertua/menantu

- Masalah rumah tangga..
Samada nak percaya atau tak di sebabkan mertua punya perangai boleh menyebabkan rumahtangga jadi huru hara,berantakan.. Si isteri tertekan dengan sikap mertua terhadap diri dia dan si suami pulak tertekan kerana tersepit di antara Ibu dan isteri..bila dah menjadi teruk,keadaan pun jadi tegang dan bermulalah masalah rumahtangga..adoyai...

- Perceraian
Jangan tak percaya, walaupun benda macam remeh temeh tetapi ianya boleh membawa kepada perceraian.. apabila tiada jalan si ibu mertua nak terima isteri dan manakala isteri pulak tak sanggup nak makan hati memanjang melihat suami serba salah dan dia terpaksa mengalah dalam banyak hal lalu ianya membawa pada perceraian..

Mertua yg baik
Aku rasa ramai yang mengimpikan ibu mertua yang baik dan memahami.. yang melayan kita macam anak sendiri.. tapi tak semua dari kita bernasib baik dapat mertua begitu.. yang selalu aku dengar mertua yang dikatakan baik dan sempoi adalah :

- Yang bukan jenis menyibuk hal rumahtangga anaknya..
Selalunya diaorang kalau boleh tak nak masuk campur hal rumahtangga anak mereka jika bukan dalam keadaan yang memaksa mereka berbuat demikian.. mereka kalau boleh memberi ruang pada anaknya untuk selesaikan sendiri apa jugak masalah rumahtangga ..mereka hanya akan bertindak sebagai penasihat jika keadaan dah tak terkawal...


- Yang memberi ruang pada anaknya dan menantu,tak mengongkong..
Mertua yang baik selalunya tak kan nak menyibuk dan mengongkong anak mereka mengikut kehendak mereka..mereka sememangnya amat memahami dan tak sekali-kali mengawal kewangan atau apa saja dari pihak si anak atau menantu..pendek kata kalau anak tu berduit ke apa, takdelah sesuka hati nak meminta kalau tak benar-benar perlu sebab diaorang pun lagi arif yang anak masing-masing perlukan duit sebagai tanggung jawab keluarga...

- Jaga adab,tidak mencerca..
Apa saja kekurangan dari menantu di terima dengan hati terbuka.. Mertua yang baik tak sekali kali mencerca menantu mereka.. yang penting mulut tu kena jaga jangan nak berlebih menyakitkan hati dengan sikap kita yang cerewet dan bermulut lepas.. kalau mulut lepas sangat, sapa yg suka dengan kita ? orang luar pun tak suka kita, kan?

Alahai....
Banyak yang kita perlu titikberatkan as a menantu dan mertua (akan datang)..
Ingat ye bukan mudah dan si suami/anak lelaki berlaku adil..

Peace yoooow!