Tuesday, August 24, 2010

[buka puasa + singgah sahur]

Berjimba di petang ari setelah membuat biskut raya selepas sahur adalah aktiviti yang baeek! [hehehe~~ bley ke wat ayat macam tuu] sepetang di ari ahad yang lepas~~~ my skandal ajak dee~my mak serta my kids + pakcu untuk berbuka puasa beriyani tradisi Restoran Bilal Jalan Ampang~~~ berkurun lamanya restoran tuu! apa lagik~~~ muka dee ngan my mak yang sedari tadi agak penat dan lesu tetiba ceria~~~ ececeh! bukan sebab apa kami ceria... tak yah laa maen masak-masak! hahaha~~~ pas Asar kami seisi kuarga dah gerak menuju ke ibukota sakti Kolumpor~~~~
[nampak tak betapa cerianya~~~]
[depan Campbell~~]
[on my way ke Restoran Bilal]
setelah dapat parking yang okeh dan santek, kami semua ke Restoran Bilal untuk sahkan booking by phone~~~ yeaay! masa untuk berbuka masih jauh lalu my skandal ajak berjimba sambil mencuci mata di Jalan Masjid India~~~ yeaay lagik! hahaha~~~
[my little bee pelik dan panggil sungai itu 'kolam']
[my skandal dah jauh berjalan~~~ tah apa dicarinya]
[my little bee maseh pelik dengan sungai~~~]
[sudah tiba destinasi~~]
[berjimba--jimba tanpa membeli apa-apa pun]

dalam kol 6.30 petang tuu~~ kami pun berduyun gerak semula menuju ke restoran... walopun maseh lama lagik rasa penat mula terasa lebey-lebey lagik my mak! cian mak! menanti laa sambil lepak depan restoran tu~~ weh..lama dah tak lepak cam nie...dulu lepak gak tapi ngan kengkawan~~~ skang lepak tapi ngan my kids dan pakcu! yeaaay~~~
[lepaking~~~]
[ nak try~~~ restoran old skool tapi sedap dan best]
[ my eisha~~~aayoork!]
masa berbuka dah hampir tiba~~~ menanti ngan penuh kesabaran my eisha dan daniel!
[bee~~~ air jagung tuu dah basi..tapi lum bley declared sebab lum buka puasa time tuu! cian dee]
[daniel ~~ sabar itu separuh daripada iman]
[dessert~~~]
[sempoi kan?]
[cuma my little bee jerk bley makan~~huhuhu]
[my skandal~~ sabar menanti]
setelah selesai berbuka puasa~~ ingatkan nak balik umah tapi my skandal ajak beli baju raya beliau di Sg Mas~~~ whooah~~ pucuk dicita ulam pulak mendatang! bley laa tumpang sekaki! lalala~~~~ sebelum balik umah kami semua singgah sahur di bistro~~adoyai!
[santapan singgah sahur dee]

By da' way : thanks to my skandal!
Photobucket

Saturday, August 21, 2010

[uli-uli tart nenas~~]

Selama hampir 5 jam bertarung maen uli-uli tepung maka siap laa lebey kurang 360 biji biskut tart nenas~~~ biasa laa! usaha tangga kejayaan~ sambil nengok my mak mengadun apa lagik keje dee kalo bukan jadik paparazzi seketika~~ hahaha! so layan laa pixa untuk 4 adunan biskut tart nenas yang sangat deliciouss + gojes!
[Antara bahan-bahan yang digunakan~~~]
my mak guna buttercup okeh! tak pakai marjerin biasa~~


[peralatan yang digunakan~~]

[ my mak sedang sapu kuning telur~~ ]
[ jem nenas buatan my mak sendiri~~ ]
[sebelum dibakar ~~~]
[dalam proses pembakaran~~~]
[hot n gojes!]
[siap untuk dipacking~~]
[dapat laa 360 biji tart nenas untuk customer~~]
[my little bee ~~~ model tart nenek!]

okeh~~ skang masa untuk beristirehat selepas berhempas pulas! hohoho~~

Photobucket

[Trouble is a friend ]

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You’re fine for a while but you start to lose control

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don’t forget as you ease on down the road

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Photobucket

[bubur lambuk marveloous~~]

[Perkarangan luar Surau Al-Hidayah]
[tuu bubur lambuk dee~~ orang ramah memang dapat 2 bungkus..hehehe]
sekembali dari opis semalam~~ dee punya kesempatan untuk mengambil bubur lambuk di Surau Al-Hidayah Kg Selayang Indah... Dari zaman hingusan sampai laa surau tuu dah besau dan gah~~ setiap kali Ramadhan tak pernah 'missed' wat bubur lambuk~~~ rata-rata bubur lambuk masjid ke surau mana-mana yang dee pernah cuba.. dee rasa bubur lambuk surau kampung dee nie laa yang paling hot and gojes rasanya~~~ cam sesetengah tempat cuma taruk udang kering dalam resepi bubur lambuk tuu tapi di kampung dee pakcik-pakcik surau taruk daging tau! erm~~~~ marveloous laa bak kata omputeh! nak rasa ke? haaa~~ jom beratur setiap petang sepanjang bulan Ramadhan dalam kol 4.30 petang tuu hingga ke pukul 5.30petang! kalo ramai memang cepat abis!
Photobucket

Friday, August 20, 2010

[Besarnya makna DOA yang kita lupakan]

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN--- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar~~~

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli [Tuhanku, ampuni aku]


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni [sayangi aku]


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii [tutuplah aib-aibku]

Warfa'nii [angkatlah darjatku]

Warzuqnii [berilah aku rezeki]

Wahdinii [berilah aku petunjuk]

Wa'Aafinii [sihatkan aku]

Wa'fuannii [maafkan aku]


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)




Photobucket

[Jangan mencari terlalu sempurna]

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

Begitu juga dengan hidup ini tiada yang abadi yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang
Photobucket

Thursday, August 19, 2010

[karipap sardin pulekss]

Salam 1 Malaysia~~~
kalo dulu semalam mengadun ala-ala diva membuat onde-onde tapi kelmarin dee ngan my skandal berhempas pulas membuat karipap sardin... can u believe it? hehehe~~~ my skandal tetiba nak wat karipap sardin selepas membaca Harian Metro~~~ dalam masa setengah jam semua siap tinggal nak goreng jerk... maklum laa bahan-bahan completed! dee wat entry nie sekadar ingin berkongsi resepi yang agak 'kacang' nie ngan kengkawan! hehehe---

Bahan-bahan :
1 tin sardin Ayam Brand --' tumis dulu tau, hancur-hancurkan, taruk bawang merah + putih + perah asam limau '
Roti Gardenia @ Hi-5 -- buang kulit tepi dan canaikan laa roti tadi
sedikit tepung gandum + air dibancuh untuk dijadikan 'gam'

Cara-caranya :
1. Bubuh inti sardin tadi ke atas roti yang telah dicanai
2. Taruk gam kat atas roti tuu
3. Lipat atau gulung ikut suka dan tekan garpun untuk membuat kemasan ala-ala kelim karipap
[nie dah jadi~~~maap kualiti gambar kurang memuaskan]
[siap digoreng oleh my skandal~~~ maap agak 'itam manis pulak' hehehe]
[santapan berbuka puasa semalam dimasak oleh my mak]

okeh~~~ Selamat mencuba!

Photobucket