Monday, September 12, 2011

Untuk yang dah kahwin ~~

Kisah suami isteri.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri.. chewahh.. Jom shared tips-tips rumahtangga nie.. Sharing is caring! Thanks to Liya [my cousin] ~~

BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA, CETAK HALAMAN INI DAN LEKATKAN DI DINDING BILIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

sekadar gambar hiasan... **peace

Nota untuk my skandal : "Haipss.. darling, mari kita tokok tambah apa yang terlebih dan terkurang ye..hihihi"

Friday, September 9, 2011

Ziarah ke namanya ni?

Dah seminggu empat hari kita berada dalam bulan Syawal yang mana masih lagi terasa kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun jauh, termasuk menziarahi jiran tetangga, rakan sepejabat atau sahabat handai. 

Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi senang dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Erm... aku rasa semacam bila pos entry cam gini.. maklum lah, kalau tak raya memang tak nampak batang idong aku nie.. bukan tak mau menziarah tapi bila ziarah menziarahi ni macam-macam cerita dongeng dan klasik kuar, kadang kala sesi perli memperli.. aku nie dah laa jenis panas ati.. kang dari sesi ramah mesra terus berkelahi kang! adoi! tapi aku respek kat my skandal, makhluk mana-mana perli ke, smash ke walopun tak de pasal tapi diorang suka cari pasal, my skandal tetap senyum dan anggap benda tu macam air longkang! erk... aku? dalam kete, aku akan mengomel tak henti-henti dan my skandal akan berkata "biarlah orang nak kata apa.. kita bukan minta duit dan makan dari diorang kan?" betul tuuu... aku sokong! tapi aku tetap nak marah..perangai hodoh aku yang tak bley nak tepis...  

tengahari tadi...
my phone berbunyi.. moksu rupanya.. ajak datang rumahnya di Batangkali ada makan-makan famili, kadang kala lain macam pulak bunyinya bila dia kata "kalau boleh ucu nak kumpul adik beradik" aku balas "orang tak gerenti mak boleh pegi" [aku tau mak ada jemputan kawen] moksu cakap "alaa..pujuk lah mak tu" aku balas "orang try.." ~~ see.. tu yang buat aku terkedu kekadang nak gi ziarah sedara mara ni.. lebih baik aku ziarah kawan-kawan sengal aku.. hukhukhuk...

okiess.. 
dah nak balik laa.. kalau manyak idea aku sambung lah kat umah, kalau tak.. entah bila-bila je laa aku updated blog tertakluk kepada tahap kerajinan aku yang macam BSKL ni.. daaaa kalian ~


Panggilan untuk suami isteri..

Kita Renungkan Seketika :)

Dalam banyak riwayat, Rasulullah SAW memang tidak pernah memanggil isterinya dengan panggilan semacam mama atau ibu atau yang sejenisnya. Beliau memanggil isterinya, sayyidatina Aisyah ra. dengan panggilan yang sangat khas, yaitu ‘Humaira’. Sebuah sebutan sayang yang mengandung makna mesra. Sehingga memang tidak terjadi salah kaprah dan salah tafsir dari orang lain. Rasulullah lakukan. Anda bila lagi?

Panggilan langsung pada nama suami atau isteri sebenarnya diperbolehkan. Atau kalau masih ingin dengan membahasakan kepada anak, maka bolehlah memanggil isteri dengan panggilan “mama” atau “ibu” sebagai kun-yah, namun harus dengan menyebut nama anaknya. Bila nama anak mereka Muhammad, bolehlah suami memanggil isterinya dengan panggilan “ibu Muhammad”, atau “ummu Muhammad”, atau “mama Muhammad.”

Jangan hanya berhenti pada panggilan ibu, ummi, atau mama saja. Sebab pemotongan kata itu boleh mengubah erti. Kalau suami memanggil isterinya dengan ummi misalnya, ertinya dia memanggil isterinya dengan panggilan: wahai ibuku, padahal isterinya bukan ibunya.

Meski panggilan ini tidak termasuk dalam kategori zhihar, namun tetap saja panggilan ini kurang tepat. Kalau kita sedikit lebih teliti dalam penggunaan bahasa dan istilah, tentu sangat layak bila tidak digunakan.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

**my skandal panggil aku ~ sayang walopun depan omak dio.. hehehe!

Rahmat Jumaat

Salam Jumaat...
Hari yang mulia penghulu segala hari.. bangun dengan tergesa-gesa jam 5:50 pagi walopun tido jam 1:30 pagi maklum lah balik meeting pun dah lewat! bak kato orang tuo-tuo, ayam pun dah berkokok dah! ececeh...

Jumaat, hari yang banyak menduga kesabaran aku. 
Bermula dengan karenah WQK yang manja tak bertempat. ada ke patut time nak gi keje baru nak wat hal? OMG... terbantut aku makan nasi goreng pagi ni.. Okies, inisiatif laen adalah dengan merempit lah! harussss gitu kalau WQK dah wat hal. WRV pulak dah kuar pepagi lagik. sabor je laa! 

Memang dahsyat lah! aku ngan my skandal tiba opis lewat dah dekat pukul 8:00.. aku tak tau apa nasib my skandal nanti sebab CC dia agak tegas.. pepandai laa dia menjawabnya.. aku? sib baik aku nie pandai cover.. tak pe..

Sedang menjamu mata di FB tetiba my boss call..

Boss : Shima, surat-surat semalam u tak bagi kat I ke?
Aku : Saya dah letak atas meja boss, dan saya tengok dah tak ada. Boss dah ambik!
Boss : Tak ada surat-surat untuk PFN tu. Saya dah carik dah nie..
Aku : Saya dah letak atas meja boss, surat-surat dah tak ada dan kosong. Cuba boss cek betul-betul..
Boss : Memang tak dak laa.. tak apa lah! [suara loghat utara dan berasa hampa dengan aku?]

Lima minit kemudian...

Boss : Shima, saya dah jumpa surat-surat tuu.
Aku : Erm.. kan saya dah cakap, boss dah bawak dah...
Boss : u tak taruk dalam enveloped..
Aku : [patut ke? aku dah compiled untuk PFN sign] Ouwh.. kan saya dah klip kertas besar kat surat-surat banyak tuu..
Boss : Ok. Saya minta maaf..

Ye.. itulah yang sepatutnya.. dah wat salah len kali mintak maaf, bukan main terjah jer.. orang jadi boss, awak pun nak jadik boss.. tapi habuk pun tarak! Aku memang marah ngan boss aku nie.. dah 2 bulan dia jadik boss tapi aku tak tengok keberkesanan dia menjadi boss aku dan bro-bro kat sini.. asyik menggelabah ke hulu ke hilir.. tup..tup.. nak ubah itu ini. Sebenarnya, prestasi sorang boss pun patut dinilai oleh staff bukan boss jer yang bagi markah SKT ye dop? 

Aku bukan tak pernah bekerja dibawah boss yang fussy.. dari sepucuk surat yang disuruh taip, dibetulkan bait-bait ayat menjadi lapan helai kekadang... tapi aku suka sebab bekas boss aku a.k.a mantan TKP tu bagus dan tak menggelabah.. Sorang lagi boss, arwah Hj Munimbar boss yang aku lapor diri dulu.. pun okeiss! tak pernah nak menyusahkan staff dengan keje-keje diluar bidang.. dan ada lagi sorang, bekas boss aku Hj Mastro.. pun sorang boss yang baik walopun muka garang tapi kalo orang tak tau kata boss aku sombong tapi percayalah, bekas boss aku adalah yang slow and steady tapi smart dalam keje.. tak pernah menggelabah dan gopoh.. selalu menyenangkan staff terutama aku nie.. [hukhukhuk..sedih pulak]

Ouwh... aku terlebih emo pulak!
Walopun terlebih tahap emo aku hari nie, percayalah pada rezeki.. tetiba ada cawangan yang wat open house kecik jemput aku makan pulak! bagaikan orang marah diberikan makan.. [erk, ada ke falsafah begitu? ** abaikan!] hehehe ~~ okieess.. aku dah tak marah dah! Lalala...




Amacam teruja tak? hehehe... selamat berhujung minggu yang dipenuhi dengan open house rumah saudara mara dan kawan-kawan! Chiiiaawwww!


Thursday, September 8, 2011

Air mutlak

suatu malam...


totoi : mama, adik nak bawak air mutlak esok tau?
mama : erk...
totoi : mama tau tak air mutlak tu apa? air mutlak tu air suci dan bersih. ustazah ajar adik kat sekolah...
mama : ye..ye.. mama tau!


maka, si mama buat muka blur sambil berlalu...



Wednesday, September 7, 2011

Three ~ Sekali Lagi

Tuesday, September 6, 2011

Tak sangka di hari raya

Salam Lebaran...
Masih dalam mood raya walopun tahap kesihatan tidak baik...

sekejap je masa berlalu kan? dan dah lama rasanya aku tak updated blog aku ni..banyak citer tapi idea tak ade! penin* pun ia gak.. sebelum raya lagi aku dah diserang asma a.k.a sesak napas al maklumlah bila buka puasa mentedarah ais kojenya... dan dalam minggu raya pun aku sekali lagi diserang asma plus batuk... terbaaaeeekkk! sakit woh dada nie! apa-apa pun aku bersyukur.. 

raya tahun nie, aku mulakan berayakan sakan kat rumah baru laa.. my home is my paradise bak kata omputeh.. adik beradik aku balik untuk merayakan hari raya yang tak seberapa kat rumah nie.. cuma my big bro jer yang balik sehari awal dan chow maklumlah nak beraya di oversea laa katakan.. [bior lah orang banyok wit..hukhuk] petang raya baru kami sekuarga bertolak balik ke rumah keluarga belah my skandal.. aku? mana ada kampung? idop aku kan bagai anak yatim piatu tak ada sesapa walopun di hari raya! sebab tuu manusia sekeliling suka ambik kesempatan... **tut**

ada banyak citer yang bagaikan tajuk hot chat hot fm hari nie...tapi tak baik bila membuka pekung di dada, iye dop? walopun apa yang terjadik nie bukan kepada aku tapi tempiasnya terkena gak melekit! terjadik kepada seorang ibu yang mempunyai 2 cahaya mata, sorang lelaki dan sorang perempuan.. yang perangai si anak lelaki, memang baik dan menyanjung tinggi ibunya yang banyak berkorban demi kebahagiaan anak2.. yang si anak perempuan, nauzubillah.. perangai kadang kala tak seperti manusia..kewarasan hilang entah dari mana datang sakit hati dia terhadap si abang.. hampir setiap tahun, dia susahkan abangnya dari pelbagai aspek.. hinggakan pernah si perempuan ni memberontak di pagi raya pertama, maka dengan tergesa-gesa si abang pergi ke mydin untuk membelikan si adik kuih raya memandangkan rumahnya tiada persiapan raya... si laki perempuan nie goyang kaki? 

ianya terjadi lagi di lebaran tahun nie...
kali nie lain pula, disebabkan tiada kereta aka kenderaan untuk berjalan raya maka, hendaklah ditumpangkan si anak-anaknya yang berderetan tu dalam kereta si abang.. [kalau kete si abang tu MPV atau HARRIER atau yang sewaktu dengannya tak apa.. tapi, kereta si abang cuma **** sahaja...] dalam kete tuu lah nak angkut mak dan si ayah untuk keluar berhari raya di rumah saudara mara, rakan taulan.. bukan sahaja tu, malah anak si abang dah besar dan seharusnya berada dalam keadaan rileks dalam kenderaan sendiri dan bukan berhimpit... dek kerana si abang bercakap secara baik dan sopan si adik cukup marah dan menengking serta jerit menangis melalui telepon di pagi raya ke-2... bosan kan? abang cukup baik dan cool.. apa si adik nak semua diturutkan... sehinggakan di'lahanat'kan oleh adik  pun masih tersenyum walhal sebelum nie seseorang yang cuma 'memaki hamun di fb dengan berkata celaka' pun si abang tak maafkan.. kononnya keluarga beliau tak pernah berkata demikian.. 'lahanat' yang diterima bukan dituju kepada si abang malah si isterinya juga.. tapi, sabar lah! si isteri bukan pendendam tapi ianya harus diajar ~ 

konklusinya : aku semakin sedih bila tengkingan melalui telepon itu ditujukan khas buat si ibu yang baik hati dan abang yang sangat cool.. ouwh, dengar perempuan.. kau mempunyai 4 orang anak perempuan yang sedang menginjak remaja. segala apa yang kau buat adalah depan mata mereka.. satu hari nanti kau pasti terima balasan setimpal sebagaimana kau buat pada ibu dan abang kau.. **peringatan untuk diri sendiri juga!

Okieess...
best kan citer yang tak pernah disangka di hari raya.. insaflah nokssss!