Saturday, May 14, 2011

Cerita yang macam-macam!

Selamat berhujung minggu..
Semalam idea sangat berduyun tiba tetapi malangnya BLOGSPOT gagal dibukak.. Ouwwh.. saya telah membazirkan idea-idea bernas tuu.. maapkan daku! eh..eh.. per meraban neh! Seminggu yang lalu, dee sangat busy dengan keje yang kelihatan macam tak banyak tapi sebenarnya melambak, sehinggakan masa untuk makan tengahari TIADA? [erk.. overnya dee!] untuk aktiviti bisnes matching online dee pun terpaksa diketepikan jugak urusan pengeposan.. kesian kan? bagi yang belum dapat barang pesanan tuu bawa bersabar dalam perjalanan dan bak kata omputeh 'on the way'.. haaissh..

Dua hari adalah hari sepatutnya untuk bergoyang kaki..
Tapi hari sabtu yang sangat padat, dipenuhi dengan rutin mingguan biasa.. tugas sebagai bibik laa pulak! huhuhu.. menggosok baju untuk seminggu, basuh kasut my kids [walopun diorang suka basuh sendiri tapi keadaannya tak berubah, sebagaimana sebelum basuh cam tuu laa keadaannya selepas dibasuh.. erk.. paham tak cam ne keadaan kasut mereka?hahaha..] tak cukup tuu, nak gi beli lauk untuk seminggu, dan yang pastinya minggu ini adalah minggu yang kelihatan seperti tiada waktu rehat tetapi sebenarnya weekend yang special.. Sunday, adik my skandal nak datang dari Melaka.. saje datang melawat, ziarah dee sekuarga.. lagipun since pindah rumah baru nie, diorang tak pernah datang.. jadik, seharian keje 'touch up' umah laa.. planning masak special sebab orang jauh nak mai.. [jauh ke?]

Seminggu yang lalu..pada hari ahad yang hangit!

dee ke Pusat Sains Negara bawak my kids dan pakcu.. Setengah hari kami kat sana.. bukan main lagik nengok pameran dinasour.. nanges-nanges my kids dikejekan dek my skandal.. Ouwwh, sangat notti.. ada adegan yang macam dalam Jurassic Park my skandal buat! [ dapatkah anda imagine? lalala] walopun dimerata tempat tertulis DO NOT TOUCH tapi ada diorang kesah? tak caya nengok gambo nie.. ala-ala Jurassic Park sambil ketiga-tiga my kids terjerit - jerit minta tolong.. haissh.. sangat kelakar sehinggakan ada pulak penonton dramaking tuu.. hahaha..


so, per komen? sangat pandai berlakon filem thriller..adoi!...
 

macam-macam eksperimen yang kami cuba.. terasa cam saintis gila pun ada.. alamak, terlebih sudah! hehehe...




bukan tuu je.. ada sudut mewarna.. yang tak patutnya my skandal pun sama dok mewarna.. gian gamaknya color guna krayon kot... :)

hasilnya...tadaaaa.. 4 alien!
kuar je dari Pusat Sains terasa bahang dan kehangatan cuaca petang.. terpandang lak KOPIESATU! Ooouwhh.. per lagik, my kids masing-masing merengek haus.. hohoh~~ sekali sekala bak kata my skandal..
dan yang pastinya, memang berbaloi-baloi bawak anak-anak yang sedang membesar cam my kids tuu.. satu kenangan yang tak boleh lupa bila my kids dah mula berpikir dan banyak tanya bila melihat pelbagai eksperimen dan bahan di sana.. semua benda nak dicuba... bayaran masuk sangat setimpal ngan pembelajaran yang dapat kat sana... memupuk minat anak-anak dalam ilmu sains.. nak less masuk? bawak Enrich Card, memang potongan yang berbaloi-baloi.. Okiessss ~~

No comments: