Showing posts with label my mak. Show all posts
Showing posts with label my mak. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Untuk mak-mak aje! Selamat Hari Mak, Mak!

'Terima kasih mak kerana menjaga saya ketika saya demam'

urghhh.. sorry dee bukan demam tapi nie ayat pinjam dalam iklan tv.. hahaha! dee suka ayat tuu bila iklan tuu ke udara dan kadangkala bila my skandal ada di sisi dee mula tunggang langgang kan ayat tuu.. tapi bila dee renung sendiri betapa besarnya ucapan TERIMA KASIH itu buat mereka yang bergelar ibu, emak, mama, mummy, ummi kan? dee pun salah sorang tak terkecuali..

Iklan hari ibu merata termasuk dalam internet..
my little bee pun tak terlepas jugak.. sangat alert dengan hari istimewa, besday sesape aje dalam rumah nie.. dengan gaya gedik dan manja dua tiga hari nie selalu peluk dee dan ucap "Selamat hari ibu, mummy" [ayat time mengada-ngada tapi dee suka..hik] kekadang pulak "Selamat hari ibu, mama" [ikut suka hati dia nak panggil dee kan?] tak pe laa asalkan bee tak panggil nama sudaa... pengertian tetap sama..

My eisha pulak lain halnya, semalam petang berbual dengan ica.. tetiba ica cakap 'mama, esok bagi kakak RM 3.50 boleh tak?' dee agak terkejut dan bertanya kenapa... lantas si kakak menjawab 'kat sekolah kakak ada jual bunga harga RM 3.50, boleh tak mama?' adusss... terkedu sampai gitu sekali anak-anak nak membahagiakan hati si ibu.. alahai...

My handsome boy pulak selalu cakap 'nanti bila adik dah besar, adik nak belikan mama cincin..' erk.. Amin.. mudah-mudahan..

Bahagia kan menjadi ibu bila anak-anak mula menampakkan kematangannya?
Okiessss dalam life dee kan, wujud 3 orang ber title ibu..

Pertama -- Of course laa my mak PN APIDAH BINTI ARIFFIN..
Untuk mak tersayang.. 
Mak sekiranya mak ada didepan akak, ingin sekali akak memeluk dan mencium mak, akak rindukan pelukan mak, alangkah seronoknya jika kita dapat bersama macam dulu berpeluang untuk menatap wajahmu dan memelukmu, tapi sekarang tidak…mak makin jauh dari kami dek kerana kebizian yang kadang kala difikirkan langsung tiada pekdahnya, namun ingatan kami terhadap mak tak pernah luntur walau sekali pun,  mudahan mak sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki walau apapun akak sayang mak!…Selamat Hari Ibu, mak.*alahai feeling sudah*

Kedua -- Dah tentu ibu mertuaku PN HALIMAH BINTI HJ TAMIN
Untuk ibu mertua yang dikasihi.. 'alaaa kassimm' opss.. hehehe..
Mak, terima kasih kerana menyayangi diri ini, suami dan anak-anak, mak sangat baik hati, sebab tu kami pun seronok nak balik kampung, mak tidak membeza-bezakan anak menantu mak, mak sayang dengan cucu-cucu mak, seronok bila kita dapat berjumpa, bergelak tawa bersama, masak sama-sama, makan sama-sama, shopping sama-sama, best kan mak…kami doakan mak panjang umur murah rezeki, Amin.

Ketiga -- agak korang sape? erm.. My stepmother.. PN DILA
Untuk ibu tiri dee also, dee ucapkan Selamat Hari Ibu...*nothing to say*no [icture*
 
Ouwhhh.. sangat panjang bebelan dee mengenai hari ibu kan.. Okiesss pesanan buat korang semua,
"wahai anak-anak muda, sayangi lah ibu bapa kita kerana tanpa mereka siapa lah kita yang bisa berpijak di bumi nyata ini. Ucapkan Selamat Hari Ibu, Semoga Panjang Umur kepada ibu-ibu kita."


Thursday, February 3, 2011

BENCI

Salam Gong Xi Fat Chai...
hati sangat berbunga-bunga time nie..
hurm...
walopun ala-ala bunga cinta maseh ada sekelumit kekecilan hati yang menyentuh perasaan...
tiada kaitan perasaan terhadap my skandal cuma dengan saudara mara dan alam sekeliling!

huh~
kadang-kadang malas nak ambik tau hal sedara mara nie...
berhubung secara terus terusan lebey lagi dalam facebook.. [maklum laa skang atok nenek pun ada facebook untuk berhubung kan?]

dee tak kesah kalo ianya men'touching' perasaan dee tapi ianya menjadi tanda tanya pada diri my mak.. kesian my mak! tuu laa punca my mak malas nak sayang menyayang ahli kuarga sendiri...lebey banyak menyakitkan dari membahagiakan!

bagi yang membaca dan terasa pikirkanlah hati seorang kakak dan ibu!
cuba korang berada di tempat dia!

pasti korang rasa lagi disisihkan...kesian dowh!

Friday, December 3, 2010

Terima kasih mak!

dee rasa sedey gilers baca kisah nie.. ianya sebuah cerita yang patut dikongsi bersama supaya menjadi ikhtibar kepada kita semua dan belajar menghargai ibu!
 
Kalau nak kira mak aku la harta yng paling mahal, paling berharga, tak de nilai yg boleh disamakan dengannya.

aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami...
abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak.
 
ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani. abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah.
macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.
masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.
untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.
pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik . pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.
aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh.tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.
petang jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik . mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik .
 
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. gaji rm400. tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang. benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu rm75 satu set.
 
balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".
 
aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna.
 
perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu.
sesekali aku balik abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.
setahun lepas adik lahir mak sakit. tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple darah. lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.
 
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.
 
mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan.
 
sampai masa mak terpaksa operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik. lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah.
 
lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah beransur baik. abah bawak balik. mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.
tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p hospital jengka. bermula hari tu...keadaan mak makin hari , makin teruk.seminggu mak kat spital. kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. kena guna kerusi roda.
2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan mak muntah.
 
doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap.
 
satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa. macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.
 
doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. seksanya mak.
 
tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun balik.
hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia.
 
ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.
hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana . semua misi, doktor dah kenal. selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat.
 
kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam,sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.
akhirnya mak kami bawak balik ke umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.
bila mak sampai rumah. suatu keajaiban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari. kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.
 
lebih kurang seminggu mak kat rumah. mak nazak. hari tu pagi sabtu.
nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar. tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.
 
kami sekeluarga berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.
"ma... emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut.
 
Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak. air mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak.
 
mak bisikkan sesuatu pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. abah kucup dahi mak.kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. taknak seksa mak. tak lama mak sesak nafas. abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar seksanya menuju kematian, Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN.
JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE...TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL. 
*** Ya Allah... mengalir air mata dee bila baca! Dee sayang mak dan ibu mertuaku! huhu...

Thursday, November 18, 2010

The beginning of 'Kenduri Qurban'

preparation yang biasa--biasa aje tapi nampak cam gojes di mata ibu mertuaku! hik~~ [rajin menantu aku katanya.. kembang seketika.. uhuk!] biasalaaa dari dulu lagi perangai dee memang cam nie. bila ada majlis kenduri kuarga sudah pasti goody bags atau 'berkat' disediakan oleh dee.. syiok wooh buat keje -keje nie! hotak dee berkembang bagaikan semua benda nak taruk dan kasik! kenduri yang bukan kenduri bertunang atau kawin akan dipenuhi dengan bunga telur + agar-agar + kerepek yang shedap + bahulu + surah yassin.. dan ada lagi satu muffin last minit yang tak sempat nak snap pixa.. nie baru permulaan! bercuti seawal hari selasa pun, masa maseh lum mencukupi untuk itu ini begitu begini.. tapi dee dan my skandal bersyukur kerana ianya berjalan seperti yang dirancang dengan bantuan my adik ipar dan biras, my mak also, ibu mertuaku, ayah mertua dan my skandal terutamanya...




Friday, November 12, 2010

that's not my mom! **cry

terlajak perahu bley u-turn dan patah balik... 
terlajak taip bley edit... 
terlajak kata buruk laa padahnya.. 
bab terlajak perahu ngan kata tak de kaitan dengan dee langsung.. yang dee nak pot pet pasal terlajak taip nie. Actually dee rasa bukan salah dee pun kan? akibat penggodekan dari blog ke blog dan dari pages ke pages yang ntah dari mana-mana ceruk, maka dee terjumpa laa kisah petikan dari MINGGUAN WANITA... title MALU DENGAN GAYA HIDUP IBU... erm.. rasanya ia sebuah kesah kuarga yang sangat bagus untuk dikongsi dan rata-rata kita jarang dengar cuma kat drama king tv je ada drama pelik-pelik nie... Maka, sesudah di copy paste dan post ke blog dan berdesup link ke facebook  dee.. tetiba bertalu-talu persoklan pasal tajuk nie.. ye laa, dee paham rata-rata kengkawan/sedara-mara yang ligat FB hanya baca tajuk terus membuat spekulasi liar tentang diri dee dan keluarga! banyak sms yang dee terima tanya 'ada problem ke dee?' 'dah baca luahan hati..terkejut' 'sabarlah dee' erm~~ semuanya tak benar sama sekali... cerita tuu hanya sebagai sempadan pada kita.. kadang kala satu ketika kita nie yang sangat disanjung dan idola keluarga, tak sangka akan jadi sangat tidak baek dan paling rendah akhlak.. sekadar berkongsi cerita okeh! weh.. dat's not funny ye.. tak baek tau! 'doche' bak kata my little bee~sedey my mak kalo tau spekulasi nie timbul! 

buat my mak~~ love my mak very much!
Mak, how can I explain how much u means to me..
from the moment I was born u has been there for me.. 
When I was sick especially time bersalin dalam pantang, mak laa is the one that bought me macam-macam rempah ratus, the one I talked to when I needed ur help. 
Mak tau tak... Mak is like the world, your love is the land which I walk on, and your arms which cradle me with hugs.

Monday, August 2, 2010

[rajin ada makna]

weekend dee full ini minggu~~~ manyak program membantu my mak membanting tulang... huhuhu~~~ apakah ayat itu tepat dengan keadaan moden skang ? hehehe~~ bukan laaa membanting sangat... kira dalam 100% tuu cuma 40% jerk dibikin oleh dee~~ poyo jerk ayat tadi! sila abaikan~~~ seperti entry yang lepas [saturday mornin'] dee ada story tentang nenas... haaa~~ nie laa projek wat jem nenas untuk pembikinan tart nenas hari raya nanti! apa lagik keje dee kalo tak men'snap' gambo step by step cara pembikinan jem tuu... layan laaa~~~
[hensem setelah dibuang kulit]
[nie keje utama dee~~~]
[tukang blender tak bertauliah~]
[pas tuu toskan tau kasik kuar air nenas tuu]
[ mulakan sessi mengacau nenas tadi dalam kuali ]
masa sessi nie masukkan laa benda-benda wajib antaranya ~ gula pasir dan sedikit esen vanila~ untuk wangi taruk daun pandan okeh
[taaadaaaaa~~~~siap utk digunapakai~~]
*** sila jangan salah anggap~~ rajin dee bukan ada makna okeh! dee memang rajin tuu yang my mak cayang banget tuh~~ erk! ooopss..maap ayat gedik disini
Photobucket

Sunday, August 1, 2010

[minangkabau~~]

sesi balas membalas melalui facebook sorang kawan~~ wakjan! tetiba ada seseorang mencelah mengenai lagu minang! yeeeaaa~~~ Minangkabau! "Apo kobondo eh Minangkabau tuu? meh baco info pasal Minangkabau nie~~~"

Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor. Dahulunya, Malaysia (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak), Brunei, Sumatera, Jawa dan beberapa pulau di Indonesia serta Selatan Filipina dikenali sebagai kepulauan Melayu atau dipanggil nusantara. Penduduk di kepulauan Melayu ini adalah dari rumpun yang sama. Maka tiada masalah bagi penduduk dari Tanah Melayu untuk pergi ke Pulau Sumatera atau sebaliknya.

Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.
sumber : Minangkabau


Nie semua sekadar menyedarkan diri tentang asal - usul keturunan kita~~~ my mak memang keturunan Minangkabau! ada jugak dee tengok kawan dee malu bila mengaku sebagai orang minang? kenapa eh~~? hey...geng, minang terlalu banyak budaya dan adat! sangat seronok kalo explore hingga ke akar umbi! rugi tau~~~
Photobucket

Saturday, July 31, 2010

[ampunkan den yo mak!]

membuat sesuatu tanpa kerelaan seorang ibu sangat tidak bagus~~~ hohoho! apakah ayat yang sangat jauh terpesong dari agenda sebenar? dee saje jer nak promoted kan kueh raya my mak nie! hahaha~~~ my mak kata cam nie~~"ngade..kang tak terbuat kang... nak jawab ke?" ouch~dee jawab "abih tuu dah banyak bonar orang buek jual online... den pun nak cubo!" hahaha~~ sangat sengal jawapan dee! lalala~~~ yang tak bley blah tuu.. antara ayat dee macam nie JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI : MAMA FIDA! "ampun mak! dee sajo jo tak ado bondo nak dibuek bisnes online! kot..kot buleh jadik chef wan ko omak den lopeh nie!" hehhehehe~~~
Photobucket
ALMOND LONDON
Photobucket
CORNFLAKES MADU
Photobucket
DAHLIA COOKIES
Photobucket
BISKUT SUJI
Photobucket
TART NENAS
pst~~ sajo jo mempraktikkan bahaso ibundo omak den! ekekekek!

Photobucket

Tuesday, July 27, 2010

[ $$$ ]

nampaknya anak bulan Ramadhan akan kelihatan lagik dua minggu~~ hikhik! ayat dee bagaikan penyimpan mohor besau kan? hakhakhak~~~ ouch.. nampaknya dee begitu teruja laa kan setiap kali datangnya bulan Ramadhan! Bisnes!Bisnes! tapi rasanya tahun nie macam tak de feel laaa nak bisnes! dah dok jauh dari opish besau~~~ kontek pun dah banyak yang nak lost! hahaha~~~ tahun lepas dee ~~ my mak jugak tak lupa my skandal kemaruk bikin hamper kueh raya! memang tak tido malam kitorang dibuatnya~~~ kadang kala rindu kenangan tuh! tahun nie apakah akan berlaku lagik sedemikian? ouch...just wait n see! kalo kontrak dari datin-datin wannabe on mak on laa projek liar kami selama sebulan! buat biskut raya satu hal tambahan lak buat hamper lagik~~~ sangat rakus mencari $$$~~ weh, tapi kami tak abaikan tanggungjawab sebagai umat Islam masa bulan Ramadhan tau! nie duniawi amal dan tanggungjawab yang wajib tetap ditunaikan tanpa prejudis! sedikit sebanyak sejak my mak dah der pesbuk nie hahaha~~~ dee dengan liarnya mempergunakan pesbuk my mak untuk promoted kueh raya beliau yang saban tahun dijual! hoho~~~ bahan kena perli ngan kengkawan laa my mak sebab dah jual online laa pulak! macam-macam hal laaa kan? untuk tahun nie maseh mencari identiti lagik~~~ hahaha...sangat stupid ayat tuu! tak tau nak bisnes ke tak? tengok laa keadaan ~~~~
Photobucket

Tuesday, July 20, 2010

[ entry lump-sum ]

dah beberapa ari menyepi dari dunia blogging nie bukan bermakna dee tak de idea tapi disebabkan dee rasa macam letih yang berhari-hari akibat projek Fasa III maklumlaa projek final~~~ [ hahahah...ayat tak mo ngaku kalah! ] akhirnya berkat usaha dan kegigihan maka beres sudaaa projek hensem dee nie! yipppaaaa~~~ bila orang datang umah dan tanya dee akan jawab cam gini ' wa ngan pakcu bikin sendiri tau tanpa prejudis '~~~ maap pic tak sempat nak snap semua lokasi maklum laaa komited sampai lupa!

[ sudut yang menjadi kesayangan dee~~~ erm..]
kepenatan dee berhari-hari nak siap cepat dan berkualiti bangun seawal jam 6 pagi untuk memulakan kerja harian~~~ selama lebey kurang pat ari menjadi seorang mama mithali buat my kids semua completed! hehehe~~~ dalam kekalutan tersebut~ my mak pulang ke tanah air dengan selamat! bawa balik some souvenirs for us! macam-macam dibelinya dalam percutian singkat beliau! boley laaa~~~ hehe..asalkan ada peruntukan untuk dee okeh laa tu kan?

[ Bika Ambon perisa keju ]

[ my mak sedang buat pengagihan~~]

[ kemeja batik buat menantu a.k.a my skandal]

[ mum's choice~~~ nice for him ]

[ aneka kacang tak silap harganya 125000 rupiah]
story diteruskan lagik~~ lump sum laa orang kata! nak cerita pasal kucen' pulak! kalo dulu dee ada moy~~ skang dee dah der kiki~~~ nama dia kiki! dee kasik nama tuh tapi rata-rata mereka dalam umah panggil bobo~~ [tak besh, cam nama anjen' jerk] seekor kucen' siam yang sangat santek dan puteh~~~ erm...gambo di bawah adalah editing semata-mata... dia sangat santek dan manja sebenarnya~~ dee geli anak kucen' tapi my bro doe rajin melayan~~ kasik minum susu laa! sampaikan my little bee pun kata pada my mak dengan nada pelatnya~~ ' iye icap 'cucu' cam bee laaa mak'...hikhik~~~ hari mereka agak terisi sejak ada si kiki @ bobo! lagi sekor nama kaka tapi dah passed away minggu lepas~~ ntah nape ntah!

[ si kiki a.k.a bobo ]
nie bley dikategorikan sebagai entry bermalas-malasan laa sebab lump sum dalam satu entry! hahaha~~~ maklum laa penjawat awam yang berhemah makin lama makin manyak kije~~
Photobucket

Saturday, July 10, 2010

[nilai 3~~]

entry yang sepatutnya di post seminggu yang lepas~~ memandang kan baru sebentar tadi dee membuat pemutihan terhadap my E63 maka baru laa terjumpa pixa-pixa semasa membeli belah for raya di Nilai 3 selepas ke kebun my mak di Sepang~~~ sangat careless.. hal yang tak disengajakan nie terjadik sebab dee snap gambo kat kebun guna camera tapi di Nilai 3 nie, dee cuma guna camera handphone jerk! kami yang memang rambang mata melihat sana sini lebey lagik my mak~~~ hikhik!

[ entah apa my skandal tengok~~ dee tengok kain baju atas tuh..]

[ my mak and eisha~~~ ]

[ kat sini pun ada Sarawak Handicraft~~ tak yah susah2 ke Sarawak]

[pilih mak jangan tak pilih ]

[ aneka pilihan~~~ huhuhu]

[ waduh~~~ semua diborong!]

[nie adegan paling tak tahan~~~ ]
kat Nilai 3 nie my skandal beli baju melayu untuk raya~~ dah tuu, tergedik-gedik beliau nak belikan kain 1 Malaysia untuk dee~~ okeh, dah beliau nak belanja maka pilih laa color purple macam warna baju melayu beliau! my mak pun beliau belanja~~yeaay, borong jangan tak borong!
Photobucket