Friday, August 28, 2009

esok raya ke?

ari nie badan dah rasa okeh sket berbanding semalam...
pagi ni,
dee sekuarga agak bz kemas umah...
bagai kan esoknyer nak raya lak di samping dendangan lagu-lagu raya...
nie sumer keje my skandal laaa nie...
huhuhu...
dan
al~kesahnya malam nie...
SumEr meNgaDu sakEt baDan....
**sowi... disebabkan ke'bz'an tuu terlupo lak nak snap pixa...huhuhu
Photobucket

BARU DEE TAHU

baru dee tahu...

dee dilahirkan pada hari AHAD dan bermula dari hari kelahiran dee tuu...
dee dah hidup selama 27 tahun...
dee dah hidup selama 334 bulan...
dee dah hidup selama 1,455 minggu...
dee dah hidup selama 10,190 hari...
dee dah hidup selama 244,562 jam...
dee dah hidup selama 14,673,755 minit...
dee dah hidup selama 880,425,309 saat sehingga jam 2.42 tadi...
dee bernafas lebih daripada 139,166,778 kali sehingga jam 2.42 tadi...
mata dee dah berkedip lebih daripada 147,516,778 kali sehingga jam 2.42 tadi...
jantung dee telah berdenyut lebih daripada 1,027,162,850 kali sehingga jam 2.42 tadi...

Ya Allah...
Indah sungguh hidup nie...
Bersyukur atas apa yang telah dikurniakan dan berusaha menjadi khalifah di atas muka bumi ini...


Photobucket

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan
Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter) .
Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
Kurangkan kadar makanan dari biasa
JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
Mengulangi makan sepanjang malam.
Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
Kopi dan teh.
Air paip masak yang tidak ditapis.
Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.
Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
Makan kerap
Kuih-muih yang payah dihadam
Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
Kurang makan kerana perut dah kecut
Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

~~dee sekadar ingat mengingati sesama kita


Photobucket

A.T.O.K.

ari nie dee masih demam lagi...suara daaa ilang...
nak berinteraksi ngan my skandal pun susah...
bley stress tau bila suara tak de nie..


tp Alhamdulillah, puasa tetap puasa...
tapi walaupun tak sihat bley lagi cek email, facebook...
ber'ym' ngan kengkawan opis...
hehehe...dan yang paling menyeronokkan updated blog kesayangan nie...
rasa daaa lama tak memerah idea untuk membuat karangan ala2 budak stpm panjangnya...

TAPI...

ramadhan tahun nie wat dee rasa sedey n touching giler bila mengenangkan arwah atok dee yang telah pergi mengadap Illahi pada tanggal 4 Disember 2008... tahun nie dee beraya tanpa atuk ... kadang-kadang kita tak terpikir apa2 pun sewaktu insan yang kita sayangi masih ada, sihat lagi kita tak pernah ambil tahu... dah tak ada baru nak teringat...terkenang dan ntah apa2 lagi... walaupun atok dah tak ada... dee sayang atok sangat-sangat.....

Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN

Assalaamualaikum sahabat2 tercinta,

Tanpa terasa waktu terus bergilir...hari ke hari...dan bulan berganti bulan...pada akhirnya kita kembali menemukan dan mendapatkan suatu saat, di mana Allah mengundang dan menjamu seluruh Muslim di dalam suatu pesta besar...pesta di mana kita semua dapat sepuas-puasnya menenguk rahmat dan ampunan Allah, pesta di mana kita diberi kesempatan besar untuk berjumpa dengan Yang Maha Pencipta, pesta di mana si fakir, si miskin dan si yatim diberi kesempatan untuk merasakan nikmatnya rezeki melalui tangan-tangan kita sebagai orang yang berkemampuan ... Oh...betapa meriahnya pesta tersebut, Dialah bulan Ramadhan ...

Sahabat sekalian, dikesempatan ini dan disertai dengan segala ketulusan dan kerendahan hatiku, aku memohon maaf sebesar-besarnya atas segala kesilapan yang telah aku lakukan samada sengaja ataupun tidak, aku mohon maaf atas segala khilaf dan salah sepanjang mengenali sahabat sekalian dan aku bermohon semoga Allah mengampunkan dosa kita semua...tetapkanlah kita dalam jalan istiqamah dan lindungi kita di dunia ini daripada perkara yang mengakibatkan penyesalan kita pada Hari Kiamat ... Ameen.

Ramadan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya.

Ramadan adalah bulan yang baik bagi melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadan, urusan harian kita akan bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerja-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Terawih, Witir, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadan.

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabk an.

Ambillah langkah segera untuk mengenal diri, merancang hidup peribadi dan keluarga dan mewujudkan persekitaran yang baik. Selagi kita masih bernafas, belum terlambat untuk memulakannya.


Marhaban yaa Ramadhan...Insya Allah kami semua akan menyambutmu dengan semangat Iman.

‘Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang’

Photobucket

SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI

agak lama dee menyepi dari dunia blog nie...
maklum laa bebaru nie kampung kesayangan dee nie telah mengadakan satu program yang agak grand dan besau jugak laaa...
jadik sibok tuu tak tau laa nak cakap...kira tahap gaban punya bz laaa... tido tak cukup makan tah ke mana...
sehingga menyebabkan dee ngan my skandal bley demam giler2 nyer passs je event tuu...
malas nak upload lagi n story lebey2...
tengok je laa kenangan tuu kat my 2nd link ~~










ermm...
walaupun dee ngan my skandal memasing tak berapa nak sihat...
tapi kami sempat lagi mengibarkan jalur gemilang kat umah... ermmm...sonok sangat malam tuu... eisha, toi ngan bee pun tak ketinggalan sama...
nilai-nilai macam nie kena terapkan seawal kanak-kanak macam diorang nie...

Photobucket

Friday, August 14, 2009

PERSIAPAN PROGRAM BERKAMPUNG

agak lama dee menyepi dari dunia blog nie...
maklum laa bebaru nie kampung kesayangan dee nie telah mengadakan satu program yang agak grand dan besau jugak laaa...

Program tuu di beri nama Program Berkampung Kg Selayang Indah... sebuah program yang dianjurkan oleh JKKKP Kg Selayang Indah dan Barisan Nasional Selayang Indah Utara...sekian..bye~~~

Photobucket

Friday, August 7, 2009

hEr biG daySs chaPter t.w.O.

masih ngan citer wedding pn iva yang lum basi2 lagik neh.. sesampai jerk... my skandal mula ajak mamam dulu... huhuhu...

beratur.... senduk lauk sikit2...huhuhu

makan lagik....

peace!
ngan dara pingitan f**a...
alysha agak blur ari tuu...




mak datin nie amek gambo sendiri...huhuhu






gelak tawa kengkawan yang hadir...

toll gate woman...cian najib...

cik zura nie amek pixa pengantin ke.... sape nie? ermmm... tak pe... amek je tak kena bayor pun...

pn iVa ngan incik najib....


sentuhan dari luar jendela...
hahaha...gambo nie yang tak bley blaaaa nie...