Showing posts with label muhasabah diri.... Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri.... Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

SYURGA SUAMI, ISTERI DAN RUMAHTANGGA

Tadi kan... kan.. sewaktu di opis keadaan agak tegang. Semuanya berkaitan isu pulang beraya di kampung suami... Memang panas tapi aku malas nak mencelah, kalau aku pun mencelah kang sampai buka tak abis.. hehehe...Tapi tak pe, My frontdesk member, Tikah yang berjuang berhabis-habisan tentang isu ini dengan sorang boss dan sorang kawan [lelaki]...  

Bagi membuktikan kemenangan di pihak wanita maka, my frontdesk member ni tag  laa aku dalam sebuah petikan. Sangat bagus dan berisi petikan ni. Maka, aku rasa patut aku kongsikan untuk fahaman kita semua tentang SYURGA SUAMI, ISTERI DAN RUMAHTANGGA...

Ermm... kalau korang der selisih faham or rasa nak gaduh balik umah sape raya nanti, print jer ni.. kasi suami baca.. hehehe!

Selamat Membaca!




Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?

Pernahkah suami bertanya dimana syurganya di dalam rumah tangga?

Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:


“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)

Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.

Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:


“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:


“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaum hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.

Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.



Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.

Tuesday, June 14, 2011

Luahan suami isteri **

LUAHAN PERASAAN SUAMI


1. "isteriku, Iktitraflah kelakianku".
2. "Isteriku, Jagalah Rumahku".
3. "Isteriku, Janganlah Leteri aku".
4. "Isteriku, Fahamilah Perasaanku".
5. "Isteriku, Berbincanglah dengan ku".
6. "Isteriku, Hiasilah Dirimu".
7. "Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku".
8. "Isteriku,Hargailah pemberianku".
9. "Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak".
10. "Isteriku, Jagalah Makan Minumku".
11. "Isteriku, Jagalah pakaianku".
12. "Isteriku, Didiklah Anak-Anakku".
13. "Isteriku, Raikan Keluargaku".
14. "Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran dan Kelebihanmu".
15. "Isteriku, Janganlah Membuang Masamu".
16. "Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah".
17. "Isteriku, Patuhlah Kepadaku".
18. "Isteriku, Janganlah Cemburu Buta".
19. "Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu".
20. "Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku".
21. "Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22. "Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia".
23. "Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku".
24. "Isteriku, Janganlah Boros".
25. "Isteriku, Hargailah Kejayaanku".
26. "Isteriku, Galakkanlah Hobiku".
27. "Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku".
28. "Isteriku,Berjimat Cermatlah".
29. "Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku".
30. "Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."


LUAHAN HATI ISTERI TERHADAP SUAMI





1. suamiku...bimbinglah keluargamu...
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
3. suamiku...jagalah matamu...
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu.
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat.
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10. suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11. suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling
aje dan nak komen aje.
12. suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!


P/S: Naper suami banyak sangat dia punya luahan..? 'darling, awak tak macam tuu kan?'
Pasal dosa sang isteri, suami yang tanggung jika dia tidak menegur.







Saturday, May 14, 2011

Apabila si tua tak sedar diri ~

Salam ~

Tittle entry sangat ngeri bunyinya, haissh... sedih mengenangkan seorang yang selayaknya bergelar nenek dan datuk kepada cucu-cucu menghabiskan sisa tua dengan melakukan maksiat dan dosa.. Astaghfirullah... Sepatutnya sisa sisa umur yang Allah kurniakan pada kita digunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dimanafaatkan untuk bertaubat dari dosa-dosa yang lalu. Digunakan untuk memohon maaf sesama manusia...

Alangkah rugi sewaktu umur sudah senja..
sudah tua TETAPI masih lagi mencintai dunia..
berbekalkan kenangan lampau, si tua masih lagi bersarang dengan dendam kesumat..
masih lagi bergelumang dengan maksiat…
alangkah rugi dan sesal ketika di alam barzakh dan di padang mahsyar nanti kerana tangisan airmata darah pun ketika itu sudah tiada guna lagi...

Mari bermuhasabah diri ~

Ya Allah,
Ampunkan dosa mereka!
Ampunkanlah dosaku,
Ampunkanlah dosa ibubapaku,
Ampunkanlah dosa guru-guruku,
Ampunkanlah dosa sahabat-sahabatku,
Ampunkanlah dosa muslimin dan muslimat.
Jauhkanlah kami dari azab neraka,
Jauhkanlah kami dari bala bencana,
Jauhkanlah kami dari kata-kata dusta,
Jauhkanlah kami dari hasutan dan godaan syaitan.
Kurniakanlah kepada kami nur dan hidayah-Mu,
Kurniakanlah kepada kami rahmat dan nikmat, zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

**Dalam sebuah hadith Qudsi ada dijelaskan.." Allah mencintai orang tua yang taat tetapi Allah lebih mencintai orang muda yang taat. Allah benci orang muda yang maksiat (derhaka kpd Allah) tetapi Allah lebih benci orang tua yang maksiat (derhaka kpd Allah) "


Tuesday, November 9, 2010

[kenapa lelaki suka tengok badan wanita]

Salam 1 Malaysia...
jika didengar dari tajuk entry, rasa macam topik nie 18sx jerk kan?
ouch~~ tidak sebenarnya!
nie sesuai untuk mereka yang bergelar wanita samada dah kawen ke belum ke semua sama! erm... sebagai peringatan untuk diri sendiri jugakss!


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada
pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada
pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu
dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat
seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut
wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki
akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan
melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung
tidak kelihatan,dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada
pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada
pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Sunday, October 31, 2010

[Ada apa dengan 26?]

Salam ari minggu~~
semalam seharian di Majlis Konvokesyen my son's -- Fitri Daniel! tak berkesempatan untuk berblogging! haiishhh... buka jerk email berlambak info.. gossip dan macam-macam lagikss! rasanya email bertajuk APA YANG ADA PADA TARIKH 26 memang patut di kongsi bersama! jom baca~~ mari bermuhasabah diri!

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:

26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Ternyata..dalam Al-quran, jus 26 surat asy-syu'ara yang didalamnya pengertian tentang azab Allah... Subhanallah

Photobucket

Friday, October 29, 2010

[touching story]

meh baca story nie... rasanya ia patut dikongsi bersama dan ditujukan khas buat para suami dan lelaki di luar sana... hargailah isteri anda! "my skandal, haaaippp baca nie tau! love u!"~~~
TOUCHING STORY : AKU DAH KAWIN SKARANG NIE
Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..



Photobucket

Friday, October 22, 2010

qurban bukan terkorban

pengorbanan dan terkorban jauh pengertiannya dengan Qurban! korang jangan tersalah anggapan~~~ [ouch...berkata seperti penceramah bebas le pulaksss] seminggu sudaa berlalu... minggu lepas dee ngan my skandal balik kampung [hohohooo.. balek kampung! ] semuanya kerana qurban! Zulhijjah tahun nie, my skandal sekuarga akan melakukan ibadah qurban. sekoq lembu di bahagi kepada tujuh bahagian~~ yang terdiri daripada my skandal, ibu mertuaku, bapak mertuaku jugeksss, my mak, my eisha, my daniel and my little bee! Alhamdulillah~~ doakan semoga segala berjalan dengan lancar dan jayanya okeh! mesti peliksss kenapa dee tak de dalam list nie kan? dee dah wat daaa raya aji tahun lepas..Alhamdullillah selesai sudaaa...

Ibadah qurban nie adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya... tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman mengenainya~~~ sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qurban nie... erm... renung--renungkan dan selamat beramal okeysss~~~

[Allah Won’t Ask]

Allah won’t ask what kind of car you drove,
but will ask how many people you drove who didn’t have transportation
Allah won’t ask what your highest salary was,
but will ask if you compromised your character or morals to obtain that salary
Allah won’t ask the square footage of your house,
but will ask how many people you welcomed into your home
Allah won’t ask about the fancy clothes you had in your closet,
but will ask how many of those clothes help the needy
Allah won’t ask about your social status,
but will ask what kind of class you displayed
Allah won’t ask how many material possesions you had,
but will ask if they dictated your life
Allah won’t ask how much overtime you work,
but will ask if you worked overtime for your family and loved ones
Allah won’t ask how many promotions you received,
but will ask how you promoted others
Allah won’t ask what your job title was,
but will ask if you performed your job to the best of your ability
Allah won’t ask what you did to help yourself,
but will ask what you did to help others
Allah won’t ask how many friend you had,
but will ask how many people to whom you were a true friend
Allah won’t ask what you did to protect your rights,
but will ask what you did to protect the right of others
Allah won’t ask in what neighborhood you lived,
but will ask how you treated your neighbors
Allah won’t ask about the color of your skin,
but will ask about the content of your character
Allah won’t ask how many times your deeds matched your word,
but will ask how many times they didn’t

Photobucket

Thursday, October 14, 2010

[ dee rindu dia ]

bila dee dalam situasi skang...
dee rasa dee perlu mengadu!
tapi... dengarkah si dia tentang keluhan nie?
sangat--sangat perlu untuk spending time dengan dia...

Ya Allah...
ati nie sangat merindui dia bila dalam keadaan skang!

Photobucket

Friday, July 9, 2010

[ gone! ]


erm~~ patot laa my blog nie kosong~~eilek~~~ gone~~ semua yang sama makna dengannya! huhuhu~~Hope you can come back soon!! manyak layout yang santek kat sini! patut laa layout has gone from my blog dan now ada photobucket text box~~~ apa nie! sikit-sikit nak bisnes... tuu pun nak berkira ke? hikhik~~~ mana nak dapat layout cem tuh lagik! hukhukhuk~~~
muhasabah diri : sedang berusaha nak dapatkan layout yang santek~~'maap..jika saya berlaku curang bila dah dapat layout yang lagi santek~~~
Photobucket

Monday, June 7, 2010

[ palestin oh palestin ]

Malam tadi~~~
dee menonton dengan asyik tentang wawancara 'Palestin Kami
Bersamamu' yang dibawakan khas oleh TV1...
sedikit sebanyak apa yang telah ditemubual malam tadi memberi
impak yang mendalam kepada rakyat Malaysia khususnya...
ye laa...selama nie rata-ratanya kita semua cuma membayangkan bahawa
apa yang terjadi di Palestin bagaikan sebuah filem sahaja...
Kematian~keganasan~pembunuhan kejam~keseksaan memang
mainan di Palestin...Ye~~siapa yang tau!
sekembalinya sukarelawan Malaysia pagi ahad yang membahagiakan
bagaikan mimpi terhadap mereka semua...
setelah puas berdepan dengan kekejaman rejim zionis untuk beberapa
ari~~erm~~~kadang kala dee pun tak paham dengan situasi
sebenar di Palestin~~
karang salah cakap susah pulak kan?



~~sumber petikan UTUSAN MALAYSIA [ Isnin 07 Jun 2010 ]

BERSYUKUR kita kepada Tuhan kerana enam sukarelawan Malaysia
yang menaiki kapal MV Rachel Corrie yang dirampas Israel Sabtu lalu dibebaskan
di sempadan Israel-Jordan semalam.

Semua rakyat Malaysia juga berterima kasih kepada pegawai di Kedutaan
Malaysia di Jordan dan kerajaan negara itu yang banyak membantu
dalam misi membebaskan 12 sukarelawan kita ekoran insiden rampasan
kapal Turki, Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Sungguhpun dua kumpulan sukarelawan dari Malaysia gagal menuju ke
destinasi bantuan di Gaza tetapi ada perkara yang tidak kurang
penting telah dibawa pulang oleh mereka.

Pertama mereka membawa pulang semangat sukarelawan rakyat Malaysia
yang sedia berkorban walaupun sudah mengetahui risiko yang ditempuhi.

Kita percaya dengan semangat yang ditunjukkan oleh 18 rakyat
Malaysia
ini yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama
akan mencetus satu
gelombang baru untuk lebih ramai sukarelawan
muncul membantu
insan yang tersiksa dan memerlukan bantuan
di mana sahaja khususnya di Palestin.


Kedua, sukarelawan kita membawa pulang bukti dan pengalaman
bagaimana
teruknya kezaliman dan kekejaman rejim Israel
terhadap orang awam yang
tidak bersenjata.

Di atas kapal Mavi Marmara dan di penjara Israel,
sukarelawan kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana layanan
diberikan kepada tahanan. Kalau begitu teruk layanan yang diceritakan
oleh rakyat kita, bayangkan bagaimana azab seksa yang diterima oleh
rakyat Palestin
apabila ditahan pihak berkuasa Israel.

Selain dua perkara penting itu,
kini dunia sudah mendapat cerita sebenar betapa Yahudi Israel memang
bangsa yang degil, bongkak dan tidak berperi kemanusiaan.

Sebagai mana kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
insiden itu telah mencetuskan satu kesedaran di dunia mengenai
kekejaman
rejim Zionis itu sehinggakan dikutuk habis-habisan
oleh negara-negara
lain termasuk Amerika Syarikat.

Dunia sepatutnya bukan sekadar membuat kenyataan dan mengutuk
tentang kekejaman Israel tetapi bertindak dalam bentuk apa sahaja,
asalkan matlamat akhirnya Israel akan tunduk menghormati
undang-undang
antarabangsa dan membebaskan Palestin.

Kita tahu, pemimpin Israel juga bimbang dengan keberanian
sukarelawan dari beberapa negara menyabung nyawa untuk mengikuti
misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kesanggupan dan keberanian sukarelawan Malaysia serta negara-negara
lain telah memberi dorongan kepada segelintir rakyat kita untuk bersedia
menyumbang tenaga dalam misi kemanusiaan.

Kita harap akan lebih ramai sukarelawan akan tampil ke depan.
Perlu diingatkan bahawa sebagai sukarelawan,
mereka pergi bukan untuk berseronok melawat negara orang.
Ini kerana banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi.

Mungkin tiba masanya kita perlu memikirkan usaha melatih ahli-ahli badan
bukan kerajaan dan sukarelawan Malaysia dalam aspek keselamatan
diri dan mengguna senjata. Insiden Mavi Marmara adalah contoh
perlunya persediaan mental dan fizikal untuk rakyat kita ketika
berhadapan
dengan suasana yang cemas dan mengancam nyawa.

Malaysia antara negara yang bersungguh-sungguh membantu rakyat
Palestin.
Kita berharap, insiden yang terjadi dalam misi bantuan
kemanusiaan
ke Gaza tidak melemahkan semangat sukarelawan
sebaliknya
membuak-buakkan lagi semangat sukarelawan lain
untuk ke Palestin.

Inilah jihad yang perlu ada dalam diri kita.

Saturday, June 5, 2010

[ masanya untuk Qunut Nazilah ]

kesian dan sedey bila membaca paper dan tengok berita tiap ari...
mesti der jer cerita kekejaman rejim zionis~~~
nak antar misi kemanusiaan ke Gaza pun dicantas oleh Israel..
manusia ke antoo diorang nie?
haissshhh~~


"Ya Allah!!
Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung Ababil
menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,
maka kami memohon kepada mu
Ya Allah...
turunkan lah bantuanMu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis..amin …"
[ Lalu bacalah surah Al Fil ~
membayangkan kehancuran tentera Yahudi – dengan Izin Allah]


Surah al fil:
“A’lam tara kay fafa ‘ala rob’buka bi as-haa bil fil
“A’lam yaj’al kaydahum fi tadhli lin
Wa arsala ‘alayhim ‘tayran ababil
“Tarmihim bi hijaratinm min sijjil
Fa ja’ala hum ka asfin ma’kul”

Apa peranan kita?
Lafaz qunut nazilah hendaklah mengandungi doa keselamatan umat
Islam dan doa kehancuran serta kekalahan musuh-musuh
[atau diangkat bencana yang menimpa].
Sebaik-baiknya hendaklah ringkas dan menggunakan lafaz
Rasulullah SAW sendiri. Atau dengan sedikit tambahan seperti doa di atas.
Biar sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah daripada panjang lebar yang
membebankan ahli jemaah yang lain [uzur, nak cepat dan sebagainya].

Wallahu aklam, semoga kita semua amalkan.
InsyaAllah, bumi Palestin [tak lama lagi] akan diperintahkan oleh Islam.
Allahu Akbar!

Rujukan: artikel di laman
IslamWay.

Wednesday, June 2, 2010

[jangan dikesali apa yang terjadik]


semalam menjelang maghrib ~~~
dee mendapat calling dari my BFF
beliau menangis ~ crying and crying
[ mungkin beliau memerlukan shoulder dee ]

terasa sedey bila beliau menyatakan keputusan untuk sambung ke
degree gagal...dan sampai bila nak bekerja di tempat panas terik nie~~~
wahai, sahabat ku sayang~~~
dee risau bila ko berkata demikian sebab dee lagi laa
keje di luar bidang dee~~~
semua orang tak percaya yang dee cuma penjawat awam yang
biasa jerk!ye laaa dulu dee kan poyo bercita-cita tinggi...

jangan dikesali apa yang terjadik sahabat!
[ pergh...ayat ku bertambah baek ]
kita redha dengan apa yang kita ada skang~~~
ko ada dee ~~ dee ada ko~~
dee belajo selama nie pun bukan bagus sangat~~~
atas tiket lulus pekse jerk!

Tuesday, June 1, 2010

[ ku bukan transformers ]


[ mood ~ sangat bengang ]

tetiba timbul rasa bengang dengan sorang hamba Allah nie ~~
handphone dah baek ~ bley online gitu jer!
itu pun tak bley nak pakai ke?
bila kita tak layan sms atau call kata kita lupa pulak!
haissshh~~~
bikin panas kan statement gitu...
kepada orang di sana ~~~
sila laa menjaga ati dan perasaan orang di sini...
orang di sini bukan robot transformer ~
dan bukan bola sepak yang akan ditendang di sukan piala dunia nanti~~~

Sunday, May 30, 2010

[ ada aku kesah ]

semalam ~~~
dalam 6.30 petang dikala ujan mencurah-curah kat luar ~
dee terima satu panggilan tepon... hahaha...
sape lagik yang nak call kalo bukan my skandal...
beliau berbicara tentang planning nak balik~~~

erm~~~
bukan dee tak setuju beliau nak balik tapi date yang beliau choose ni tak
sesuai laa... 18 Jun sampai 21 Jun ~~~
[ ada gak bini tak suka laki balik kan ]
sukati korang laa nak kata dee apa ~~~
cuma dee berpikiran agak jauh...
29 Jun nanti dee akan fly ke Sarawak selama 1 week ngan kuarga...
pas tu my skandal akan ikut dee balik Semenanjung ~~
rasa macam tak de feel sangat laa kalo jumpa selalu...
dee bukan macam orang lain yang 'kepingin' terover-over...
[ hahaha...maap pada yang terasa ~ korang kena muhasabah diri ]

[ tak nampak ke dee ngan my skandal bahagia ]
certain-certain orang ~~~
rindu laaa ~~
memang laa dee rindu bodoh laa kalo dee tak rindu begitu jugak beliau
tapi bukan laa untuk menunjuk-nunjuk tahap rindu gaban tu sehingga
orang-orang yang tak tau jadik tau...betul tak?
ada gak sahabat-sahabat kami yang membuat tuduhan liar ~
meng'andai'kan my skandal ada kekasih gelap kat sana...
[ hohoho...suka ati korang laa nyah! terpulanglaa...itu je yang mampu dee ucapkan ]
dan tak kurang jugak spekulasi liar timbul pada diri dee gak ~~~
"ko macam tak kesah jer laki ko ada ke tak?oo...der..ehem..laen eh?"
apa kejadahnya laaa diorang nie!
pelik tak?
Ya Allah ~~~ sungguh liar tuduhan korang tuu pada dee dan my skandal...
dee rasa dee dan my skandal masih waras dan berpikiran baek buat
masa nie... lagi pun dee percaya pada my skandal ~~
beliau pun skang di temani rakan sejawat a.k.a cintahaticikaza ~~ incik hafriz...

okeh laaa ~~~
malas nak mengomel lebey - lebey di ari minggu nie~~~
yang pastinya lagi 30 hari dee mencari cinta ke Sarawak ~~~
walaweh ~~~ sangat teruja menunggu tarikh itu ~~~yeeehaaaaw!

~~sori kengkawan...luahan ati nie sebab kecewa ngan sikap manusia!dee nak kawan ngan kuceng jerk!

Tuesday, May 25, 2010

[ persepsi luar biasa terhadap dee ]


[ jari jemari dee yang halus...ececeh! ngan jari kecik baby tyra ]
erm~~~
akibat perbuatan meng'inai' kan kuku dengan inai rambut itam my
mak punya... maka, dee telah di klasifikasikan sebagai perempuan liar...
liar ke "liar" [ in english ] can u believe it!
ho!ho! satu kenyataan yang bley membunuh persepsi positif tentang dee!
ayat tak puas ati dee ~~~
ello...kengkawan, dee nie nampak jer sorang yang ceria ~ ala-ala diva
[ sangat tidak percaya kenyataan itu dikeluarkan oleh dee ]
tapi ~~~ bila tanggapan cam gitu korang lemparkan erm..
feeling cam nak runtuh laa langit nie...
suka ati korang laa wei!
persepsi luar biasa tuu sikit sebanyak memberi tekanan pada diri dee...
sangat sedey!

Saturday, May 22, 2010

[ teruja ke ]


bermula 25 Mei nie ~~
dee akan berhijrah le sebuah unit yang lebey besar...
wah...
sangat-sangat teruja untuk berkhidmat dengan lebey cemerlang lagi...
[ kata-kata yang sekadar menyedapkan ati ]


Thursday, May 20, 2010

[ baik lawannya bodoh ]

Ramai yang cakap,
orang baik itu hampir tak ada bezanya dengan orang bodoh.
Entahlah sampai sekarang dee masih belum berani
untuk menilai apakah statement itu benar atau salah...
bagi dee semua tu sangatlah relatif,
bergantung dari situasi, kondisi, tempat, waktu dan macam-macam lagi...
Nak jadi orang baik ni bukan senang,
tapi jadi orang bodoh jauh lebih mudah dan sering kita lakukan...
Kadang-kadang dee terpikir kenapa orang beranggapan
kalau orang baik tu cenderung kepada bodoh?
[korang paham ke tak ayat nie]
Huhuhu...
Mungkin disebabkan kebaikan seseorang,
seringkali ia jadi dimanfaatkan,
dan disebabkan itu orang menilainya bodoh? Adoyai...

Dee sendiri bukan seorang malaikat yang baik hati...
tapi dalam hidup ni dee berusaha untuk menjadi orang baik...
Dee sedar dan mengalaminya sendiri,
kadangkala kebaikan dee seringkali dimanfaatkan oleh orang lain
malah darah daging sendiri jugak!
Cukuplah dee sendiri yang tahu akan hal tuu dan memang sudah
menjadi pilihan dee untuk tetap melakukannya,
tapi dee bukannya bodoh cuma mungkin sebab dee ingin berbuat baik jer...
Sebab bagi dee, berbuat baik bukan sebab dee nak dapatkan pujian,
bukan kerana tuu...

Problem jadi orang baik ni,
dee rasa semua agama mengajarkannya.

Dalam kehidupan di dunia ni,
kadangkala menuntut manusia untuk bersikap egois,
yang seringkali pun sebenarnya hal ini hanyalah dalih semata-mata.
Bagi manusia yang masih nak mempergunakan ‘dee’,
cenderung untuk mendahulukan kepentingan ‘dee’ sehingga
tak de rasa belas kasihan terhadap diri dee~~~
[sedang emo tahap gaban]

Bak kata pepatah,
"dalamnya laut bisa diduga, tapi hati orang siapa yang tahu?"
Kita tak pernah tau maksud dan pemikiran orang lain,
begitu banyak orang munafik di dunia ini.
Banyak yang nampak baik di luar tapi tidak sedemikian sesungguhnya,
sementara yang lainnya tampak begitu bodoh tapi sesungguhnya
mereka hanya berusaha menjadi orang baik.
Ermm...
Semua orang ada tujuan dalam hidup yang ditempuh dengan
cara masing-masing. Cara-cara yang kadangkala mungkin ‘membodohi’
orang lain, cara-cara yang kadangkala merugikan dan menyakiti orang lain..
Apapun itu,
biarlah setiap orang bertanggung jawab atas apa yang diorang berbuat…

~~~ so, korang pikir orang baik itu bodoh ke?
atau korang sebenarnya tak akan pernah tau sehingga korang
mengalaminya. sekian!