Saturday, November 28, 2009

STORY VERSI RAYA AJI!


tetiba nak post entry kisah di aidiladha...
tahun ni dee beraya sakan mmg macam raya puasa...
bukan per, raya aji nie dee sambut kat sini jerk,
raya poser dee sambut kat umah ibu mertuaku kat melaka...

tahun nie gak, dee menjalani ibadah korban...
(erk, macam skema jer bunyinyer...)
ibadah korban tuh dijalankan di Desa Makmur, Sg Salak, Batu 10, Gombak...

erm...dee salah sorang yang turut serta mengambil bahagian dalam ibadah tuh...

pepagi lagi, dee ngan my skandal berduet menuju ke Desa Makmur tuh...
erm,kalu tak nak bawak sumer anak-anak kesayangan dee ngan my skandal tuh,
maklumlaaa diorang kan jarang tengok majlis cam nie,
tapi dah mereka tuh tido ngan khusyuknya pagi itu akibat keletihan semalaman...
omak den pun suwoh je laa tinggalkan cucu bertigo tuh...
nak tau? nengok jer laaa kronologi pixa dee ngan my skandal sepanjang majlis korban tuh....hehehe






tOo lembu setelah selesai...


pengagihan daging korban...tuh my skandal...hehehe
(macam orang kuat je...huhuhu)


nie masa nengok bebudak cuci perut lembu ngan usus kat sg salak nie...
erm...best, sejuk airnyer...


makanan dee ngan my skandal pada tengahari itOo...

sesi pengagihan daging korban di umah dee...hehehe
penasihat ~ omak den


erm...
tuu laa sikit sebanyak yang dee nak story dalam entry versi raya aji nie...
suatu pengalaman yang tak bley dee ngan my skandal lupakan sampai bila-bila..



Photobucket

Monday, November 23, 2009

TERUJA!

Lepas November, Disember bakal menjelma.
Banyak benda yang wat dee teruja dengan bulan Disember nie...

Berhoye-hoye bersama suami a.k.a my skandal
Jangan kata kami pergi honeymoon, macam gedik jer bunyik nyer..
Katakan saja, kami pergi bercuti.
Kat mana...erm, jauh wook!

Malaysia dah banyak kenangan weeii..
Malaysialah tempat mulanya hidup seorang dee ini.
Dee ngan my skandal akan fly ke China...
InsyaAllah
China lah menyaksikan mulanya kenakalan dee.
China lah menyaksikan kehantuan dee.
Harapan dee ngan my skandal semoga percutian nie akan sukses...
pegi selamat balik pun selamat...

dah lama tak berdua.
kekadang betul tajuk lagu tuh,
BERDUA LEBIH BAIK!
(berkata sambil membuat muka nakal dee)

idup suami isteri nie bukan mudah.
(pesan along dee masa hari pernikahan dee dulu)
ada yang suka dan ada yang duka,
Duka bererti,
Menangis bagai mahu dihukum mati.
Syaitan pula bergilir-gilir membisik.
Dari atas-bawah, kiri-kanan hati.
Mahu dicampak dalam neraka atau bersemayam di syurga?
Mahu derhaka atau solehah?
Mahu sementara atau abadi?
Menangislah lagi..
Membawa tangisan hingga tertidur keletihan..
Tidur yang dari malam hingga pagi dicela malaikat.
Bila seorang di Timur, seorang di Barat.
Bangun tersedar jauh sudah dee sesat.
(ayat poyo tuh..)

Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula kami nie..
Bukan mudah sayang..
Bukan seperti zaman bercinta,
Masuk gedung sana, keluar gedung sini.
Konsert, pesta silih berganti.
Huhahuha sana sini.
Bukan semudah itu..

Kalu korang dah bercinta 10 tahun sebelum bernikah pun,
jangan kelentong laa yang korang dah tau semua pasal dia.
Selepas sah ikatan, baru korang nampak warna sebenarnya.
Korang akan tahu bila sekatil dan sepinggan.
Bukan nak takutkan, tapi percayalah itu hakikat..
Jika ada orang kata penuh bangga,
Kami sentiasa bahagia tak pernah bergaduh sejak kahwin.
Itu memang bohong dan dusta belaka..

hehehe....cam lari dari topik jer...
arrrgggh...
apa-apa je laaa...
dah mood n idea mencurah-curah cam ujan kat luar umah dee nie...

**maap ek, lum de gambo sbb lum g lagi laa china tuh...hehehe



Photobucket

Sunday, November 22, 2009

PERTEMUAN SEIRING PERPISAHAN

setahun yang lalu,
tanggal 7 Zulhijjah
menjelang raya haji nie merupakan hari yang penuh kegembiraan tapi dikongsikan bersama kesedihan.. bersama tangis sendu yang tak henti seharian..
takkan terhenti bila teringatkan..
tarikh ini jugak,
merupakan tarikh pemergian insan yang telah banyak menggembirakan cucunya..
tarikh pemergian atok yang selalu bermain bersama2 kami..
atuk yang dee kagumi..
walaupun sakit tapi tetap gagah dan sehat di tuanya..
ceria dan selalu mengambil berat terhadap cucu2nya..
dee ingat lagi waktu atok sudah mula jatuh sakit..
dee bergurau dengannya bagaikan tak ada apa yang berlaku..
atok tak banyak bercakap tapi tetap buat cucunya ketawa..
masa tu air mata bagai nak mengalir..
terlalu banyak kenangan bersama..
yang takkan pernah terlupa..
takkan pernah..

dan pada 7 Zulhijjah tahun nie..

setahun genap atok telah pergi..
setahun genap kami merindui..

ya Allah..

moga Kau sentiasa merahmati atok
tak lupa juga pada arwah nenek yang telah pergi menghadap Ilahi pada 5 Jun 2006..
moga mereka di sana sentiasa di bawah lembayung redhaMu..

ya Allah..
tempatkan mereka di taman syurgaMU..
temukan kami sekeluarga bersama ikatan iman yang kau bajai dalam hati2 kami..
ameen..

kenangan pemergian atok : bila pertemuan seiring perpisahan...



Photobucket

Saturday, November 21, 2009

KARTUN DER MESEJ TERSENDIRI!

dee der terima email pepagi tadi dari sorang member...
memula dee rasa nie kartun biasa jerk...
Kelakar gak layan kartun ni.
Tapi bila difikir balik sebenarnya kartun nie der mesej tersendiri...
Mesej yang sesuai untuk kaum wanita termasuk laa diri dee sendiri...
Bukan per sekadar mengingati sesama kita...
Marilah sama-sama beringat...

Kadangkala kita fikir kita dah cukup kenal pasangan kita...erm, mungkin tidak!
Kadangkala kita ingat pasangan kita dah cukup baik untuk kita...erm, ye ke?
Kadangkala kita ingat pasangan kita ikhlas jiwa raga dengan kita...
Tapi sebenarnya lelaki dalam dunia nie penuh dengan kerahsiaan...

wat-wat tidur tanpa prejudis...si isteri baca buku lak..
dah tuu...wat-wat berdengkur laaa...huhuhu
si isteri mulai bengang...

si isteri tak tahan dengkuran tuh, lari tido kat luar...
si laki berhoorey lak dengan b#$%^@ !#&* huh, sungguh !^&* sekalik...
**sila abaikan perkataan tak sihat diatas...huhuhu
moral of da story~ skandal, sila amati betul-betul ayat dee di atas tuh...waaachhaaaaa!



Photobucket

ADOYAI, MEE REBUS ZZ...

Adoyai rasa windu nak makan mee rebus tulang Jalan Petri dekat dengan Johor Specialist Hospital..huhuhu



Photobucket


Thursday, November 19, 2009

Komen berani mati...


I'm not a good blogger.
dee berblog bile ada idea + mood aje.

Baru-baru ini ym dengan somebody
[ which one? sorry i can't tell :P. sensitive issued raised ].
she do suggest me to write about something serious.
i promised her to blog about it but sampai sekarang harammmmmmm takde.
amponnnnnn beb.
i think i need more time + sources to write about it.

yeah, senang nak keluarkan pendapat peribadi,
tapi pendapat pun perlu disupport ngan fakta yang tepat kan?




Photobucket

Wednesday, November 18, 2009

~MENJAWAB TAG DENGAN JUJUR TANPA KOMPROMI~

Mari menjawab soalan sejujur mungkin...

1. Kekasih hati saya merupakan :
-> Seorang lelaki.

2. Saya sedang mendengar :
-> dendangan Cari Jodoh -
Wali Band

3. Mungkin saya patut:
-> Menonton wayang.

4. Saya suka :
-> Muzik.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
-> Adalah insan-insan yang teratas di hati saya.

6.Saya tak paham :
-> Perangai manusia yang pelbagai.

7.Saya kehilangan :
-> Kekasih hati saya iaitu moy (rabbit).Kesian kan saya?

8.Ramai yang berkata :
-> Ya Allah sihat nya sekarang! Kenyataan tuh bley membunoh saya.Huh!

9.Makna nama saya :
-> ?? masih mencari...

10.Cinta itu adalah :
-> Fitrah!hikhikhik

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
-> bermain gitar iaitu adik saya.

12.Saya akan cuba :
-> Duduk diam dalam bilik sambil mendengar lagu yang saya suka n menonton citer

kartun kesukaan my kids.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
-> Kekal Abadi.ye ke?

14.Telefon bimbit saya :
-> Nokia yang dibeli oleh skandal saya.hahaha

15.Bila saya terjaga dari tidur :
-> Saya capai handphone dan tengok pukul berapa?

16.Saya paling meluat apabila :
-> Gadis tergedik-gedik depan mata saya.

17.Pesta/Parti adalah :
-> Tempat yang ada ramai gadis cantik,lelaki kacak dan juga insan-insan yang sunyi


tanpa jodoh. betol ke?

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
-> tikus. hehehe

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
-> 1 hari. Lahirnya sorang heroin.

20.Hari ini :
-> Kepala saya sakit kerana memikirkan seseorang.

21.Malam ini saya akan :
-> Duduk diam dan berfikir semampu mungkin.

22.Esok pula saya akan :
-> Bangun dan bekerja seperti biasa.

23.Saya betul-betul inginkan :
-> Bersantai di Pantai Acapulco di Mexico.
"skandal, pas balik dari china u book tiket eh?" kihkihkih


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
-> Bersyukur kerana masih hidup tapi, nape der jerawat baru neh...hukhukhuk

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
-> Pusat membeli-belah. i like it.

26.Makanan Barat atau Jepun :
-> Barat. sushi tak tertelan.. huhuhu sowi saya agak kampungan...

27.Bilik yang terang atau gelap:
-> Terang ~ dapat hindari dari maksiat...hehehe

28.Makanan segera adalah :
-> Senang dibeli dan dimakan tanpa perlu memasaknya.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
-> OK Bos!

30.Siapa yang anda nak Tag?
-> nis kot...


erm, donat bley...

tak pun angah...

oo, ataupun my skandal jugak...
mungkin sal..


cik dola?uda?bang long?along? ataupun satu parlimen selayang dan umno bahagian

subang jugak pas bahagian pandan...

~~hehehe...sesapa je laa yang ghajin silalaaa menjawab dengan ikhlas dan tanpa
kompromi...





Photobucket


RAJUK SORANG SAHABAT!


we had a long conversation this morning.
flow yang smooth.
mood yang indah.
buat dee rasa bertambah selesa dengan keadaan semasa tapi...
tuu tadi sewaktu jam menunjukkan lebey kurang kol sepuloh pagi,
now dee rasa tak tenang.
tak tenang melayan feel yang memang buat aku rasa terganggu.

self motivation diberikan kepada dee secara tak langsung.
mungkin untuk mengajar dee menjadi yang lebih baik dan berkualiti.
perbualan di alam cyber pagi tadi agak santai.
sesi kongsi cerita dan feelings..
ngadu domba..
dan satu perkara yang agak tragis terjadi.

mungkin tu rajuk sorang sahabat...
tapi kalau hanya kerana perkara yang kecik menjadi besar
dan buat dia marah dan meminggirkan dee..
terpaksalah dee redha.

cuma dee nak dia tau satu benda.
dee sayang dia..
Tak apa lah..mungkin dosa dee besar.
Yang dia tak boleh nak maafkan..
Cuma dee nak dia tau..

Dia tetap sahabat terbaik dee dunia dan akhirat.

Dee doakan agar dia bahagia dan gembira.
Even dee dipinggirkan dari hidup dia.

"maaf sahabat, bukan bermaksud mengaibkan sesiapa"







Photobucket

Sunday, November 15, 2009

perCUTIan yanG sinGkaT

Friday.
Last weekend was full.
But still having fun must say! huhuhu
petang yang agak singkat tuh telah membuat my skandal merempit membawa kami menuju ke port dickson..


maklumlaa dah sekian lama kami tak bercanda di mana-mana tempat peranginan kat mesia nie...huhuhu
< actually, preparation rapi dah kami wat ari kamis malam jumaat tuh... >
yang paling best bila my mum teruja nak g...
hahaha...yang paling sonok my kids laaa...dorang kan manja nenek..
< dee ngan my skandal pun sonok gak...kihkihkih! sebab sumer nak kat nenek... sowi mak!huhuhu>
kalu mak ikut jadual pemakanan dari anak ~menantu ~cucu agak terjaga sikit...
drop by beli goreng pisang ngan cucur udang laaa... dan macam-macam laa lagik makanan yang mak bawak... mekaseh mak!

goreng pisang pun jadik!



nie sementara tunggu mak beli goreng pisang

sesampai jerk, check in laa kat bilik yang mcam kat citer tower 13 tuh...
der laaa sikit2...

Mengikut perancangan, nak 'bercanda' dulu tapi biasalaaa seperti biasa...janji melayu. huh, memang tak bley pakai 100%... lepak punya lepak laa kami sambil pekena menu2 yang di beli tadi oleh mak...
hoyyeeee...
kol 5 petang bermula laaa my kids n my skandal g bercanda kat pantai buatan manusia kat tiara tuh...
dee tak dapat join atas sebab - sebab yang tidak dapat di elakkan...uhuk!uhuk!
okeh...tuh jerk citer petang jumaat yang indah tuuu...

malam lak...
went to pekan PD...
dapatkan besday kek untuk my son's ~
FITRI DANIEL

Dek kerana emosi dEe terganggu, maka dEe upload jer laa pixa, Serious.
May be sebab broadband yang lembap n idea yang kian menampakkan kesuraman kot...
huhuhu

ikan tu masak empat rasa... tapi der rasa minyak tanah...mungkin tuh ramuan baru kot...
lilin lima batang sedang dinyalakan

totoi merenung kek tuh...

yeaaaa.....
saturday.
Early morning dah bangun...
nengok my kids mandi manda kat pool tuh...
tup...tup...ujan lebat....
my skandal merancang tuk check out...
mungkin bosan sbb tak pat mandi lagik kot...

Habis sudah cerita hal weekend dEe. Penat. Gembira. Sakit hati. Sedih. And macam-macam ada. This week benda lain pulak nak kene settle. Adoyai...

Photobucket

Thursday, November 12, 2009

SAYANGI ISTERI ANDA~~


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~
Mat berdoa,
’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh.
Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe.. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,
’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab kamu telah mengandung. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’ Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? ….Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak mo… takmo… takmmmoooooooo!!! ~~~~~

‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’
Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,
’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? ‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi rabu ni…..’.
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkezut, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya………

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.




Photobucket