Showing posts with label MEMORI TAK DAPAT DILUPAKAN. Show all posts
Showing posts with label MEMORI TAK DAPAT DILUPAKAN. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Semalam yang hangat

Salam khamis...

Semalam public holiday tanpa si dia.. Biasalah, bila tanpa sidia mula laaa seperti sangat ringan tangan untuk mengemas rumah, memasak dan berlari berkejaran dengan my kids..

Ouwh, sangat keterlaluan eh statement saya?.. Baik..
Mari lupakan hal tuu..

Hurm..
Aku nak cerita tentang apa yang aku alami semalam sekitar jam 4:40 petang. Sedikit rasa gementar dan pikiran menerawang jauh akan keselamatan my kids. Walopun ianya sesuatu diluar jangkaan tapi kuasa Allah kita tak dapat menyangkal kan?

Okeh..
Gegaran yang sangat halus dirasakan lebih kurang 4 ke 5 minit semasa aku sedang menggosok baju kerja..

Masa tuu..
My boy, totoy sedang asyik menonton kartun tetiba nak ke toilet dan berdiri tegak.
Sambil berkata "mama, nape adik rasa macam adik pening goyang-goyang?"

Aku rasa sedikit panik. Tapi tak cakap apa pun tapi aku dapat rasakan yang itu adalah gegaran gempa.. Aku jawab "tak de apa-apalah.. Gi toilet cepat.."

Hati rasa tak sedap.
Aku terus call my skandal.

"awak, dee rasa ada gempa lah tadi"

My skandal jawab, "eh, tak rasa apa pun kat sini..iye ke? Agaknya ayang pening kot?"

Erk.. Terkedu kot perasaan masa tu.. Adoyai, my skandal ingat aku memain? Bley gitu?

Ending perbualan kami, "hurm.. Tengok berita malam ni je betul ke tak?"

Maksudnya disini, aku sangat nakal sehinggakan aku tak dipercayai.. Ermm.. Apa pon tak bley!




Apa pun ceritanya, rasa yang sangat cuak masa tu..

Ya Allah, kita hanya merasai tempias sahaja. Bagaimanalah perasaan saudara2 kita yang pernah melalui detik cemas tuu kan? Bersyukurlah kita yang hidup di bumi Malaysia ni..


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, January 30, 2012

The memories -- Trip to KK

Ouwh... hi diari hati..

Salam Senin... Tetiba mood nak bercerita tentang Sabah meluap pulok.. mungkin sebab hari ni genap 2 minggu dah kenangan di Kota Kinabalu berlalu... cheewah.. 


Day 1 -- aktiviti kami bebas setibanya di KK.. mengikut pengusaha-pengusaha Pasar Tani makan-makan dan nyanyi-nyanyi.. hehehe! **peace yowh!


---------------------------------------------------------------

Day 2 -- Melawat ke Pasar Tani Asia City di bandar KK memang sesuatu perkara yang wajib memandangkan motif utama adalah Pasar Tani bukan cuti-cuti cinta okeh! Pasar Tani di Sabah memang berbeza berbanding Pasar Tani di semenanjung.. tak berapa ketat sangat peraturannya.. tapi kita datang melawat bukan nak komen lelebih.. itu keje pihak Naziran okeh.. 

Pas ke Pasar Tani Asia City, kami di bawa ke Kundasang.. Mak datok.. punyalah jauh dengan jalan yang sangat berliku.. erk.. apa-apa ajelah.. tapi yang pasti kalau dah kaki posing dan pantang jumpa kamera, depan toilet pun jadi bergambar.. hahaha! cakap lebih takmo.. layaaannn je gambo-gambo panasss... lalala!

Bersama anggota rombongan dan PFN Sabah

Aku ngan second boss aku.. amacam? gambo ni depan toilet okeh!
Jangan tak tau.. on da way ke Kundasang tuu memang ada beberapa port tempat basuh tayar lori ke bas ke...tujuan keselamatan dan tak mau tayar cepat 'haus'
Aku ngan boss-boss aku.. hukhukhuk... sopan and no more 'peace yowh'
 sesi bergambar beramai-ramai


-----------------------------------------------------------------


Setibanya di kaki Gunung Kinabalu memasing mula menunjukkan taring untuk berposing.. jangan tak tau, aku jugak tak ketinggalan walopun kamera tak bawak.. hik! 






Perangai yang sangat teruk ialah pantang jumpa port yang boleh digunapakai sebagai lokasi penggambaran.. apa lagik, kami sanggup turun bas tu semata-mata nak berposing dan terus berposing.. 

beautiful, no? :)




Okeh... kegedikan di hari kedua tamat.. maka, episod last day mula menerpa.. Hati mula berbunga-bunga nak balik dan sibuk membeli souvenir untuk famili dan kawan-kawan.. [ harus okeh! ]

--------------------------------------------------------------
Day 3 -- Pepagi dah check out.. walopun flight kol 8.30 malam.. tapi last day ni laa banyak sangat tempat nak dilawati.. sampai ke Papar.. lawatan ke Pasar Tani Tamu Papar, Bengkel Kuih Lidah dan Bengkel Kuih Cincin.. kat situ je kami berada sampai kol 4 lebih.. ouwh..

Sekitar Pasar Tani Tamu Papar 


Sepatah dua kata wakil dari FAMA Wilayah Persekutuan

 Buah nie aku tak tau namanya.. tapi rupa cam cempedak diluar pagar.. erk!
 Lupa nak belajar cara makan buah KEMBAYAU ni.. hehehe
My bro Izam masih menjalankan tanggungjawab sebagai urusetia Pasar Tani walo dimana berada.. baguss.baguss.. hehehe
 Motif gambo nie : kanvas atau saya berdiri tanpa tunduk? hehehe..
sempat lagi posing walopun panas... hohoh..


-----------------------------------------------------------------------------------------

Sekitar di Bengkel Kuih Lidah Papar



walo panas tetap menyengat... 

Sekitar gambo di Bengkel Kuih Cincin Papar. Sekeping jadilah.. posing bagaikan model kuih cincin.. ada talent? 


Sekembali dari Papar, masih awal lagik untuk check in. Maka, driver bawak kami menghirup udara nyaman dan cuci mata kat Tanjung Aru.. Adooh.. cuci mata sungguh aku.. lalala



Maka, lawatan keje ke Kota Kinabalu dari 13 Januari - 15 Januari berlalu dengan suksessnya.. dan aku kira lawatan ni banyak kebaikannya dan ada jugak buroknya.. tapi biorlah aku simpan sendiri.. dan bermula cuti-cuti KK ni aku kenal mereka yang mengambil berat tentang aku jugak.. Tq Sis Huriyati dan Sis Ani kerana menjaga saya ngan penuh kaseh sayang.. hukhukhuk! **Chiowww!






Sunday, January 9, 2011

mini reunion civil ~~

8 Januari macam tarikh yang sangat keramat... reunion yang sangat mini.. pelik tapi nampak macam ramai dan ianya berlangsung di Nilai Kasih [gelaran untuk umah dee] okeh~~ ianya kelihatan ramai sebab memasing antara kami dah berkeluarga kecuali my BFF SIPUT LEMBAP yang cergas maen game boling! hehe... my frendzz yang pertama tiba sape lagik kalo bukan mak long.. erk? mak long tuu ZIEANA, gelaran mak long sebab mulut dia yang paling bising dalam bilik masa study kat PSA dedulo's.. beliau nie jugak merupakan penasihat pada kami.. garang wokss! kalo kami lambat balik bilik mesti mulut dia membising bila kami terpacul tetiba.. hahaha~~ so sweet kenangan tuu!

tapi siapa KAMI dalam kenangan kat PSA?
KAMI -- SIPUT LEMBAP [Angah] ngan Dee! maklum laa jiwa ala-ala keras cam jantan dan kuat memberontak masa tuu.. hahaha.. sangat nakal dan suka mengacau orang walopun warden.. takut-takutkan warden dah selalu, yang best sekali tuu time haus.. dalam geng kami, tangan yang paling kecik.. tangan angah laa.. seluk air kotak.. walopun rata-rata geng request air kotak soya tapi hasil yang selalu kami dapat air tak sedap... air kotak bunga.. haaisshh.. seronoknya zaman tuu... walopun kelas jam 8 pagi, kol 3 pagi ke 4 pagi baru kami dapat lelapkan mata selepas ke hulu ke hilir usik sana sini.. waaahh... tahan mata tuu! sebenarnya geng kami nie besar gak.. tapi rata-rata lost contact dan saje wat-wat lost contact .. hahaha.. yang still link ngan kitorang cuma ZACK je! tapi zack nie baik + sopan.. mulut je cabul siket! curly hair.. hehehe~~ tuu laa kenangan kami! weekend pulak dee selalu gak angkut diorang nie balik umah dee.. maklum laa kat umah takde sesapa.. tak de adik perempuan... kesunyian wok! hehehe...

angah and mak long
my little bee ngan anak mak long
ini anak mak long! baru lima bulan... "halooo.. nama saya Azim!"
sangat laa seronok kan? pas mak long tiba baru laa ketibaan Angah! waahh.. cukup laa team bilik kami..sampai je minah nie, kami belasah makan dulu.. kalo nak tau, time study dulu.. my mak selalu hantar makanan kat kami tambahan bilik kami bawah sekalik.. pas makan je, melingkar jadik ulau sawe kekenyangan.. hehehe.. so sedikit sebanyak kerinduan diorang pada masakan my mak terubat laa setelah sekian lama kecuali angah.. [hahaha..sila abaikan kenyataan tak patut tuu..]
komunikasi antara angah ngan baby azim..
makan dan makan...
tengah makan pun bley cerita sepuloh tahun lepas... ayork!
lum abis cerita.. angah tanya 'sape agak-agak jadik JD ko pas nie?' maklong jawab 'aku kot'.
sayang angah... muahmuah...
nie anak zack.. yang bongsu.. bongsu ke? hehehe..
memang banyak kesah yang dibincangkan.. mak long + zack keje JKR.. angah penganggur terhurmat.. erk.. dia kan kontrakter kelas AA.. hehehe..memang dalam bidang kami dedulos.. cuma dee + angah jer jauh tersasar dari lapangan sebenar.. [ayat dee kelihatan macam tak sesuai tapi, dee bersyukur!] so, cerita bangunan, EOT, projek saket, buat jalan laa.. huh~~ dee tak bley nak nyampuk kang diorang tanya 'kobis sekilo baper skang?'  soklan untuk angah lak 'baper harga besi skang? hehehe' ..erk, aci ke soklan tuu buat dee? haaisssh... tapi tak pe, sonok dengar cerita keje masing-masing.. yang cunnya semua lain unit! ada bangunan, ada jambatan.. hehehe...

all of us
nie baru 4 orang.. kalo satu kelas mau havoc agaknya... hehehe~~ bila nak wat reunion yang mini nie lagik eh? dee on jerk! entry dibuat dengan hati yang berbunga-bunga.. "Nothing is as comfortable as an old friend".. yippaaaa~~~ sekian..

Thursday, November 18, 2010

Kronologi of lembu qurban

ianya menjadi sebuah tajuk entry yang sangat over kan? Kronologi of lembu qurban~~ still remember lagik tak tajuk entry qurban bukan terkorban.. ceritera incik lembu nie pernah kuar dalam blog dee nie.. erm..pandai lembu nie posing kan? actually, dee tak pegi pun tengok lembu nie.. semua pixa ni hasil 'snap'an oleh my skandal dengan pakcu.. dee sedang berperang dengan senduk + gas + ayam yang sedang digoreng.. seharian didapur sesuatu peristiwa yang cukup menggumbirakan! [iye ke? versi 'chaparela']
dari awal sampailaa keje melapah... semangat macam ni yang kita mahukan. tapi sayang rata-rata remaja dan kaum 20-an di KL takmo terlibat dalam keje-keje amal sebegini.. tolong melapah..membantu dalam proses penyembelihan.. okeh, pixa sebanyak tiga puloh lebey gambo tapi ianya diuplod segelintir aje! [erk..segelintir? rasanya nie laa entry yang paling manyak pixa... huhu] layaaan bak kata fafau!






























Alhamdulillah.. selesai sudah sehingga laa sesi pengagihan daging dari rumah ke rumah... Semoga qurban ini diberkati olehNya! InsyaAllah!