Thursday, August 5, 2010

[lepas geram]

bila laa kekalutan idop dee nak berakhir? huh~~ pelik bunyi nya kan bagi seorang insan yang perasan hebat dan bahagia macam dee nie... bukan laa permasalahan antara suami isteri cuma perselisihan faham antara adik beradik... kadang kala pepatah air dicincang tak akan putus tuu macam dah tak relevan ngan keadaan semasa~~~ bukan mau membuka pekung di dada tapi dimana kan dee luah akan rasa ati yang dah nak jadi barah nie? dee tau blog dee antara blog yang diikuti oleh adik beradik~~ sedara mara malah kengkawan pun sama...ouch tak lupa my skandal! dee tak faham dengan 'mereka' tuu... dah berkali dee cakap tentang kepayahan my mak membesarkan 'mereka' tatkala my daddy mula membuat onar~~ bukan sekali dua dah berbuih mulut nie... dee harap dengan apa yang dee taip nie akan difahami oleh 'mereka'~~~

'korang...
akak rasa ni dah tahun yang ke lapan kita beraya tanpa ayah... bagaimana jerih perih mak mula berniaga nasi lemak depan umah masa untuk dapatkan pakaian dan kemewahan yang terbaik untuk korang... jangan persoalkan akak dan abang wan yang masih setia menanggung makan minum serta pakaian korang... korang sedar tak? antara korang ada yang dah bekerja malah melebihi akak pangkatnya tapi dimana sikap dan tanggungjawab anak lelaki terhadap seorang mak? akak bukan nak menyindir atau menyakiti ati korang tapi akak sedih bila korang-korang yang dah bekerja nie mengabaikan mak... akak adalah tempat mak mengadu, akak nie tempat mak meluahkan segalanya... akak pendengar setia mak!

korang pikir laaa...
ada diantara korang yang dah berumahtangga malah dah pun bergelar duda... pernah kah korang bertanya tentang tahap kesihatan mak? kewangan adik-adik yang masih bersekolah? akak rasa akak belum pernah dengar~~~ ada diantara korang dah bekerja walopun sekadar untuk cari duit poket seperti keje main-main... mak masukkan korang belajar dengan duit mak dan sedikit bantuan akak serta abang wan, korang persendakan dan cuma mengikut kata hati akibat berkehendakkan seseorang yang terpelajar? dimana maruah korang? bukan sikit duit yang kami biaya tapi ianya separuh jalan... motor dan kelengkapan cukup kami sediakan tapi semua hampa~~~ korang cuma tau dapat gaji, kuar ngan awek.. 'awek orang suka orang belajar' tuu laa kata-kata korang yang saban kali kami dengar bila korang request yang korang nak sambung study! bukan sekali tau kami berkorban!

korang tau tak?
mak pernah mengeluh tentang kewangan... tapi mak tak pernah cakap dengan korang sebab mak tau korang jenis cepat melenting! tak boleh terima hakikat untuk membantu mak... keisan mak~~~ selagi mak masih ada hargai laa dia... korang bukan membantu mak malah korang pinjam duit mak tak bayar-bayar~~~ pernah mak mintak? mak tak pernah mintak sebab mak kata gaji korang banyak nak pakai untuk itu dan ini... disebabkan sikap mak sebegitu korang ambil mudah dan buat-buat lupa walaupun tinggal serumah? mana letak malu korang sebagai anak jantan mak?sedarlaa korang? korang anak lelaki mak... cuma akak sorang je anak perempuan mak! akak dah berjanji dengan ayah~ arwah atok dan nenek akan jaga mak sampai akhir hayat akak~~ akak akan bawa ke mana akak pegi! cuma akak nak korang tau 'mak lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'... sebagai kakak., dee tak mo cakap banyak~~ korang pun bukan jenis memahami sangat! dee cuma mau menyedarkan korang yang teralpa lebih-lebih lagi yang sering melebih kan insan lain dari mak sendiri~~~~


"SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI MAK"
Photobucket

2 comments:

deatH_luVer said...

susah nak cakap sis..

mereka yang selalu 'didodoi' oleh mak..memang takkan sedar....bukan nak salah kan mak tapi kasih mak terhadap anak mmg susah nak dipertikaikan...cepat menghulurkan if anak2 dalam kesusahan....terlalu memanjekan anak...

biarkan satu hari nnti mereka-mereka itu tersentap..baru la mereka tahu camne nak hargai MAK.....

kita same sis....bingung dengan karenah adik2.....

*miss my bonda....

ntah bila la ada kekuatan cam sis untuk luahkan rase hati yang sebal mengenai adik2...

dee ridzuan said...

cik dL...
akak rela entry sebegini untuk dikongsi bersama dan akak tau bukan akak sorang yang mengalaminya kan? ntah laa~~~

bagaimana laa nak menyedarkan mereka akan pengorbanan mak!