Wednesday, August 18, 2010

[made by dee]

Salam Ramadhan ke ~ lapan ye! erm... sekejap je masa berlalu... sedar atau pun tidak dah berhari-hari dee tak updated blog nie! biasa laaa... bizi laa katakan! bizi bekerja! hikhikhik~~~[ayat bodek boss nak cuti lebey raya nanti... ]
bila puasa nie rata-rata kita cakap bley save bajet laaa apa laa sebab tak makan pagi dan lunch.. tapi bagi dee semua tuu dah tak bley diterima pakai! ye lah lagi dua - tiga jam nak berbuka puasa kepala otak nie dah terpikir nak makan kuih apa masa berbuka nanti... ati kecik + nakal mula berbisik bila berdepan dengan kuih idaman 'weh, kalo beli singgit kang tak cukup pulak...aku jer nak belasah dua bijik..abis tuu yang laen takkan nak tengok jerk...' erm... dee bukan berbicara tentang diri dee semata-mata tapi dee tau korang pun alami masalah yang sama kan? hehehe~~~contohnya dulu semalam sewaktu balik dari opis singgah kedai nak beli telur masin... dee terserempak dengan sis Niza [rakan sejawat] sedang membeli bahan-bahan nak buat onde-onde... erm~~ nampak seronok tatkala sis Niza kata dia nak wat kaler biru + pink~~ erk... ada ke? tak pe laa untuk kepuasan ati kan? maka, semalam jugak sekembali dari opis dee pun wat laa onde-onde tapi versi biasa-bias...tak colourful pun... ada yang ngamuk my mak nanti kalo colourful sangat kang! dengan bahan-bahan yang mencukupi pas jer mandi dee terus mengerjakannya sambil disaksikan oleh my little bee dan my skandal...[hohoho~~ maklumlaa jarang wat kuih.. agak terkedu laa diorang bila nengok dee mengadun...] yyiiiipppaaa~~~
[seronok gak maen lenyek-lenyek tepung nie]
dalam sesi berbalas komen dipesbuk my cikdL request nak resepi walopun beliau asal keturunan Melaka tapi masih lom pro dalam pembuatan onde-onde yang 'kacang' nie... hehehe [ cikdL... gurau jerk] okeh nie resepi onde-onde tuu~~~ manfaat laa hingga berumahtangga nanti...ececeh ayat!

Bahan--bahannya :
* sebiji kelapa muda diparut
* 2 keping gula melaka [dipotong dadu] -- dee selalu belasah potong besau sikit
* 300 g tepung pulut -- agak-agak baper org nak makan pun bley jerk
* secubit garam
* setitik pewarna hijau

Cara--cara :

1. Mula-mula campurkan tepung pulut dengan sedikit air dan secubit garam.
2. Sementara itu masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
3. Kemudian bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan gula melaka ditengah-tengah adunan tersebut.
4. Masukkan dalam air yang telah dididihkan tadi. Tunggu sampai ia terapung di permukaan.
5. Ulangi dengan cara yang nombor 3 tadi sehingga adunan habis.
6. Apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak. kemudian angkat ia dan golek-golekkan dalam kelapa muda yang diparut.
7. Sedia untuk dihidang dan dimakan -- nyum..nyum..
Selamat mencuba yerk cikdL~~~ lalala!
maka~~ semalam puas laa dee dan kuarga makan kuih onde-onde made by dee! hikhikhik~~
Photobucket

1 comment:

deatH_luVer said...

huhu..sonang jo kak ea....bilo-bilo maso leh buat neh.....
somangat2!