Wednesday, September 29, 2010

[kutu itOo haram?]

rupa--rupanya maen kutu tuh haram di sisi undang--undang! adoyai~~~ hangen gak dee dengar dalam Hot FM pagi tadi masa on my way ke opish! hukhuk~~~ dee mungkin senasib ngan sorang pengirim sms pada Hot FM tuh... akan dapat kutu bulan depan! tak caye? erm~~ nie petikan dari Sinar Harian hari Rabu tarikh 24 September 2010~~~

Suami isteri didakwa kutip 'kutu haram

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri disaman di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menganjurkan program wang kutu yang dilarang mengikut Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sabbri Yusof, 49, dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan saman yang dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.
Mereka berdua sebagai pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menganjurkan wang kutu dikenali sebagai ‘Program Ekspres’ di syarikat mereka, No: 3, Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 di sini antara 1 Disember 2008 dan 29 April 2010.
Kesalahan itu di bawah Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 281) dan boleh dihukum bawah Seksyen 3 akta sama yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Steve Chin Yun Cheong.
Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 2 November depan untuk pasangan itu melantik peguam.
Difahamkan World Heritage Resources yang berdaftar dengan SSM sebagai agen komisen am mempunyai kira-kira 30,000 ahli sejak mula beroperasi pada 1 Disember 2008 dan dikatakan memperoleh keuntungan kira-kira RM30 juta hasil program tersebut.

*** nasib badan laaaa!

Photobucket

No comments: