Thursday, October 14, 2010

[bukan salah bb]

entry yang bukan untuk menunjuk-nunjuk kerana ianya henpon mampu milik! erm~~ terkesima membaca berita harian online yang bertittle sangat gojes! sila baca jika korang lum tau berita nie...


SIDANG DEWAN RAKYAT: Kerajaan tidak cadang sekat khidmat Blackberry

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menyekat perkhidmatan Blackberry dan yakin tahap keselamatan pemindahan serta penyimpanan maklumat pengguna telefon bimbit itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Blackberry memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada masyarakat, terutama komuniti perniagaan dalam menjalankan aktiviti harian mereka,” katanya menjawab soalan asal William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) ketika sesi soal jawab di Parlimen semalam.[William Leong pun pakai blackberry ke? hikhik]


Katanya, keputusan itu dibuat selepas meneliti isu penggunaannya dan mengambil kira perbincangan dengan pihak Research In Motion (RIM) yang turut menyatakan kesediaan bekerjasama dengan pihak berkuasa mendapatkan maklumat disalurkan melalui Blackberry bagi tujuan penyiasatan kes melanggar undang-undang negara.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan bertindak sekiranya terdapat aduan mengenai kenyataan yang jelik, lucah dan menyakitkan hati berhubung kandungan internet dan SMS,” katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen yang sama, Rais berkata, Arab Saudi dan India juga sudah menarik balik cadangan menyekat penggunaan Blackberry.


Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Rais berkata, tidak kurang lapan bilion SMS dihantar oleh pengguna di Malaysia setiap bulan yang tentunya menyukarkan pemantauan terhadap SMS.


Katanya, beliau menyokong penubuhan pasukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan pejabat Peguam Negara untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap mereka yang menghantar kandungan yang jelik, lucah dan sebagainya.

“Sebanyak 15 kes dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara dan tujuh daripada kes itu sudah dijatuhkan hukuman,” katanya.

moral of da' story ~~ bley sekat penggunaa blackberry dengan syarat kasi iphone 4 bley tak? actually, dee tak berapa nak ambik port tapi pernah terbaca artikel pasal bb nie di blog Linda... erm~~ pada korang semua... tak kira apa pun jenis henpon yang korang pakai "sila jangan melucah dan membuat onar terhadap penghantaran sms okeh" bukan salah blackberry semata-mata!
Photobucket

No comments: