Thursday, October 21, 2010

[cuti... cuti bersalin?]

erm... seminggu yang lepas PM ada gi tau dalam bajet 2011 yang tempoh cuti bersalin bagi penjawat awam dilanjutkan hingga ke 90 hari! [clap!clap! ur hands] sangat baek kedengaran bunyinya bukan? tup..tup.. dalam berita harian hari nie der laa info yang dee kira sangat sesuai untuk dikongsi bersama! [itu tak bermakna dee mau menambah ahli kuarga okeh] rugi tau beb kalo tak baca dan tak tau~~hikhik! per lagiks layannsss laaa!

'

'SUDAH diberi betis nak paha'. Tuduhan seperti ini memang mudah saja terpacul daripada mulut sesiapa saja apabila membicarakan soal cuti bersalin, bukan saja di kalangan lelaki, malah wanita sendiri.


Rata-rata memandang cuti itu sekadar untuk keseronokan, tanpa menyelami ke dalam hati si ibu dan jihad wanita melahirkan seorang lagi umat di muka bumi ini.
Kenapa ramai yang sinis memberi cadangan supaya berhenti kerja saja atau buka syarikat sendiri kalau mahu beranak ramai dan cuti semahunya. Jawapannya mudah, mungkin kerana yang hamil dan melahirkan itu wanita. Kalau lelaki yang di kedudukan itu, pasti saja mereka meminta serupa dan tidak mustahil, berlebih-lebih permintaannya.

Menjejaskan produktiviti organisasi sering dijadikan senjata perdebatan. Tapi, cuba perhatikan keadaan di tempat kerja anda, siapakah yang lebih produktif dan mampu menyelesaikan tugasan dengan cemerlang?

Selagi banyak pihak memikirkan cuti bersalin dan melahirkan anak, membabitkan kepentingan individu, dan memikirkan ‘kerugian’ syarikat menanggung wanita cuti bersalin, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai. Kenapa tidak pula membandingkan berapa banyak wang negara, mengalir ke negara luar akibat menggajikan pekerja import?

Kita seharusnya akur, setiap seorang bayi yang lahir, ia adalah aset negara yang perlu dipelihara kebajikannya dan ia bermula daripada kebajikan ibu seawal kehamilan mereka.
Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi, berkata seharusnya kerajaan memberikan cuti bersalin 90 hari itu untuk semua wanita tanpa mengehadkan jumlah anaknya supaya wanita berasa senang untuk hamil, tanpa perlu terikat dengan masa ditetapkan.

“Kerajaan berkata bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu bagaimanapun adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Sebelum ini, cuti 60 hari diberikan dan ia membabitkan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan juga, dan bila naik kepada 90 hari, maka secara automatik ia sepatutnya menjadi 450 hari (had sehingga lima orang anak). Pada saya, dengan peruntukan 300 hari yang tidak berubah, kerajaan secara tidak langsung mengehadkan bilangan anak kepada tiga, lambat laun wanita di negara ini tidak berminat lagi untuk bersalin ramai,” katanya.

Hari ini, had lima orang anak mendapat cuti berbayar jugalah menjadi punca bilangan keluarga beranak ramai boleh dibilang dengan jari.

Tegasnya, rasional cuti panjang bagi membolehkan anak mendapat susu ibu sepenuhnya. Corak penyusuan susu ibu di Malaysia menunjukkan cuti bersalin yang tidak mencukupi boleh menafikan hak bayi terhadap susu ibunya dan menjadi antara sebab mengapa pada 2006, hanya satu dalam tujuh bayi di negara ini mendapatkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam kehidupannya.

“Tempoh cuti panjang membolehkan ibu lebih tenang memberikan susu ibu, selain mengumpul stok susu ibu apabila sudah kembali bekerja nanti,” katanya mengulas mengenai Bajet 2011, yang antara lain memberikan kakitangan wanita cuti bersalin 90 hari berbanding 60 hari sekarang.

Analisis data penyusuan susu ibu kebangsaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, jumlah penyusuan secara eksklusif di negara ini tinggi pada dua bulan pertama iaitu mencatat lebih 40 peratus, tetapi menurun berterusan dua atau tiga bulan selepas itu apabila cuti bersalin habis dan ibu perlu pergi bekerja.

Peratusan itu menurun kepada 14.5 peratus iaitu di bawah paras standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Apa yang jelas, corak penyusuan itu turut memperlihatkan peratusan ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama di Malaysia adalah sangat rendah dan ia adalah antara kadar penyusuan paling rendah di Asia Tenggara.

Di Malaysia, secara umum wanita diberikan sehingga lapan minggu atau 60 hari cuti bersalin bergaji iaitu enam minggu kurang daripada 14 minggu yang disarankan oleh Konvensyen Perlindungan Kehamilan Persatuan Buruh 2000.

Pegawai Siasatan Persatuan Pekerja Wanita Malaysia (PERWANIS), Lim Ai Yim, berkata cuti bersalin sebanyak 90 hari sepatutnya diberikan semua wanita tanpa memikirkan wanita itu berkhidmat di sektor awam atau swasta.

“Sepatutnya hal cuti bersalin ini dibentangkan di Parlimen, oleh itu, semua pekerja wanita dapat manfaat kerana ia membabitkan kesihatan wanita secara keseluruhannya. Sepatutnya soal cuti tidak timbulkan kerana ia adalah hak wanita dalam memastikan kesejahteraan bayi yang dilahirkan itu.

“Pengorbanan yang dilakukan ibu bekerja menyentuh hati terutama apabila terpaksa meninggalkan bayi hanya selepas beberapa bulan melahirkannya dan kembali bekerja. Pelaburan untuk masa depan anak mestilah bermula sebelum anak berkenaan dilahirkan.

“Ini bermakna, adalah penting menjaga kesihatan, mendidik wanita dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan memberi keyakinan untuk menerima kehadiran bayi yang dilahirkan serta membesarkan mereka,” katanya yang turut kecewa ada segelintir majikan yang masih tidak prihatin dengan kebajikan pekerja wanita, termasuk tidak menyediakan tempat memerah susu bagi ibu yang beranak kecil.

Hakikatnya cuti bersalin bukan saja isu wanita, tetapi isu pembangunan keluarga, sekali gus ada kaitan dengan jalinan hubungan suami dan isteri serta membina kehidupan institusi keluarga.

Jika untuk melahirkan anak banyak timbul kerenah dan kesukaran pada pihak majikan, sudah pasti negara tidak mempunyai sumber tenaga kerja mencukupi. Hal ini perlu difikirkan bersama, ketika ini bukan saja semakin ramai wanita bujang atau berkahwin pada lewat usia dan tidak mustahil, satu hari nanti kerajaan terpaksa mengadakan kempen menggalakkan wanita hamil pula.

Bagi dee kan antara part yang paling syiok dibaca bila tau cuti bersalin bagi negara--negara laen! lelebey lagiks UK... [patut laa kekadang dee nengok omputeh banyak anaksss..adoyaisss ] kalo dah cuti setengah tahun, per keje pun dah lupa nak wat! huhuhu~~~ korang rasa nak cuti lelama gi laa dok sana dan dapatkan green card! ngehngehngeh![gelak setan!]

INFO: Cuti bersalin pelbagai negara:

•Brazil - 4 bulan bagi ibu, 7 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

•Cameroon - 3 bulan bagi ibu, 10 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

•China - 3 bulan, gaji dibayar 100 peratus.

•Itali - 5 bulan, 80 peratus gaji dibayar selepas bersalin.

•United Kingdom - 7 bulan, 90 peratus gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan.

•Sweden - peruntukan 450 hari cuti berbayar keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat. Kemudahan disediakan untuk penyusuan.

•Perancis - 16 minggu (4 bulan) cuti bersalin pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak yang berikutnya cuti adalah 24 minggu (6 bulan).

•Norway - cuti bersalin 42 minggu pada gaji penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji. Negara itu juga mempertimbangkan pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun mengikut keperluan pekerja.

•Belanda - menyediakan manfaat cuti bersalin 16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak berbayar sehingga enam bulan.

*** dah abis baca ke? ermm~~ per lagiksss yang rasa lom cukup korum tuh elok laa bersalin! hikhik... renung-renungkan dan selamat beramal! yippaaaa~~
Photobucket

No comments: