Tuesday, October 12, 2010

[jangan ambek kesempatan]

membaca amalan mulia dibulan Oktober maka, macam speed boat laa gaya dee mengupdated blog nie bila dapat cerita -- cerita teladan dan patut dikongsi bersama! hehehe~~~ okeh... nie sebuah story mory yang dee baca kat wall my pesbuk prendzz Sutina... dan memang patut share cerita nie!

Hal ini berlaku di KL baru-baru ni.. cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak-agak dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang-sorang dalam keadaan petang-petang begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa-apa terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom kesemuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ni mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


Note : Kadang-kadang manusia nie suka ambek kesempatan atas kebaikan manusia laen! Jangan biar naluri keperihatinan kita yang suci murni nie mendatangkan bahaya pada diri kita sendiri okeh!

Photobucket

No comments: