Monday, October 11, 2010

[kasih sayang macam air?]

Weh korang!
"Kasih sayang umpama air, setiap orang mendahagakannya tetapi anda boleh lemas jika cinta dijalin umpama air di lautan!"

Cinta ni ibarat air. Korang sangat memerlukannya dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup korang terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang, maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara. Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah korang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, korang dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan? air longkang? air sungai? atau air lombong? [paham tak? dee pun sedang cuba nak paham ]

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja. Biarlah korang menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi korang tidak pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.


Photobucket

No comments: