Thursday, December 16, 2010

kesian kan dee?

Cak aaaa... lama giler dee kecundang dalam dunia blogging nie [ouwh ayat bagaikan bertahun.. poyo tuu harusss] maklum laa.. kalo nak ikutkan memang banyakss giler cerita ~ story mory ~ gossip girlie nak hebahkan kat sini tapi masa yang sangat pack nie membuatkan ianya akan di satukan dalam sebuah entry akan datang! dua minggu terakhir hidup dee bagaikan menteri kewangan + setiausaha sulit [yang tak berapa nak sulit] + penasihat diraja + kipas lipas... terlibat dalam dunia politik nie bukan senang beb! [hoho~~ sila jangan nak membenci okeh! boley tak kalo dee katakan yang "saya ahli UMNO dan JKKKP yang telus"
 kali nie program kampung dee agak gojes jugak walopun tahun lepas lagik gojes kuasa 2 tapi kali nie kuasa 2 setengah... program yang direncanakan bagaikan program juara rakyat. tapi kami semua sepakat tak namakan ianya sebagai Program Juara Rakyat tapi kami namakan program 3 in 1 nie sebagai SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KG SELAYANG INDAH 1432H... 

mesti kepelikan korang bertambah bila dee namakan ianya program 3 in 1 kan? macam nescafe pulak! kalo korang nak tau dalam program nie ada 3

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP PERINGKAT DUN TAMAN TEMPLER 
 Tarikh : 18 DISEMBER 2010 ( SABTU )
Tempat       : Padang bola Kg Selayang Indah
Masa          : 8.00 pagi – 6.00 petang


SUKANEKA RAKYAT KG SELAYANG INDAH
TARIKH : 19 DISEMBER  2010 (AHAD)
Tempat       : Padang bola Kg Selayang Indah
Masa          : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

CERAMAH PERDANA OLEH DR MOHD RIDHUAN TEE BIN ABDULLAH
TARIKH : 19 DISEMBER  2010 (AHAD)
Tempat       : Padang bola Kg Selayang Indah
Masa          : 8.00 malam – 11.00 malam

penerangan di atas merangkap menjemput sekali laa korang yang tinggal berdekatan dan dalam Dun Taman Templer... mari bersama - sama memeriahkan program nie! lotih gak laaa dee dan my skandal ke hulu ke hilir sebab my skandal merupakan bendahari dalam JKKKP.. tepon pun tak reti diam seminit... ada jerk problem!huh~~ tapi seronok dan dee + my skandal suka aktiviti bermasyarakat macam nie! boleh jumpa ramai orang... macam tahun lepas siapa ada yang bergaduh pasal hamper? pelik kan? hehehe~~ tapi tuu laa adat dan resamnya penduduk kampung dee.. seriyes dee katakan sepanjang minggu terakhir menjelang program nie makan minum dee + my skandal + others tak menentu... jalan + tido pun tak cukup.. macam rupa katun nie dah kami! huk~
kesian kan dee?

No comments: