Wednesday, September 29, 2010

[kutu itOo haram?]

rupa--rupanya maen kutu tuh haram di sisi undang--undang! adoyai~~~ hangen gak dee dengar dalam Hot FM pagi tadi masa on my way ke opish! hukhuk~~~ dee mungkin senasib ngan sorang pengirim sms pada Hot FM tuh... akan dapat kutu bulan depan! tak caye? erm~~ nie petikan dari Sinar Harian hari Rabu tarikh 24 September 2010~~~

Suami isteri didakwa kutip 'kutu haram

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri disaman di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menganjurkan program wang kutu yang dilarang mengikut Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sabbri Yusof, 49, dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan saman yang dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.
Mereka berdua sebagai pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menganjurkan wang kutu dikenali sebagai ‘Program Ekspres’ di syarikat mereka, No: 3, Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 di sini antara 1 Disember 2008 dan 29 April 2010.
Kesalahan itu di bawah Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 281) dan boleh dihukum bawah Seksyen 3 akta sama yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Steve Chin Yun Cheong.
Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 2 November depan untuk pasangan itu melantik peguam.
Difahamkan World Heritage Resources yang berdaftar dengan SSM sebagai agen komisen am mempunyai kira-kira 30,000 ahli sejak mula beroperasi pada 1 Disember 2008 dan dikatakan memperoleh keuntungan kira-kira RM30 juta hasil program tersebut.

*** nasib badan laaaa!

Photobucket

Tuesday, September 28, 2010

[alahai, anak dara dee]

sessi spot-chek dan kemas mengemas telah dilancarkan beberapa minit yang lepas~~~ saje jerk! kena wat muka violence semasa sesi tersebut berlangsung...hikhik~~ kena kena pantau apa kegiatan anak--anak zaman skang nie! especially gegurl! bila spotcheck dijalankan ke atas beg my eisha... hohoho... ini laa hasilnya! semua ujian Alhamdulillah tidak mengecewakan dee dan my skandal tapi agak tergezut lah bila terjumpa keratan kertas nie~~~

[ eisha tanya kawan beliau Shima 'kenapa tak nak kawan?' ]

[ si Shima tuh balas balik~~~ 'eyelah, aku tak nak kawan engkau sebab engkau main dengan muzfar (ejaan salah : myzafar)' ]

erk~~ apakah ini? skandal dizaman yang sangat tidak sepatutnya? hoho~~ dee kena open minded... tanya eisha apa yang terjadi... hanya kerana seorang boy? nak senyum ke nak gelak atau nak marah? erm~~~ alahai anak daraku nie baru darjah 1...


Photobucket

[Donat+Siput+Saodah Selamat]

lagik cerita ari raye yang memang lum tiba ke penghujungnya~~~ ahad yang hening [tetiba ayat cam tuh ] dee telah menjemput segelintir orang perseorangan untuk hadir ke Parti tupperware jamuan ringan raye! [yang tak sempat + tak jemput tuh jangan laa 'hangen' satu badan... dee nie menumpang majlis my skandal jerk! kang ter'over' lak dari tetamu my skandal..hehehe] maka, mereka yang sensasi telah dijemput cuma my sis cik deathluver ngan cik Siput Lembap jerk! tuu je laa...yang laen sumer tuu kengkawan my skandal!

memula tuh bajet cik donat tiba serentak ngan cik Siput Lembap tapi sayangnya cik Siput bley plak gi nyanyi + dancing--dancing karaoke ngan kengkawan beliau! huhuhu~~~ apakan daya? layan je laaa~~~
[cik donat ngan cik lala osmate nyer]
[antara sajian yang sempoi jerk]
[kepsi? ouch... i can't believe it.. sponsored by my skandal]
[ my BFF~~ ntah apa diciterkan... heboh!]
[sedang sms Cik Saodah Selamat]
Saodah Selamat? sape tuh? makcik jual nasik lemak 50 sen ke? ouch... beliau nie sorang penjawat awam kumpulan B... sangat gojes...kecik + comel sikit dari Dee dan cik Siput Lembap [hikhik... kitorang comel banyak!] kenapa beliau yang cik Siput kontek? kenapa tak Najib Tun Razak ke? sebab cik Saodah nie sibuk sangat nak datang umah dee... maka, kesempatan ari ahad tuu laa digunakan untuk ajak beliau... malangnya beliau tak angkat tepon dan sebok beraya rupanya! adoyai!
pesanan buat Saodah Selamat :
"weh, mass ku dah diibaratkan buat open haaauss dah.. jangan ungkit + usah membangkit... sape suwoh ko tak hangkat tepon ko! hehehe.. laen kali kalo tak mo angkat tepon simpan dalam lemari baju kat umah okeh?"
Photobucket

[RinRin Giveaway]

mendapat jemputan untuk sertai giveaway ala--ala contest nak bagi cenderamata @ saguhati tapi kena laa ada syarat--syarat! erm... rasanya korang pasti anggap tuh perkara biasa tapi tidak bagi dee! sebab giveaway dari cik rinz nie datangnya dari jauh nun di Los Angeles [erk..betul ke rin?] so... ada laa sekelumit rasa happy tambahan lak cik rinz nie classmates masa dee form 4 dedulos!

sangat hebat laa giveaway dari cik rinz~~~ macam--macam ada laa bak kata astro!

Ardell Fashion Lashes in 118
Ardell Fashion Lashes in 111

Ardell Accents Lases in 315

ELISE Lashes (the same manufacturer for MAC and MUFE lashes!)

Sherani Lower Lashes in 192

NYX The Runway Collection in Jazz Night (very pretty colors!)

NYX Mega Shine Lipgloss in Candy Shop

Beauty Treats Lip gloss palette


siap ada BONUS GIFT lagik!
1 MAC Lipstick or a lipgloss pilihan sendiri... gi tau je laa kat cik rinz per colornye!

**sangat gojes lah! kalo berminat gi laa jenguk ke laman blog cik rinz okeh!
Photobucket

[sakan beraya]

maseh mood berhari raya walopun raya dah berbelasan hari! hari sabtu yang hening dan asyik ujan maka dee dan kuarga telah dijemput ke open house di Denai Alam~~~ sebuah kawasan perumahan yang agak high class! ececeh... tuu ayat poyo dan bodek! open house yang sempoi tuh bermula jam 3 petang dan tepat jam 3 ptg gak laaa dee dan kuarga dah terpacul kat situ! sila bangga! heheheh~~~~ umah nie umah opismate my skandal kira pangkat boss laa jugeks!lama gak laa bertandang ke umah tersebut dan hidangan paling gojes sekali... roti jala comel + maruku! hahaha~~~ dah kata hobi dee makan dan terus makan maka, pantang dihadapkan ngan makanan yang shedap maka, makan dan makan laaa tanpa henti! siap bley tanya lagik resepi...haaaishh~~~
[ Denai Alam ]
[maruku nie sangat sedap~~ apakah ramuan? ]
[ nie anak dara dee yang tak de keje ]
[nie yang paling best~~ roti jala comel]
Photobucket

Thursday, September 23, 2010

[setahun jerk?]


[ keratan akhbar utusan online 23/9/2010 ]

hangin jerk satu badan bila baca utusan online nie! apa taknya...setahun jerk hukuman dijatuhkan? adoyai~~~ sangat tidak adil rasanya!

**maap.. tak bley cakap lebey-lebey kang laen pulak kuar perkataan kang!

Photobucket

Wednesday, September 22, 2010

[siput lembap beraya]

semalam dee MC~~ memang tak sehat langsung! malamnya my BFF atau nama glamer pesbuk Siput Lembap a.k.a angah telah datang melawat dee merangkap beraya~~ 2 in 1! "mekaseh ngah! ingat jugak ko kat aku yang dottie n nottie nie!" akibatnya dee terpaksa laa sajikan makanan ekspress atau kami gelarkan malay subway... aiman angah tak kesah...hehehhe! tuu laa sape suwoh mai tatkala dee tak sehat... malam yang sangat seronok dan disamping tu dapat tau gossip lior terbaru kengkawan! biasa laaa kitorang kan 'gossip girl'! sib baek yang laen tak turut serta kalau tak...huhuhu~~~ tak tau laa apa cer!
[malay subway with my benjo burger]
[tengah carik kueh siput? hahaha]
[bersalam-salaman tanda nak mintak wit raye]
[nah...wit raye!]
['rakan sebaya' angah]
[diskusi antara angah ngan my little bee tentang wit raya]
seronok sangat malam tuu.. ditambah pulak my little bee yang agak notti bergurauan ngan angah yang dah macam rakan sebaya beliau...bila dee panggil angah, my little bee pun panggil angah gak! huhuhu~~~
Photobucket

Tuesday, September 21, 2010

[demam raye!]

sekembali dari opis semalam~~~
dee dah mula rasa yang badan nie macam lemau dan suam--suam jerk! sebaik saje my skandal tiba maka beliau pegang tangan dee dan berkata "ayang demam?"
dee pun mula buat muka sadis sambil menjawab " erm...badan rasa tak sedap..kepala penin' tekak pun saket!" my skandal pun berkata " jom abang bawak gi klinik terus eh..."
dengan lemau dan lesu dee menjawab "okeh bebeh!"

setibanya diklinik dengan patient yang tak de langsung umpama line clear laa kat orang... maka dee pun dipanggil masuk bilik rawatan! jeng!jeng!jeng! hahahah~~~ tak de maknanya semua tuh! doktor yang check dee tuu dr Yusri! suhu badan diambil dan ianya dah 38` permulaan demam katanya dan tekak kelihatan luka + merah sikit~~~ yang best tuh, doktor kata biasalaa nie mesti demam raya open house sana sini! [erk..camno doktet tau neh? hehehe] maka, tanpa meminta MC dee telah diberi MC keesokan harinya [ari nie laa maksudnya]... memang lemau rupanya kan kalo keterlaluan marathon open house nie kan? adooyai!
Photobucket

Monday, September 20, 2010

[open hOuse oOh open hOuse]

memang manyak jemputan umah terbuka di sana sini~~~ dapat call dan sms maka bersiap lah dee dan my skandal ke umah tersebut... lupa lak bawak my kids + pakcu ngan my mak also! macam--macam ragam umah terbuka..ye laa! dari tahun ke tahun laen pe'el si tuan umah! contoh yang paling gojes sekali my skandal punya boss [incik engineer]... setibanya kami sekuarga ke umah beliau kami dijamu ngan kepsi... panas dan hot lagik! hoho~~~ sangat gojes laa! cam dalam iklan tv pulak rasanya! heheheh..."mekaseh bosh" [ade pelat sikit]

[nie bukan gambo sebenor~~ dee google tadi..tak sempat snap]

keesokan ari yang best! dee sekuarga terjah lagi ke umah cik nani merupakan sebuah kondo dipinggir Kolumpo... pun der wat makan--makan jugeks! popia yang shedap! adoyai.. bley tak buat ayat "cik nani, bley tapau tak popia nie?" hehehe~~~
seterusnya~~~ ke Subang puleks dipetang yang ujan! sejuk mata pun kuyu jerk pas kenyang makan--makan! nie umah mak long dee! lama laa jugak dok melepak di sini~~ hahaha... kata raya..mesti banyok gossip lior nak story morry... lalala~~~
akhir destinasi dee pada ari tersebut~~
dee menuju ke Kapar, Klang... tak le jauh mana dari Subang! ikut highway jerk! ekekekek! [ayat poyo selepas tersesat hampir setengah jam...] nie puleks umah classmates my skandal masa studi zaman 19 ke doplohan dedulos... umah incik Manja dan Ika! erm~~~ so sweet! seronok tengok anak diorang pun dah dua orang! tahun lepas sorang masa datang open house umah dee~~ skang dah berempat dah mereka! tahun depan mungkin berlima cam dee dan my skandal...lalala~~~ kat sini kami dipaksa makan nasik pada jam menunjukkan ke angka seploh malam? huhuhu~~~ apakan daya demi kawan.. layan jerk!
sebenarnya sessi round me'round' nie, ada beberapa umah yang dee tak sempat nak snap gambo sebab keramahan si tuan umah dan kami~~~ hoho! akibatnya lupa nak snap pic... kebanyakan gambo makanan tak sempat diambil sebab dee nie sangat rajin membantu mereka-mereka hingga ke kitchen! heheheh~~~ [ayat jujur tuh] maseh ada lagik umah terbuka pada minggu --minggu mendatang.. tuungggu je laaa!

Photobucket

[kambin' ooh kambin']

sepanjang raya ~~~ ketupat, kuah kacang, tak pun laksa.. mee sop atau bihun goreng? tuu laa rata-rata menu masakan yang acapkali bila kunjung mengunjung di hari raya! rayakan sebulan? puasa sebulan tak? hehehe~~~ sendiri mau ingat!

raya yang kesembilan jugeks laaa~~~
my skandal kesekian kalinya mula membuat pe'el yang pelik tapi benar dan bukan selalu diamalkannya di hari raya... [erk, betulkah ayat nie?] selepas maghrib menuju ke Tesco Rawang untuk membeli bihun sebagai spare tyre part kekalau der kengkawan yang mao beraya di umah.. maklum laa tahun nie dee tak buat open haouse besar-besaran macam tahun-tahun yang lepas.. baru berurusniaga beli umah tangga daa~~ ten percent dah bayar kat owner umah tuu! ouch, tidak!

cerita maseh diteruskan~~~
my skandal tak semena--mena kepingin laa pulak membuat "kambing bakor" sendiri! bukan sekor tau... dua tiga slice laaa~~ punya laa ghajin my skandal malam tuu... dan memang rezeki my sepupu yang mai dari Johor makan "kambin'" tersebut! [dee memang tak makan kambin'] ohoh~~~ settle masak memasak seawal ashaari lewatnya jam doblas tengah malam! maka, makan laa tetamu dan my skandal serta seisi umah kecuali dee dengan chedapnya~~~ [pandangan mata kasar dee lah]
[memula nak beli yang marinated tapi tak de laa jual]
[sos beli jerk~~~ erm]
[setelah dibakar nampak 'ngetop' tapi dee tak makan]

erm~~~ best jugak nengok proses pembakaran sampai laa sessi makan kambin' tu... sempat lagik my skandal ber'ura-ura' nak bisnes laa pulak! huhuhu~~~layan je laaa!
Photobucket

[raye ke sembilan]

salam raye ke sembilan pada ari sabtu lepas~~~ setelah berasa agak stress sebab asyik makan.. makan dan terus makan tanpa henti akibat open house maka, dee ngan my skandal mengajak my kids dan pakcu untuk turut serta menonton wayang~~~ ececeh... ayat sangat skema! sepanjang raya nie.. di JJ Kepong buat kali keduanya kami sekuarga berjimba sambil menonton wayang~~~ kalo raya ke--5 yang lepas kitorang tengok wayang kat Mahkota Parade Melaka dan kali nie di Kepong puloks! whouch~~~

[tiket 4 Madu nie kol 4.10pm~~~]
dapat tiket movie nie kol 4.10pm tapi dee ngan kuarga sampai kol 2.00petang! hahaha~~~ sangat sengal dan sengaja menempah maut untuk pergi berjimba--jimba kat balloon air tuu! dari jam 2.52 petang sampai 3.52 petang my kids dan pakcu menghabiskan masa maen kat situ! apa kebende dee nak panggil pun tak tau! huhuhu~~~ seronok laa sebab time dee kecik--kecik dulu tak de mende nie!
[ sakan my kids dan pakcu]
Photobucket