Monday, January 24, 2011

cerita PARAnormal dee!

Semalam adalah hari ahad! dalam erti kata laen hari berjimba bersama kuarga... semalam gak membawa my kids + pakcu ke JJ Kepong... ditemani my bff! thanks beb! 

kesian pulak tengok my bff sebab sanggup pegi berjimba dengan alasan nak carik kasut? bley ke alasan tuu digunapakai? kadar kebengangan dee sangat tinggi semalam memandang kan masuk je kat Jusco ada lak HAPPY HOUR sampai 80% sale dikala dee sedang mengalami krisis poket.. hik! adoyai... 

pagi tadi bangun macam biasa seperti sediakala.. lagi seploh minit ke jam 6 pagi.. 
selesai siapkan my kids ~ eisha dan totoi! turun ke bawah untuk breakfirst... [wajib minum pagi dan makan sajian yang dah disediakan.. nanti my mak majuk lak] my mak sedang sakan borak ngan my bro jijie tentang kejadian malam tadi.. tanpa dee sedari, my mak meracau rupanya.. mujur jijie masih lum tido layan laptop + internet! menurut story my mak, rupanya antara lena dan jaga my mak sedang berusaha menarik my little bee yang mau di bawak lari oleh somebody yang bukan MANUSIA? huk... haaissshh! "tuu cuma mimpi je mak" ~ kejadian demi kejadian sebelum peristiwa semalam dirangkumkan menjadi satu dalam entry nie! 

pernah dee sedang keseorangan dalam bilik, tetiba terasa diri disentuh halus oleh somebody? pemikiran melayang sebab terkejut beruk mungkin! tuu kejadian awal mula-mula pindah.. tapi dee ignorekan jer sebab bagi dee jika dipanjangkan nanti my kids takut pulak!

masih dalam minggu awal pindah ke rumah baru~~
my bro jijie dan best friend, Naim mengalami beberapa kejadian yang sangat tak masuk akal! sedang menikmati minum malam, pintu belakang rumah di cakar-cakar... tingkap nako diketuk tanpa ada bayangan apa-apa dari luar sedangkan tingkap belum dipasang curtain! hoh~~ 

my mak agak selalu pulang lewat bila ada mesyuarat wanita bahagian selayang atau bz sebab nak event.. jadi keterlewatan my mak selalunya hingga ke jam 3 pagi... di rumah, my skandal dah siapduplicated kan kunci untuk setiap orang dirumah kecuali my kids... sebelum kunci diberi, kami akan test setiap anak kunci yang baru di duplicated tadi... kejadian yang pelik nie terjadi sekali di pintu grill.. my mak tak berjaya bukak! walhal... ianya cukup senang selepas my mak call dee suruh bukakan grill... okeh!

kejadian kedua, bebaru nie dalam minggu lepas..
my mak balik lewat... tak bley bukak pintu papan pulak! setahu dee ianya tak diselak dari dalam sebab masing-masing sedia maklum yang my mak belum balik! my mak call dee lagi minta dibukakan pintu papan.. dee turun ke bawah dan sah pintu tak diselak! kunci mak dee ambik dan dee test okeh jerk! my mak kata, pintu dah dengar bunyi dibuka, tapi 'tap' ianya bagaikan ditekan berkali-kali... haaisshh!
 kalo ghost tuu shumel macam nie okeh gak! huhuhu...

Rata-rata mereka yang pernah datang ke rumah baru dee, pasti bertanya satu soklan! PASTI! "Dah pagar ke rumah nie?" dan jika dee dengar selalunya dee jawab dengan nada lawak je "dah... tuu pagar kat depan tuu.." kini, dah hampir sebulan dee tinggal di sini... wajar ke pagar rumah macam yang diperkatakan orang... dee dah buat bacaan yassin secara beramai-ramai di rumah... hurmm...macam-macam yang dee harungi dan tempuh tanpa my skandal! kadang kala, TAK ADIL rasanya.. iye laa! haaipp! sorry...

No comments: