Friday, January 21, 2011

konflik dan mencari konklusi

Salam Jumaat...

nak kongsi sebuah kesah duka yang patut dijadikan iktibar buat kengkawan.. samada yang sedang meng'google' atau sebagainya.ini kah dikatakan konflik? bila ada masalah dengan adik beradik... rata-rata problem keluarga yang dee google semua mengisahkan konflik duduk serumah dengan mak mertua laaa.. apa laaa.. tapi konflik dee kali nie adalah konflik antara adik beradik! sangat pelikkan? 

jika dee imbas balik, adik dee... membesar depan mata dee! dari dalam mulut, dee sanggup kuarkan demi dia.. susah payah dee untuk besarkan dia sejak ayah takde.. tapi, banyak yang pahit dia lontarkan pada dee dan my skandal.. dee tak pernah harap dia hadiahkan dee emas, wang ringgit semua.. cuma dee pinta dia hormatilaa dee sebagai kakak... dee sorang je kakak dia! mana ada yang laen! hanya kerana tegur dengan sikap dia yang suka bawak kawan-kawan tak tentu arah lepak dirumah, dia marah yang teramat sangat dengan dee..tak salah berkawan tapi kebanyakan kawan lah yang banyak merosakkan diri. apa yang boleh dee luahkan? tak terkeluar untuk dijadikan ayat.. luluh hati dee..

kesalahan yang seawalnya banyak berpihak kepada dee mungkin! 
perubahan perangai selepas dee dan my skandal benarkan dia part time di catering f**** membuatkan dia inginkan kemewahan yang berganda.. sekolah dia abaikan walhal dia laa yang paling pintar dan cemerlang dalam kuarga dee... selepas dee dan my skandal sedari perubahan sikap dia, maka kami ambil keputusan untuk tak benarkan dia keje lagi... perangai makin menggiler bila awal januari tahun lepas laptop my skandal dicuri [pada masa kami ke Cameron Highlands untuk meraikan anniversary dee + my skandal] - dee dan my skandal tak pernah menuduh tapi dari gerak gerinya nyata dia tak keruan! okeh, full stop.. cerita laptop masih belum tamat, setelah berbulan my mak terperasan laptop my skandal yang hilang dipegang oleh seseorang kawan dia.. my mak bagaikan tersentap!tak menuduh tapi hati kuat mengatakan itu laptop menantunya! sah! tamat cerita laptop! 

dalam bulan mac ~ masalah lagi timbul bila dee kehilangan lebey kurang RM800.. cash yang memang dee simpan dalam celahan baju lipat dalam almari baru yang berkunci.. dee tak pernah cerita kat my skandal.. biar dia tau sendiri melalui blog nie! [maapkan dee!] hari di mana dee, my kids, my mak dan my bro doe's ke Bremmall untuk tempah spek mata my bro doe.. alangkah sedeynya, bila keesokan duit dah tiada bersama sampulnya... tangan dee menggeletar dan suara marah cuba disampaikan ke seisi rumah.. tanpa pengetahuan my skandal yang balik lewat sebab keje luar kalo tak silap dee! patut laa my skandal balik bilik dah terbuka.. tapi dee abaikan bila my skandal tanya, dan dee katakan itu duit mak yang hilang! dalam proses mencari pesalah, dee terus psiko dia dan tanya dengan cara yang baik, jika berbaki pulangkan! begitu jugak my mak! nyata dia memprotes dan memberontak.. memasukkan baju ke dalam beg dan berangan nak kuar rumah.. dee kata, habiskan SPM dulu... dia degil dan mahu berenti sekolah! dee no komen! bila dee tengok pakaian yang mewah dan dee ternampak gambar yang di upload di myspace dengan duit RM50 yang berkeping-keping banyaknya rasa hati dee bila tengok duit tuu dan handphone yang hilang pada masa yang sama... dia bermewahan dengan baju dan seluar yang berjenama... seluar biasa dia buang suruh mak buat lap kaki! okeh tamat bab tuu!

kami mula berdamai bila my skandal nak bawak dee + kuarga ke Kuching, Sarawak. gembira hati bukan kepalang bila dia dah mula bersekolah dan dengar cakap.. tup..tup.. beberapa hari sebelum ke Kuching, dee di kejutkan dengan kehilangan monorex motor my skandal... dee memang tak sedar akan kehilangan dan beranggapan ianya dicuri oleh orang yang tak dikenali... dalam entry ampunkan i,darling sekitar julai tahun lepas, beberapa bulan selepas kejadian monorex tersebut dipakai oleh kawan dia... kunci yang masih dalam simpanan dee, my bro doe buka untuk tunjuk bukti pada my mak dan dee... ouh, dee semakin kecewa! [dee tak pasti samada tuu keje dia atau kawan-kawan dia curi tanpa pengetahuan dia] tapi.. dee tau tuu bukan keje dia, cuma dia masih back up kawan dia! pelik laa...

buat dia,
pikirlaa yang terbaik.. kamu sudah diasuh dan diajar untuk tidak berbuat tak baik. dan bila dewasa, perangai makin tak keruan.. terpulang laa! hati kami cukup kecewa dengan apa yang dah kamu buat dan lontaran kata-kata kamu menerusi sms dah cukup buat kami! terima kasih adik sebab pernah menjadi adik yang membanggakan kami dengan bijak pandai kamu semasa kamu di bangku sekolah dan sekolah agama... terima kasih!

No comments: