Tuesday, March 15, 2011

BOTOL SUSU BPA

Lewat malam tadi mata tak bley lelap...
dee dan my little bee sedang berbaring-baringan dalam kemalasan tetiba bee terkekek-kekek gelak...

dee : nape bee?
bee : mama, kenapa cina ( Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tuu cakap botol susu?
dee : ouwh.. dia suroh bee berenti isap susu... dah tak bley pakai botol kena minum guna cawan...
bee : ouwh.. ecok (esok) bee berenti... 
dee : [gulp... paham ke dia nie?]

pada firasat dee, may be bee gelihati bila nengok botol susu masuk news... amat jarang-jarang dan ianya tidak pernah berlaku pun... adoyai.. sebenarnya info botol susu BPA neh dah lama cuma ianya tak dititikberatkan sangat sehinggalah kerajaan Malaysia memutuskan tentang pengharaman botol susu jenis BPA nie.. tapi tuu pun Mac 2012... Kalau nak tau beberapa negara dah lama mengharankan penggunaan botol susu jenis BPA nie antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU). Puas mencari maklumat tepat dan dee berjalan-jalan di SINI  dan terdapat info yang tepat dan sahih mengenai botol susu BPA ni.. Okeh.. Let's share!




PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

**my little bee dah mintak tukar botol susu baru? erk.. walopun botol susu bee BPA Free.. adoyai!


No comments: