Wednesday, April 27, 2011

Komestik Beracun ~~



Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A.Rahman berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. "Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta.
** Nie bukan cerita kosong okeh... be careful!

Jom makan SATE SIPUT ****

Entry yang di tuju khas buat my BFF -- Gary Lembap..




Article kali ini aku ingin bicara tentang siput babi, nama siput babi ini diberikan oleh orang Melayu, dalam english nya snail. Sekiranya anda masih ingat " Kisah Bersamamu'' menerusi TV3 pernah memaparkan kisah sebuah keluarga miskin yang memakan siput babi bakar. Walaupun Malaysia telah merdeka hampir 54 tahun, tapi kemiskinan tegar masih ada, juga masih ada yang tinggal di hutan (terkecuali orang asli).

Tapi bagi sesetengah negara lain siput babi bukanlah makanan orang miskin. Lihat saja pelbagai menu di bawah ini adalah dari siput babi. Masakan ini sinonim di Indonesia. Dan aku kira mungkin akupun pernah termakan sate siput babi ini, maklum sajalah bila berada di perantauaningatkan seperti sate di Malaysia, sewaktu aku menguyah terasa seperti kenyal dan kuah pun jauh berbeza seperti kari tapi kekuningan, mulalah tekak aku mual, tapi belum sempat menelan. Bila aku teringat terasa kembang tekak...


Menurut rakan Indonesian ada belacan yang dibuat dari siput babi. Bagi penggemar makanan yang berasaskan siput babi mereka merasakan dagingnya memang enak. Kalau di Indonesian ia dikenali sebagai bekisot. Bagi anda yang ke Indonesian sebelum makan sate atau sop pastikan bertanya dahulu.

Khasiat Siput Babi

Antara khasiatnya seperti berikut:

(1) Memanaskan badan kita terutamanya dalam musim sejuk.

(2) Dikatakan ianya juga salah satu ubat untuk tubuh sentiasa sihat.

(3) Meningkatkan tenaga batin.

***Ni bukan cerita dee tau.. just wanna share dengan kawan-kawan blog jumpa dalam email.. Mereka yang pernah ke Indonesia cuba preview balik makanan yang korang pernah makan kat sana? erk... hehehe


Entry yang dah baper lama tak post

holllaaaaaaaaaa... dengan tajuk entry yang sangat mendukacitakan...

lama gilers dee tak updated blog nie.. fuh..fuh.. manyak sawang dia.. hahaha.. sehinggakan my skandal perli dee tadi.. "dah lama abang tak baca blog, bukak-bukak citer astro.. bukak-bukak citer astro..." lebey kureng gitulaa ayat sang kekasih di petang yang jammed sikit tadi... "erk..." tergamam dan gulp laa jugak dee tadi.. 

Sejak akhir nie macam dah malas nak updated blog entah jebon mana merasuk kepala otak dee nie.. adoyai.. tapi lepas je my skandal perli tadi terus teruja dan mood berblogging meluap sambil berkata dalam hati " oh, maseh ada peminat ku?" erk.. hahaha.. ayat dajal yang bley membuat orang muntah.. lalala... okeh laa bermula saat nie, dee nak blogging lelaju cam biasa.. semangat sudah di suntik... hahaha! maka dengan jari yang runcing menaip dengan lebey pantas menggunakan keyboard yang baru dan hensem...

Ouwwwhh.. sudaa laaa..Erk.. entry nie tak bergambar laa.. mesti dah lama tak nengok gambo tonggeng terbalik kan? moh, nengok!

"My Eisha dah mula memakai spek mato.. serius mato eh tak berapo nak torang.." --sila baca guna bahasa minangkabau
My skandal kat MPH Mid Valley membeli bahan bacaan untuk our kidsss...
"Mama, nanti adik nak keje macam mama.." huh~~
Anak lelaki dee yang sangat sweet sebab mempunyai lesung  batu  pipit
Dee berjaya menangkap gambo my little bee sedang mencolek kek? huk aloh... hehehe




Saturday, April 16, 2011

MENGAPA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT

*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro
ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari
satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke
arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU?
Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu
bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah
atau secara tepatnya dari Kaabah.

Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan
anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah ini..


Thursday, April 14, 2011

my skandal GOUT...

dah dua tiga hari my skandal mengadu saket tumit dan kaki sebelah kanan..dengan sikap yang tak ambik endah dan acuh tak acuh dengan tak semena-mena pagi rabu semalam, my skandal memang tak tahan dengan saket yang dialaminya.. niat untuk ke opis ditangguhkan.. kesihatan perlu diutamakan.. maka, dee pun macam biasa laa tukang escort my skandal...

Seawal jam 7:30 pagi dah terpacak kat depan klinik.. sekali tengok klinik bukak jam 8:00 pagi dan dokter tiba jam 8:30 pagi.. hambeekkk! niat hati, jika my skandal cuma lenguh kaki atau saket biasa-biasa, dee akan masuk opis dan jika ianya penyakit serius dee mesti cuti! huhu~~

my skandal adalah pesakit kedua di klinik tuu pada pagi rabu..dokter pun mula check di bahagian tumit dan kaki my skandal..instinct dokter tuu tepat bila dia kata simptom macam GOUT..? untuk kepastian ujian darah diambil.. keputusan diperolehi sebanyak 0.52..fuh, terkesima jugaklaa dee time tuu.. tapi, my skandal ternyata manusia yang sangat tenang dan suka buat lawak..ubat terus diberi untuk tahan sakit.. my skandal pun makan dan fully medical checkup mesti dibuat... Oh my God!Dee ambik EMERGENCY LEAVE for two days.. 

sejak dapat tau penyakit my skandal, GOOGLE laa jadi peneman setia mencari info tentang GOUT.. penyakit yang tidak boleh hilang tetapi ianya boleh dikawal... sedikit sebanyak dee akan share info tentang penyakit nie okeh! sekian~

Monday, April 11, 2011

Jom join MAMACHIA 1st GIVE AWAY

untuk kesekian kalinya pertama kali dalam tahun nie, dee telah dijemput untuk sertai GA dari Iva... memang dee tak kenal sape MAMACHIA sehinggalah hari nie, dee telah di pelawa untuk sertai GA beliau oleh Iva... rasa cam excited lak pepagi senin nie.. hehe! maka, mula laa dee mentelaah blog mamachia -- follow blog beliau -- dan berbagai gambo dee nengok dalam blog beliau nie... hohoh! bagus jugak adakan Give Away nie kan? dengan cara nie, kita dapat ramai kenalan... tau kesah kengkawan blog yang lain.. manyak manfaatnya tau! mau turut serta GA nie? okeh, jom layaannnzzz~






Antara part yang wajib bila sertai contest ke, GA ke mestilah ada syarat-syarat... 

Syarat-syaratnya ialah ~

1. Wajib ada blog. [ ada dah... ]
2. Hanya kepada follower mamachia, yang belum silalah follow (akan saya follow anda juga) [dah follow dah]
3. Buat satu entry dengan tajuk "MAMACHIA 1st GIVE AWAY" ringkas pun tak apa. 
[baca kat atas..]
4. Copy bennar di atas, letak satu dalam entry anda tadi dan satu letak di sidebar anda.
[siap dah]
5. Tag kepada 2 orang sahabat dan pastikan mereka tahu tentang contest ini.
6. Bila selesai, sila tinggalkan Link anda kat ruang komen di entry ini sahaja.(untuk memudahkan penyerahan hadiah) [ siap jugak!...hehehe]





Hadiah MAMACHIA 1st GIVE AWAY 

1. Satu hadiah Utama.

2. Dua hadiah Saguhati.

**hadiah akan diberitahu kelak. untuk pembayangnya ( tidak mudah pecah, banyak guna, cantik dan bergaya, ole-ole dari sabah )




Hadiah suka2 MAMACHIA 1st GIVE AWAY
1. Lima follower bertuah akan saya klik HB selama 5 hari.
**sapa2 yang belum ada HB (heartbeat) bolelah register HB kat atas dan sisi.
**angka tidak tetap dan bergantung kepada penyertaan.
**pemilihan akan dibuat oleh kami sekeluarga.






Wednesday, April 6, 2011

kempen sedarkan diri~


Salam malam khamis ~

susah lak mau tido malam nie... rasanya dah lama dee tak updated tentang life dee kan? sila jangan buat tafsiran yang bukan-bukan okeh.. actually dee agak sibuk sejak akhir-akhir nie sekembalinya my skandal ke sisi [oopsss.. over pulak] cuma sempat semalaman di rumah, dee dan my skandal rushing untuk attend sebuah kursus anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.. Ia merupakan sebuah kursus yang mempunyai intipati yang sangat mendalam tentang KETUANAN MELAYU..

Antara korang sedar atau tidak.. 

soal ketuanan Melayu tenggelam timbul sejak di awal tahun-tahun menuntut kemerdekaan lagi, dan semakin diperkatakan sejak tahun 2000, namun definisinya masih tidak jelas. Setiap kali Melayu memperkatakan tentang ketuanan Melayu, maka ada saja yang membantahnya. Dan dalam memperjuangkan hak ketuanan Melayu ni, pelbagai cabaran mendatang dan melanda, dan semakin mengila kini. ‘Melayu assabiyah; raja tiada dalam ajaran Islam; Melayu adalah kaum pendatang; Melayu rasis; Melayu pengamal bidaah; Islam tulen adalah Islam yang sebenar; Islam Liberal adalah Islam untuk masa kini; Islam agama inklusif; Bumiputeraisme adalah apartheid;’ adalah antara tuduhan liar yang dilemparkan terhadap parti utama Melayu iaitu UMNO. 

Apa yang menyedihkan ialah para pelemparnya bukan saja datang daripada bukan berbangsa Melayu atau parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR, dan kadang-kala daripada ahli komponen BN sendiri, Gerakan ataupun MCA. Bahkan terdapat juga daripada warga korporat Melayu, cendekiawan Melayu, profesional Melayu, ulama Melayu, graduan dan mahasiswa Melayu dan… yang paling mengecewakan ialah daripada ahli dan warga kerabat UMNO sendiri... [memang ramai Melayu yang tak sedar diri..

Actually, kursus yang dee attend nie bukan menjurus kepada politik, tapi ia lebey kepada kesedaran terhadap bangsa melayu.. segala apa sumber dan ilmu jugak pengetahuan [dari tak tau terus jadik tau] biarlah menjadi rahsia diri dee dan kawan-kawan yang seangkatan.. nak tau, per kata korang join our club? ececeh, cam ajak gi kelab dangdut lak.. aci tak? hehehe~

meh melihat candid yang dibuat - buat sepanjang kursus nie.. 

 [ saya sangat mengantuk time ni.. rindu katil.. lalala]
 [ posing memang keje saya tambahan my skandal dok sebelah..]
 [ dengan my room mate.. sempoi bukan?]
** walopun kita muda, warga emas dan veteran jangan dipinggirkan..sayangi mereka!
 [room mate my skandal - pak mat dan abang amir otai]
[ ini Tn Hj Yunus Md Akhir, Pengerusi JKKKP Kg Selayang Indah dan cik Puasa sedang syiok bersembang dengan orang kuat Selayang Pandang]

Jom ramai-ramai pakat gi kursus ni..

Peringatan kepada bangsa Melayu



Dalam hal perpaduan, tak guna jika kita terus berpecah hanya kerana nak tegakkan pendapat masing-masing.  Di sini pentingnya tolak ansur.. Perpecahan dan perbalahan kita hanya akan merugikan melayu. Sedangkan bangsa lain semakin maju berada di hadapan.. Pandangan ini bukanlah berunsurkan perkauman. Kita imbau semula sejarah. Melayu selama ini bukan lemah. Tetapi hanya sebab kita berpecah dan kita terlalu banyak berlembut sehingga ada yang mengambil kesempatan..

Monday, April 4, 2011

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?



APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
Warganegara Malaysia;
Sudah mencapai umur 21 tahun;
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.

DI MANA BOLEH MENDAFTAR ? 
Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 
 ATAU 
Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri 
 ATAU 
Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara; Unit bergerak Suruhanjaya; 
 DAN 
Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.

TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH 
Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.

MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)
1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.
2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:
2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka)
2.2) Nombor K/P lama anda (8 angka)

3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.

4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).

5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.

6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.

BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ? 
 Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut: 
 1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda; 
 2) melalui internet di www.spr.gov.my; Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut: Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada); Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia atau
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia,
Aras 4-5 Blok C7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62690 Putrajaya.
Tel : 03-88856500