Wednesday, April 6, 2011

kempen sedarkan diri~


Salam malam khamis ~

susah lak mau tido malam nie... rasanya dah lama dee tak updated tentang life dee kan? sila jangan buat tafsiran yang bukan-bukan okeh.. actually dee agak sibuk sejak akhir-akhir nie sekembalinya my skandal ke sisi [oopsss.. over pulak] cuma sempat semalaman di rumah, dee dan my skandal rushing untuk attend sebuah kursus anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.. Ia merupakan sebuah kursus yang mempunyai intipati yang sangat mendalam tentang KETUANAN MELAYU..

Antara korang sedar atau tidak.. 

soal ketuanan Melayu tenggelam timbul sejak di awal tahun-tahun menuntut kemerdekaan lagi, dan semakin diperkatakan sejak tahun 2000, namun definisinya masih tidak jelas. Setiap kali Melayu memperkatakan tentang ketuanan Melayu, maka ada saja yang membantahnya. Dan dalam memperjuangkan hak ketuanan Melayu ni, pelbagai cabaran mendatang dan melanda, dan semakin mengila kini. ‘Melayu assabiyah; raja tiada dalam ajaran Islam; Melayu adalah kaum pendatang; Melayu rasis; Melayu pengamal bidaah; Islam tulen adalah Islam yang sebenar; Islam Liberal adalah Islam untuk masa kini; Islam agama inklusif; Bumiputeraisme adalah apartheid;’ adalah antara tuduhan liar yang dilemparkan terhadap parti utama Melayu iaitu UMNO. 

Apa yang menyedihkan ialah para pelemparnya bukan saja datang daripada bukan berbangsa Melayu atau parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR, dan kadang-kala daripada ahli komponen BN sendiri, Gerakan ataupun MCA. Bahkan terdapat juga daripada warga korporat Melayu, cendekiawan Melayu, profesional Melayu, ulama Melayu, graduan dan mahasiswa Melayu dan… yang paling mengecewakan ialah daripada ahli dan warga kerabat UMNO sendiri... [memang ramai Melayu yang tak sedar diri..

Actually, kursus yang dee attend nie bukan menjurus kepada politik, tapi ia lebey kepada kesedaran terhadap bangsa melayu.. segala apa sumber dan ilmu jugak pengetahuan [dari tak tau terus jadik tau] biarlah menjadi rahsia diri dee dan kawan-kawan yang seangkatan.. nak tau, per kata korang join our club? ececeh, cam ajak gi kelab dangdut lak.. aci tak? hehehe~

meh melihat candid yang dibuat - buat sepanjang kursus nie.. 

 [ saya sangat mengantuk time ni.. rindu katil.. lalala]
 [ posing memang keje saya tambahan my skandal dok sebelah..]
 [ dengan my room mate.. sempoi bukan?]
** walopun kita muda, warga emas dan veteran jangan dipinggirkan..sayangi mereka!
 [room mate my skandal - pak mat dan abang amir otai]
[ ini Tn Hj Yunus Md Akhir, Pengerusi JKKKP Kg Selayang Indah dan cik Puasa sedang syiok bersembang dengan orang kuat Selayang Pandang]

Jom ramai-ramai pakat gi kursus ni..

No comments: