Tuesday, May 17, 2011

Selamat hari cikgu!

"selamat hari guru, cikgu!" tuu laa ayat manis setiap kali 16 May datang menjelma... untung mereka yang bergelar pendidik kan? tak pe, tuu rezeki dema... kita dengan cara kita! tuu laa sape suruh tak belajar pepandai, kan dah tak boleh jadi cikgu...

sebut pasal cikgu nie terimbas kenangan sewaktu dee baru lepas SPM..


Dee pernah bergelar guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara Petaling Jaya.. bukan tuu saje, sangat besar tanggungjawab dee ketika tuu.. dee telah diamanahkan untuk menjadi guru kepada sebuah kelas terahir Tahun 5.. Nauzubillah, perangai anak-anak murid dee sangat mencabar dee ketika itu.. apa tidaknya, bising dah memang kerja mereka.. bab-bab gangster murid Tahun 5 dirangkul oleh kelas dee, kelas paling kotor pun kelas dee.. terpikir tak bagaimana nak bentuk anak-anak ni? kadang kala timbul rasa malas nak ke sekolah untuk mengajar dek kerana perangai mereka.. tetapi, makin lama hati mereka harus diselami.. majoriti diantara mereka yang berada dalam kelas ni semua punya masalah keluarga.. Kesian! Kenangan bergelar guru memang tak boleh dibeli dan ianya sangat bernilai.. betapa besarnya pengorbanan sorang guru, selalu berfikir tentang anak-anak muridnya walopun semasa cuti..**hilang kata-kata 
kini, giliran my kids pulak menyambut hari guru!
seperti biasa dee adalah mangsa mereka, "mama, nanti hari guru kakak nak bagi present tau kat cikgu"  nasib baik teknologi semakin canggih... macam-macam idea yang boleh digunapakai.. untung jadi cikgu laa nie kan? hehehe~~~

No comments: