Wednesday, August 22, 2012

Sakit itu menyiksakan

Hari ni dah raya yang keempat untuk tahun ni.. Rasa seronok sikit hari ni...
sebab semalam aku dapat tau my GF dah otw balik KL.. Tetiba teringat tentang kisah my GF yang masih belum sembuh dari sakit. 
Seriusly, bila dalam keadaan sakit atau melawat kawan baik yang sakit ni macam-macam yang terkenang..selain boleh rasa keinsafan dalam keperitan menanggung kesakitan...semakin rasa takut menghadapi hari kematian. 
Ini adalah first time my GF menghadapi operation. Dan aku pulak, walapun dah tiga kali bersalin, dan  pernah kena operate sekali aku masih rasa ngeri bila teringat keadaan tuu... aku  sentiasa ingatkan dia erti kekuatan dan kesabaran. Balik pada cerita operation ni...sebelum operation hati aku dah gundah gulana...para doktor pun serius semacam je apa taknya dari awal cerita my GF tak sihat sampai ke katil spital semua depan mata aku...dah sampai lima enam kali scan...tak puas hati kerana scan yang my GF jalani tak sama dgn pandangan doktor. My GF dan aku jadi takut sendiri.  

11 Ogos 2012 -- Selaku manusia, hidup dan mati sepatutnya kerana Allah s.w.t sebagaimana firmannya dalam surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud "Katakanlah, sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam....."syukur yang teramat pada Mu ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk hambaMu ini bernafas dan melangkah di bumi ini. Kesakitan ini walau amat menyiksakan, namun cukup banyak untuk menginsafkan kami. 

Doktor cakap...my GF akan dibius penuh, pas tu..dan my GF tak tahu apa terjadi sehingga 2 jam kemudian iaitu selepas operation dimana my GF dikejutkan dan aku tau yang dia  alami kesakitan yang amat. aku nangis tengok keadaan dia begitu juga adik my GF yang setia menemani, Pizah..

Seingat aku, sebelum masuk hospital, my GF sering bermonolog sendiri, kenapa dia yang kena macam ni...orang lain boleh hidup riang ria, sihat walafiat...dia? Dia sering menyalahkan diri sendiri dan takdir, tapi bila dah masuk kat sini macam-macam penyakit yang aku dan dia jumpa...Subhanallah.
Satu lagi bila kita sakit ni...kita boleh kenal sebenarnya siapa kawan kita yang sebenar-benarnya..rupanya kawan susah memang payah nak cari.aku tak kata aku ngan kema baik tapi yang pastinya aku sayang kawan aku ni.. semoga tali silaturrahim kami akan kekal sehingga mati. 

Apa jenis masalah kesihatan my GF biarlah rahsia.. hanya aku, dia dan orang-orang tertentu sahaja yang tahu.. 


Dengan semangat yang kuat my GF dibenarkan discaj pada keesokan harinya dan MC selama 14 hari.. [macam cuti kawen daaaa].. hik!

Dear Angah, 
Aku sayang kau tau tak! walopun selalu sound tepek ko! huhuhu...
Bye




No comments: