Tuesday, June 25, 2013

Bajet macam 'retissss'

Hey,

Alhamdulillah..
Hujan turun mencurah membasahi bumi.
So, malam macam sepi je!

Suami tengok bola dengan baby.
Kids bertiga buat hal sendiri dalam bilik.
Mak pulak macam mengantuk je tergolek sana sini.

Lantaklah...
Aku? Mentelaah resepi dalam google keje aku paling mulia aku selalu buat.
Pas tu try and error.
Kalau berjaya upload..
Kalau error, abai dan telan.
Hahahaaaa...#

Sedang sibuk google terjumpa satu status ni yang bajet 'retis' aku rasa.
Sorang dek non nie telah meng'updated' status tentang kehamilannya serta bukti kehamilannya. Agak- agaklah dek non. Setakat status aku tak kesah sangat, tapi kalau dah sampai upload pic preganancy test result tu aku rasa geli laa pulak.

Huhu..
Ada benda patut kita share dan ada benda yang tak patut di sharing di public. 
Setakat updated tentang mengandung tak pe. 
Aku pun pernah buat kot.


Erm...
Pengaruh 'retis' bebudak nih..
Gigih ambik gambo untuk upload masuk pesbuk dan updated status!

Okeh.
Babai



No comments: