Friday, November 1, 2013

Luahan hati Jumaat

Salam sayang...

Setelah sekian lama, aku muncul kembali..
Sekadar melampias rasa duka yang tersekat dikerongkong...

Sebagai  anak sulung kepada pasangan mak bapak yang bercerai bukan mudah.
Tambahan aku dah berkeluarga.
Sesungguhnya jauh disudut hati kecil aku redha dari seawalnya atas apa yang menimpa aku dan adik-adik.

Kini, baik ayah atau mak dah ada pasangan sendiri.
Cuma yang sedihnya apa yang pernah beliau luahkan semasa marahnya kepada seseorang satu ketika dulu kini berbalik kepadanya.
Bak kata orang, dunia berbalas dunia.
Malah, jauh lebih teruk dari sebelumnya.
Anak-anak semakin jauh.
Yang kecil disogok kemewahan.

Harta dunia hanya sementara.
Sebagai seorang yang berusia, renung dalam-dalam apa yang pernah diluahkan kepada anak-anak tentang perihal si seseorang malah berjanji takkan berperangai seperti itu.
Tapi sayang rupanya lagi teruk dan tragis..

Bukan membuka pekung tetapi, inilah kebenaran.

Jumaat penuh barakah..
Katanya ke Pejabat Agama Islam Daerah K**** untuk daftar pernikahan.
Semoga Allah SWT berkati segala apa yang beliau lakukan.
Dan tahniah kerana menjadi isteri kedua dan madu kepada seorang wanita Indonesia.
Andainya ada keberkatannya buktikanlah kepada hambaMu ini.
Jika sebaliknya, aku pasrah...

Sekian.





No comments: