Showing posts with label my siblings. Show all posts
Showing posts with label my siblings. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Radang Rahang Atau Rahang Tersekat

Salam pagi Rabu dan yang pastinya baru jam 2:04 pagi.

Jika jam 11mlm tadi, seluruh famili aku dikejutkan dengan kehadiran 2 orang baru memandangkan my cousin, Kak Lang bersalin 'twin' dan kini lebih kurang jam 1:30pagi mak kejutkan kami dengan keadaan adik aku, Azizi atau Achik..

Achik telah diserang radang rahang kembali. Setelah beberapa ketika sakit tu tidak menyerang Achik tapi ntah mana silapnya ia datang kembali malam ni.. Masih keliru apa yang aku nak cerita.. Melalui hasil 'google' tentang rahang lari ni maka inilah yang aku dapat dari sebuah web.. Sangat memberi info tentang gejala berkaitan rahang lari atau rahang tersekat atau radang rahang.. Let's share!

Ada diantara kita hadapi masalah sendi rahang mulut tetapi berdiam diri dan tidak datang untuk mendapat rawatan atau pandangan dari pakar pergigian.

Radang Rahang atau Rahang Tersekat

Pengenalan

Rahang tersekat (lockjaw) atau trismus merujuk kepada keadaan di mana seseorang kurang berupaya membuka mulut. Seseorang yang mengalami rahang tersekat jenis sementara (dalam sesetengah kes, jenis kekal), tidak boleh membuka dan menutup mulut. Dalam sesetengah kes, kejadian rahang tersekat ini amat menyakitkan dan tidak selesa. Jika dibiarkan tanpa rawatan, kejadian rahang tersekat ini boleh menjejaskan fungsi motor rahang, terutama fungsi mengunyah dan bercakap. Sendi rahang memainkan peranan yang amat penting untuk pergerakan rahang. Sendi rahang adalah tempat lekatan rahang bawah kepada tengkorak, terdapat di kedua-dua belah muka, terletak betul-betul di hadapan telinga. Sendi rahang disokong oleh beberapa ligamen, tendon dan otot-otot yang berperanan untuk pelbagai jenis gerakan rahang. Pergerakan rahang akan terjejas jika salah satu struktur tersebut cedera.

Faktor Penyebab

Rahang tersekat (lockjaw) boleh berlaku akibat dari beberapa sebab:-

1. Antara punca yang lazim ialah jangkitan tetanus. Tetanus menyebabkan kontraksi berpanjangan fiber-fiber otot rangka yang mengakibatkan sakit dan kekejangan otot serius. Salah satu tanda awal jangkitan tetanus adalah kejadian rahang tersekat.
2. Dislokasi rahang - Ini berlaku apabila sendi rahang bergerak terlalu jauh ke hadapan dan terperangkap di kawasan bonjolan tulang. Otot-otot sekitar kawasan itu biasanya mengalami kekejangan (spasm) dan ini menjadikan sendi berada di dalam kedudukan terganjak (dislocated).
3. Keradangan / inflamasi otot dan tisu lembut sekitar kawasan sendi juga merupakan punca utama rahang tersekat. Kehadiran gigi geraham bongsu terimpak / terperangkap boleh menyebabkan kawasan sekelilingnya mengalami keradangan. Jangkitan kuman dari gigi bawah posterior (belakang) juga boleh menyebabkan keradangan tisu sekitar dan pembentukan nanah. Ini akan menjejaskan fungsi otot yang membuka / menggerakkan rahang (kekejangan otot).
4. Faktor-faktor dalaman sendi seperti ankilosis tulang (pembentukan tulang di dalam sendi), ankilosis berfiber, inflamasi sendi (arthritis), jangkitan kuman dan kecederaan (trauma) juga boleh membataskan bukaan mulut.
5. Kesan sampingan dari sesetengah jenis ubat, terutamanya ubat-ubat penyakit psikiatri dan gangguan mental.
6. Penyebab iatrogenik seperti komplikasi dari suntikan (anesthesia setempat yang tidak sengaja disuntik ke dalam otot sendi) dan juga cabutan gigi geraham ketiga / bongsu (yang mana otot pengunyahan mungkin tercedera / terkoyak, atau sendi menjadi 'hiperextended')


Tanda dan Gejala

Ini termasuk:-

- Kesukaran membuka mulut
- Episod berkala kejadian rahang 'tersekat'
- Bukaan mulut menjadi semakin kecil
- Kesukaran mengunyah dan menelan
- Sakit pada sendi apabila rahang bergerak

Komplikasi

Beberapa komplikasi boleh berlaku sekiranya masalah ini tidak dirawat. Antaranya:-

1. Kesukaran semasa makan

- Ini boleh mengakibatkan kekurangan nutrisi. Hanya jumlah kecil makanan sahaja boleh diambil pada satu-satu masa. Pesakit akan mengalami penurunan berat badan yang ketara, dan masalah kekurangan / defisit nutrisi yang ketara.
- Bukaan mulut yang terhad akan menyukarkan pengunyahan makanan yang sempurna (masalah semasa menelan makanan)

2. Kebersihan mulut yang teruk
- Bukaan mulut yang terhad akan menjejaskan kebersihan mulut. Ini mengakibatkan kejadian karies (gigi berlubang) dan penyakit gusi yang boleh membawa kepada jangkitan kuman.

3. Kesukaran bertutur
- Pertuturan adalah terhad kerana mulut tidak boleh dibuka dengan mencukupi untuk menyebut bunyi yang normal

4. Kelumpuhan (Immobilisasi) Sendi
- Apabila sendi tidak bergerak, perubahan kemusnahan (degenerative changes) mula berlaku di dalam sendi. Ini akan mengakibatkan keradangan, sakit dan cantuman (fusion) sendi yang digelar ankilosis.

Rawatan - Bergantung kepada faktor penyebab sendi tersekat.

Jenis-jenis rawatan yang boleh diperolehi bagi masalah rahang tersekat adalah:-

- Tuaman suam
Bagi kes ringan ke sederhana, tuaman suam boleh mengurangkan stres dan sakit.

- Pembedahan
Rahang tersekat berpunca dari gigi geraham bongsu terimpak boleh dihindarkan dan dirawat dengan mengeluarkan gigi tersebut
Rahang tersekat akibat cantuman (fusion) sendi boleh diperbetulkan secara pembedahan
Dislokasi rahang pula boleh dibetulkan dengan cara reduksi manual (manual reduction) oleh doktor pergigian atau doktor perubatan. Manakala kes-kes kronik mungkin memerlukan pembedahan.

- Pengambilan Ubat
Mengambil ubat 'muscle relaxant' dalam dos terkawal boleh membantu mengendurkan otot yang tegang walaupun otot-otot telah lama tidak berfungsi

- Ubat Anti-inflamatori
Rahang tersekat yang berpunca dari jangkitan kuman atau keradangan (seperti tetanus atau jangkitan dari gigi) boleh dirawat dengan antibiotik dan ubat anti-inflamatori.

- Fisioterapi

Langkah-langkah Mencegah Rahang Tersekat

- Vaksinasi tetanus
Gejala awal tetanus adalah rahang tersekat. Vaksinasi boleh meminimakan risiko mendapat tetanus.
Mengelakkan kesan sampingan ubat, terutama ubat bagi penyakit psikiatrik dan masalah mental. Semak pada risalah ubat bagi mengetahui sama ada ketidakupayaan mengerakkan rahang (immobile jaw) adalah tersenarai sebagai salah satu kesan sampingan ubat.

- Pemeriksaan pergigian berkala bagi mencegah kejadian jangkitan kuman yang berpunca dari gigi.

Langkah-langkah Pemulihan (Rehabilitasi) Rahang Tersekat

- Rehabilisasi pergigian
Melakukan penilaian oklusi gigi akan mengurangkan trauma kepada sendi rahang

- Rehabilisasi fisioterapi
Pemulihan otot-otot sendi kepada fungsi normal

Pemulihan pergerakan sendi rahang

Organization:
1. Persatuan Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Malaysia.
2. Majlis Pergigian Malaysia.
3. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.


*****************************

Di waktu ni Achik dan kami sekeluarga berada di Hospital Selayang di Wad Kecemasan.. Tengok jelah kol berapa selesai urusan Achik ni.. Kalau kena tahan wad memang aku kena EL esok..



Semoga Achik sihat seperti sediakala.. InsyaAllah!

Tuesday, March 8, 2011

blog my brader

my bro dah der blog? 
sila percaya walopun ianya agak mengejutkan... 
ntah apa mende ntah dia nak citer dalam blog nie...
baguss.. sangat teruja!
jom jengah dan terjah ~ blog kayril



Tuesday, February 8, 2011

Kompang CM

home sweet home.. syurga cinta.. rumahku syurgaku..
tuu semua hanya bley digunapakai bila my skandal pulang ke tanahair...[hohoh..ayat tak semenggah].. bila my skandal dah de di sisi..permintaan melebihi kemampuan kekadang! [erk..ayat betul ke ni?] hehehe... mula laa my kids, pakcu and my mak also jugak dee sendiri ajak berjimba dimana-mana yang bley! sangat nakal kan? 
Raye cina ke dua.. pas solat Jumaat!
kebetulan yang teramat sangat bila paksu sibuk nak beli KOMPANG.. alaa..kompang yang digunakan masa orang kawen tuu... maklum laa dah berjinak-jinak dengan dunia kompang pulak since dok kat kawasan baru nie..bukan pakcu je tau, my totoi also.. nak tau ke mana kami beli kompang? hoh~~ di CM okeh! tempat bercanda masa dee muda-muda dan zaman old skool dulu! yippaaaaa~~
[my skandal sedang mengenalkan Central Market kat my kids]
[pengenalan kepada jenis-jenis kompang]
[totoi pun tak ketinggalan]
kadang kala bersantai macam nie sangat menyeronokkan dan merapatkan hubungan kekeluargaan.. bukan tuu je bley imbas nostalgia zaman nakal-nakal dulu..

Tuesday, November 23, 2010

SPM ooh SPM

Miss the fun moments so much. SPM oh SPM!
Went to school with my kampungan friends last 12 years! huh lama tuu.. Anyway, I think that SPM papers are tough masa tuu.. susah gilers!
Nothing was easy for me so far except for Mathematics Mod paper2.
I don’t know how to survive for Additional Mathematics, Biology and Chemistry papers.eiii.. pernak jadik dalam kepala otak nie asyik pikir jer! Alhamdulillah, kini dee lulusan Politeknik Shah Alam dalam course Kejuruteraan Awam.. SPM juga membanggakan walopun rata-rata cikgu di SMKGS dulu memandang dee nie sangat 'low' sebab tak menonjol langsung dalam kelas.. yang best tuu dee ambik result dah lewat dan jam pun dah kol 3 petang, cikgu pun terkejut dengan result dee! cikgu yang pernah suggestkan dee tukar aliran! Alhamdulillah.. sujud syukur ke hadrat Mu!  kadang kala jangan pandang somebody tuu sebelah mata... dan rata-rata kawan-kawan dee pun bukan dapat sambung study kat IPTA pun ramai yang ke kolej swasta... Alhamdulillah lagi sekali dee dapat sambung study ke IPTA dan dah graduated pun! dan after 12 years, my adik azizi pulak yang akan duduki SPM... tapi azizi minat dengan accounting! erm~~ sure u can do laa my dear azizi~



Tuesday, August 3, 2010

[tahniah pakcu]

Ucapan tahniah buat my pakcu~~~
sebagai Johan Kategori Lelaki bagi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Gombak bagi tahun 2010... Seronok! memang bersungguh-sungguh beliau datang berlatih kawad setiap petang sampai berhujan berpanas tak cukup tuu siap kena piat telinga ngan my mak demi pasukan sekolah tercinta!
[trofi yang dimenangi]
*** nota kaki buat my pakcu ~~ 'teruskan laa aktif dalam pasukan beruniform hingga ke akar umbi ye pakcu! akak sokong dari belakang..erk...depan? hehehe~~~'
Photobucket

Monday, July 26, 2010

[sawadikap~~]

diawal pagi ari ni dee bangun cam biasa! seperti ada bau souvenir dari Thailand! lalala~~~ my bro doe's baru balik dari Thai~~ so seperti biasa laa kan! ada laa sedikit bungkusan cenderahati dari negara jiran tuh! dapat key-chain pun dah kira okeh~~ my bro doe melancong ke Thai atas tiket mc'donalds rider! cuma beliau dan incik kucai jer yang terpilih dari store selayang mall! wah...tahniah! tahniah!

[ keychain dari Thailand ]

[ t shirt ~~~ ]

[ t shirt lagik~~~ ]

[ nie untuk dee~~ magnet fridge~~ i like it ]
Photobucket

Thursday, July 8, 2010

[ he's got it]


patut laa sehari dua nie beliau asyik buat hal~~~ menaekkan darah tinggi my mak jer...hehehe.. rupa-rupanya my bro jijie tak sihat dan suspek H1N1 oleh klinik kerajaan~~ ouch, sangat bahaya bunyi nyer maklum laa~~ musim skang macam-macam penyakit! nampak sihat dan okeh tapi doktor kerajaan kata ~~ suhu badan beliau tinggi! dan mempunyai simptom-simptom H1N1! erm~~~ risau pulak melihat keadaannya... dapat mc untuk beberapa hari! kemudian, akan ada appoinment dengan doctor bagi pengesahan~~~ jika ya, kuarantin sudaa pasti untuk seisi rumah! Ya Allah, lindung dan jauhkan laaa kami daripada penyakit yang merbahaya! amin!
Photobucket

Saturday, June 19, 2010

[ chelamat ari jadik uncle ]

18 Jun merupakan besday my bro ~ doe! dah doploh dua tahun dah umo beliau! satu usia yang dewasa~~ dee dah tak pernah kasi present kat doe since beliau abis sekolah dan dah bekerja.. may be pasal masing-masing dah mula bawak haluan sendiri kot walopun beliau maseh tinggal ngan dee~~~ [ biasa laa dee kan along!] bila tengok doe balik keje malam tadi rasa macam kesian pulak dan terimbau kesah beliau yang rajin melayan karenah my kids bila dee dan my skandal tak de di umah~~ contohnya sewaktu dee dan my skandal melancong ke China, beliau celebrated birthday my little one ~ baby tyra! tengok gambar birthday bee teringat pulak betapa happy nya my kids waktu tuu... so, malam tadi dee belanja laa my bro doe sempena hari jadi beliau yang ke - 22 tahun tuu... no more kek ye beb!

[ tunggu ayam original lom sampai ]

[ tuu ayam doe~~ tak mo bergambo ]
[ bee ~ biasa laa my kids memang over sket ]

[ mamam chedap~~ bee good ]

[ eisha pun tak ketinggalan ~~ layan ]

[ totoi pun okeh! ]

[ nie pinggan birthday boy..huhuhu... bersih! ]

[ hahaha~~ penghargaan kepada kepsi... ]
~~~ walopun ini semua tak dirancang dan bersahaja tapi yang penting my bro doe dan my kids sangat gembira! to my bro ~~ " chelamat ari jadik uncle! "